Khamis, Jun 25, 2009

BERITA JKK BATU UBAN DALAM SEMINGGU SEHINGGA 25 JUN 09

YB RAVEENTHARAN MEMBUAT LAWATAN KE TAPAK TERNAKAN. ANAK KELI KINI MEMBESAR BERUSIA 1 BULAN....HASIL DARI PROJEK PERINTIS TERNAKAN KELI YANG DI USAHAKAN OLEH JKKK BATU UBAN.. Kejayaan Projek ini akan membuka peluang kepada anak kampung Batu Uban pula mengusahakan ternakan Keli dengan mendapat tunjuk ajar dari JKKK sendiri dan Jabatan perikanan. ---------------------------------------------------------------------------------------------
PASAR MALAM BATU UBAN SETIAP AHAD 5PM-11 MALAM DIHADAPAN DEWAN JKKK MENDAPAT SAMBUTAN OLEH PENDUDUK TEMPATAN.JKKK BATU UBAN TELAH BERJAYA MEMBUKA PELUANG UNTUK MEMBANTU ANAK TEMPATAN BERNIAGA DENGAN HAMPIR 45 KE 50 LOT DIUSAHAKAN OLEH ANAK TEMPATAN DAN SELEBIHNYA DIUSAHAKAN OLEH AHLI PERSATUAN ANAK JATI MELAYU P.PINANG.
Ada juga golongan-golongan tertentu yang beriri hati (Inilah Hati Melayu..)yang kononnya memperjuangkan nasib Melayu tapi menghalang usaha meningkatkan taraf hidup masyarakat Melayu sendiri.Ada yang meminta MPPP menghantar Penguat Kuasa menghalang dari penjaja berniaga,Ada yang nak komplain setiap minggu kepada MPPP dan sebagainya yang menunjukkan betapa irihatinya golongan ini . Usaha kami JKK Batu Uban ,tidak mengira latar belakang parti dan hanya ikhlas membantu meningkatkan ekonomi masyarakat Melayu Batu Uban yang telah lama dibiar dalam kemiskinan.Kami memohon semua pihak berkerja sama membantu usaha murni JKKK Batu Uban dalam membangunkan Kg Batu Uban ini.Bandingkan keadaan kampung kini dan dulu.
----------------------------------------------------------------------------------------------
RUMAH YANG DIPECAH MASUK PADA 22 JUN 09 11AM ... HJ OTHMAN (PENGERUSI JKKK BATU UBAN) SEDANG MEMBERI KETERANGAN KEPADA ANGOTA POLIS. KEADAAN RUMAH SEWAAN HAJI TALIB TELAH DI PECAH MASUK OLEH PENAGIH DADAH ,BARANG-BARANG TELAH DI GELEDAH....SUSPEK TELAH DIKENAL PASTI. --------------------------------------------------------------------------------------------
PAGAR BESI & TEMBOK LONGKANG TELAH DIPERBAIKI OLEH KONTRAKTOR JPS.
LONGKANG DIDALAMKAN DENGAN MEMBUANG LAMBAKAN PASIR LEBIHAN.
JKKK TELAH MEMBUAT ADUAN KEPADA JPS MELALUI ADUN BATU UBAN YB RAVEENTHARAN UNTUK MEMPERBAIKI PAGAR BESI YANG ROSAK DISEPANJANG LONGKANG BESAR MENGHALA KE LAUT.KINI PAGAR INI TELAH DIPERBAIKI OLEH JPS..

Sabtu, Jun 06, 2009

BLOG JKKK AKAN BERAKTIF SEMULA MELAPORKAN AKTIVITI-AKTIVITI SEMASA.

Anak keli berusia 4 minggu Tapak ternakan di hadapan Omar Mini Market
Benih Ikan Keli 4 inci
Tapak ternakan yang di pagarkan
(Agak hampir 2 bulan blog ini tidak melaporkan berita atas sebabkan kesibukan tugas-tugas yang tidak dapat di elakkan oleh penyiarnya.Maka dengan ini saya mengaktifkan semula berita terkini dari Kg Batu Uban.)
Terkini beberapa aktiviti sedang dalam progress JKKK KG BATU UBAN yang aktif dalam meningkatkan taraf hidup masyarakat :
1) PROJEK PERINTIS TERNAKKAN IKAN KELI TELAH DIUSAHAKAN .
Kini idea yang diilhamkan oleh JKKK seperti yang dilaporkan dalam THE STAR pada 8 OKT (http://jkkkbatuban.blogspot.com/2008/10/ternakan-aquaikan-keli-berkelompok-di.html) telah dapat dilaksanakan walaupun tanpa peruntukan dana seperti yang dijanjikan oleh EXCO PERTANIAN Kerajaan Negeri YB Law Choo Kiang .
Tidak dinafikan JKKK berhadapan masalah birokrasi bila berdepan dengan Pejabat Daerah Timur Laut yang turun padang untuk melawat tapak namun dipinggirkan dan disenyapkan sahaja.Atas dasar tidak mahu menangguhkan idea ini ,JKKK bermesyuarat dengan kata putus mengeluarkan dana dikalangan AJK JKKK dengan setiap 1lot saham bernilai RM350 dan berhasil memunggut 28 lot dana.
Satu Jawatankuasa kecil telah ditubuhkan dalam usaha mengurus projek ini yang telah dipengerusikan oleh En Zafri yang kini telah berusaha mengurus dengan baik.Kini JKKK telah berjaya mula menternak hampir 18 ribu anak benih ikan keli bersize 3-4 inci didalam 6 buah poly tank menggunakan TEKNIK MAKANAN ORGANIK dan kini telah genap 20 hari (benih mula diternak pada 18/5/09) ternakan.Sebaik size benih cukup 4 minggu maka benih yang menjangkau 7-8 inci akan diubah dan dibahagikan ke 12 buah poly supaya benih dapat membesar dengan baik dengan anggaran 1000-1500 ikan setiap poly tank.Keuntungan akan dibahagikan dalam pecahan 80% pemegang saham dan 20 % JKKK.
Walaubagaimanapun JKKK amat berharap Pihak Kerajaan Negeri dapat menyalurkan bantuan dana bagi mengembangkan projek ini ke peringkat penyertaan masyarakat setempat dalam meningkatkan taraf hidup penduduk setempat.
2)JKKK sedang berusaha mengadakan PASAR MALAM di Kg Batu Uban berdekatan Kodominium Ivory Twin Tower bersebelahan Jalan Batu Uban 4 , berdepan DEWAN JKKK KG BATU UBAN.
Jkkk dengan kerjasama PAJIM (PERSATUAN ANAK JATI MELAYU P.PINANG) telah berjaya mendapat ramai penyertaan penjaja yang kini telah mendaftar hampir 80 lot gerai dan 30 daripadanya adalah anak tempatan kampung Batu Uban.
Di anggar hampir 100 lot perniagaan di sediakan dan yuran pendaftaran dikenakan sebanyak RM10 setiap satu lot yang berukuran 8' X 6' dan sewaan harian sebanyak RM3 bagi setiap lot. Satu jawatankuasa kecil telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh En Zainol Azlan.J/K kecil berfungsi untuk memastikan kelancaran perjalanan pasar malam dan Kebersihan di utamakan.
PASAR MALAM INI AKAN BEROPERASI PADA SETIAP HARI AHAD SAHAJA.
TUJUAN UTAMA JKKK mengadakan Pasar Malam Ini adalah untuk membuka peluang perniagaan kepada penduduk Kg Batu Uban dan anak Jati Pulau Pinang dalam usaha meningkatkan taraf hidup mereka.
3)PERTANDINGAN TILAWAH AL QURAN & AZAN PERINGKAT N35 DUN BATU UBAN.
En Tahir Marican (Setiausaha sulit kepada ADun Batu Uban YB Raveentharan ) telah melontarkan cadangan kepada JKK Batu Uban untuk mengadakan Acara Pertandingan Tilawah AL Quran & Azan Peringkat N35 Dun Batu Uban,telah disambut baik oleh JKKK Batu Uban.
Satu JAWATANKUASA INDUK telah di tubuhkan untuk menjayakan program ini.
PENAUNG : YB RAVEENTHARAN
PENGERUSI Induk : En Tahir Marican
SETIAUSAHA Induk : En Johan
Bendahari induk : En Iszuree Ibrahim
Ahli Jawatankuasa & Pengerusi Kerja: 10 Orang.
Saringan bagi Tilawah & Azan akan diadakan seperti berikut:
Saringan pertama : 20/6/09 di Dewan JKKK Sg Nibong Kecil.
Saringan kedua : 27 /6/09 di Dewan JKKK Batu Uban @ Kafa Batu Uban
Pertandingan Peringkat Akhir : 11/7/09 (Tempat akan di tetapkan kemudian)
Pertandingan mengikut peringkat Umur seperti berikut:
Tilawah AlQuran : 7 - 9 tahun / 10-12 tahun / 13-16 tahun
Pertandingan Azan : 10 - 12 tahun / 13 - 16 tahun.
Borang boleh didapati dengan Guru-Guru Kafa atau Pengerusi JKKK Kpg Batu Uban
Tuan HJ Osman Nordin.
Tarikh Tutup penyertaan pada : 12 Jun 2009
Semua anak Qariah Batu Uban di jemput untuk menyertainya.

JKKK BATU UBAN MENGUCAPKAN SALAM TAKHZIAH KEPADA KELUARGA En SALLEH .

Jkkk Kg Batu Uban mengucapkan takhziah kepada balu isteri En Salleh keatas kematian suami beliau pada 25 Mei 2009 jam 1 tengah hari di sebabkan komplikasi Diabetes.Allahyarham telah mengalami beberapa kali masalah kritikal dan dimasukkan ke Hospital Besar Pulau Pinang sehingga beliau hilang keupayaan untuk mengurus diri dan hilang ingatan.
Sebelum ini pada 23 oct 2008 Surat Khabar Harakah Daily telah memaparkan masalah kehidupan beliau sekeluarga yang bergelap selama 8 bulan hidup tanpa bekalan elektrik.Diatas kesungguhan dan usaha JKKK Kg Batu Uban telah berupaya membantu dan mengatasi masalah beliau sekeluarga dengan mendapat bantuan dari PUZ & Jabatan Kebajikan.(http://jkkkbatuban.blogspot.com/2008/10/akibat-kurang-upaya-8-bulan-rumah-tanpa.html)
JKKK Batu Uban mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh semua pihak dalam menguruskan pengkebumian jenazah beliau. Semoga allah meletakkan roh beliau bersama para para solehin.Amin...Alfatihah.

Jumaat, April 10, 2009

SALAM & NASIHAT BUAT TUN MAHATHIR

Salam Tun,

Bila satu ketika dulu Tun diibaratkan seorang Pemimpin tegas,lantang dan disegani umum ,Rakyat menghormati dan sanjung ketokohan Tun begitu juga saya,namun di penghujung pemerintahan tun nampak sekali sebelum PRU11 2004 BN agak goyah dan ragu-ragu serta sangsi jika keputusan PRU 10 tahun 1999 berulang  kembali pada 2004.Ini gara-gara TUN membuat perhitungan terdesak memecat DSAI yang mendapat reaksi sepontan dan mengejut dari keputusan rakyat dalam PRU 1999 yang agak buruk.Tidakkah keputusan TUN berundur pada 2003 adalah atas sikap utk mengelakan keputusan buruk seumpama itu berulang pada 2004.Rasionalnya pada ketika itu BN perlu menukar PM kepada seseorang yang bersikap MR Clean untuk mempertahankan reputasi BN dari mendapat keputusan buruk dalam PRU 11 / 2004. Ternyata perhitungan ini berjaya tetapi keikhlasan Tun melantik Pak Lah dapat dipersoalkan.Pak Lah boleh dikatakan sebagai kambing Putih @ Hitam.Sebab apa saya katakan kambing Putih @ Hitam adalah kerana Putih untuk menyelamatkan umno & BN pada PRU 2004 tetapi Hitam pada 2008 PRU ke 12 BN jatuh merudum..Tun sememangnya tahu keupayaan anak buahnya sebelum melantik Pak Lah sebagai PM ,seorang yang Lemah lagi Lembut maka identiti / ikon ini diperlukan untuk menyelamatkan maruah BN dimata rakyat dan dicanang sebagai MR clean,maka cemerlang,gemilanglah BN pada 2004.TUN tahu Pak Lah tak akan jauh pergi dlm politik,beliau tiada Karisma dan berkeupayaan seperti Anuar dan Tun sendiri, maka untuk membolehkan Tun kembali ke arena politik,Tun terpaksa mengunakan platform Najib dan dengan menekan Pak Lah .Maka Pak Lah di kambing Hitamkan PULA atas segala kemelut dan kelemahan pentadbiran hatta berundurlah beliau dan kembalilah Tun kepentas UMNO kini...

Tidakkah ini dinamakan Hipokrit...

DALAM SITUASI INI ,MASTER MINDnya TAK LAIN DAN TAK BUKAN ADALAH TUN SENDIRI YANG MERENCANAKAN SEMUA KEMELUT DALAM UMNO dari Pak Lah dilantik PM sehingga beliau di undurkan dengan Memalukan beliau.Kenapa orang melayu masih MEMBUTA TULIKAN HATI dlm membiarkan kekalutan dalam umno .Saya telah dapat baca keadaan ini bilamana TUN mengkambing hitamkan Pak Lah.Ini bukan kerja orang Islam, ia lebih mirip kerja Yahudi dan nasara. Bila mana KJ di tuduh rasuah(memang betul)dan menang sebagai Ketua Pemuda Umno saya rasa memang ia ada pengaruh dari Pak Lah sendiri.Tun sendiri mengakuinya hakikat ini dari coretan tun dalam blog tun sendiri.Tapi kini kabinet baru Najib yg membawa anak TUN ,Mukhriz masuk dalam kabinet Najib ,tidakkan ini pengaruh Tun sendiri.Biarlah kita meludah kebawah dan tidak keatas yang akan terpalit ke muka sendiri.INGATLAH TUN ,KITA MERANCANG ALLAH JUA MERANCANG NAMUN RANCANGAN ALLAH LEBIH BAIK.Segerombolah ahli-ahli Umno gumbira bila Tun turun ke 2 Bukit untuk membantu calon BN, dan Ismail safian dengan confident menjangka akan menang dgn Majoriti 2K - 3K undi.TUN hasilnya sama seperti PRU 1999 dan 2008.BN sudah kalah 4-0 kepada PR di Semenanjung Tanah Melayu.Tidakkah ini satu Referendum menolak TUN,Najib dan BN.Tun, Jika kerja yang kita buat itu ikhlas kerana Allah walaupun sedikit,ia akan menjadi mudah dan berjaya kerana mendapat berkat Allah Taala.

Saya dapat email yg menghuraikan JUMLAH BESARNYA SIMPANAN DUIT TUN SEKELUARGA DALAM BANK OF ISRAIL di SINGAPORE Melebihi 1 Bilion USD.Hanya allah sajalah yang mengetahui kebenarannya termasuk TUN sendiri.Tun pun tahu apa hukumnya di sisi Allah.Walaupun wang sebanyak itu yang tidak tahu puncanya, disedekah kejalan Allah pun maka adakah Allah akan memberi ganjaran pahala...????

TUN ,

Usia Tun semakin Lanjut,Maut semakin hampir Bertaubatlah dan Ingatilah ALLAH di setiap saat pada usia yang gerhana ini.Cara Politik TUN tiada pahala yg dapat dibawa kemati.Tun ,Mati itu Hampir.Tamatkan lah Politik cara lama ini dan sebaik-baiknya Insaf dan taubatlah. Saya menasihati kepada seseorang Tokoh yang pernah saya sanjungi satu ketika dahulu namun sayangnya cara politiknyanya tidak diredoi Islam.Saya merasakan majoriti umum pengundi muda saluran 3-5 bersetuju dengan pendapat saya. Wallahualam

PenaHijau

P/S: Komen ini telah ditulis kedalam http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/04/kenapa-masuk-balik-umno-jawapa.html#

Isnin, April 06, 2009

Mahathir: Si tikus derhaka yang kononnya membela raja

Mahathir: Si tikus derhaka yang kononnya membela raja Ahmad TajdidMon Apr 06, 09 3:35:16 pm MYT SEORANG perwakilan Umno daripada Pulau Pinang mengejutkan perhimpunan agung Umno pada tahun 1991 dengan pertanyaan sinis: "Siapakah tikus yang sanggup menggantungkan loceng di leher kucing."IklanDewan Merdeka PWTC tempat berlangsungnya perhimpunan agung Umno itu tiba-tiba menjadi senyap sunyi. Masing-masing perwakilan yang sebelumnya bersorak-sorai apabila Raja-raja Melayu dihina dan dipermain-mainkan sepanjang tiga hari perhimpunan itu berlangsung mula berasa seram sejuk.Sepanjang tiga hari, perhimpunan Agung Umno tahun itu berubah menjadi 'sidang penderhakaan' terbesar Melayu terhadap Raja-rajanya. Tidak cukup dengan kata-kata nista dan cemuhan yang dilemparkan terhadap Raja-raja Melayu, media massa pro-Umno juga turut menyiarkan ucapan-ucapan perwakilan dan pemimpin Umno yang mengecam dan mempersendakan Raja-raja.Matlamatnya satu, mahu perlembagaan dipinda bagi membataskan kuasa dan menghapuskan imuniti Raja-raja Melayu.Dato' Zainal Abidin Sakom, wakil Umno Selangor yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar waktu itu menjadi wira dalam perhimpunan itu. Beliau tanpa segan silu dan tidak beradab menyerang peribadi Sultan Selangor. Zainal turut menyerahkan senarai salah laku Sultan Selangor kepada Dr Mahathir untuk didedahkan kepada rakyat.Penderhakaan terbuka Zainal menaikkan semangat para perwakilan Umno. Satu demi satu aib Raja-raja Melayu didedahkan dan keaiban-keaiban ini disiarkan oleh media elektronik pro-Umno secara langsung dan media cetak pro-BN keesokan harinya.Bagaimanapun cerita tikus dan kucing oleh perwakilan Umno Pulau Pinang itu tiba-tiba mengecutkan perut para perwakilan yang sebelum itu begitu biadap dan celupar menghina istana.Tiada seorang pun perwakilan Umno yang berani menyahut cabaran perwakilan Umno itu sehinggalah ucapan penangguhan Presiden.Dan ketika memberikan ucapan penangguhannya Presiden Umno, Dr Mahathir Mohamad (Dato' Seri) dengan beraninya berkata: "Ada perwakilan yang bertanya siapa tikus yang berani menggantung loceng di leher kucing... Jawapannya kamilah... Kami yang berada di atas pentas ini (Ahli Majlis Tertinggi Umno)."Maka bersorak-sorai para perwakilan Umno meraikan keberanian Dr Mahathir itu. Hasilnya satu Resolusi 4 Perkara telah diluluskan Perhimpunan Agung Umno untuk mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.18 tahun kemudianLapan belas tahun kemudian, di Bukit Gantang; Dr Mahathir yang baru dua hari menyertai Umno mencerca calon PAS, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin kerana kononnya menderhaka kepada Sultan Perak."...'Saya pohon derhaka'. Cukup special. Tidak pernah dengar perkataan ini sejak (peristiwa) Sultan Mahmud mangkat dijulang, inilah kali pertama kita dengar," kata Mahathir dihadapan ribuan penyokongnya."Kalau tidak bersetuju (kepada raja), kita tidak bersetuju, OK. Tapi jangan sampai kata mohon menderhaka. Wah, bukan main, besar," kelentong Dr Mahathir.Tidak payahlah rasanya untuk kita mengulas kenyataan 'negarawan' itu. Sejarah panjang pentadbiran Mahathir sudah cukup untuk menyaksikan peri derhakanya beliau kepada Raja-raja Melayu.Cuma dikesalkan adalah kelompok Melayu penyokong Umno di Bukit Gantang yang masih bersorak-sorai menyokong Dr Mahathir, si tikus tua yang kononnya masih punyai aura untuk memartabatkan Umno dan BN. Sungguh benar kenyataan Dr Mahathir... "Melayu mudah lupa"._ April 6, 2009 1:10 AM

Selasa, Mac 31, 2009

Zamri Tipu.. Nizar Jadi Imam

Zamri Tipu.. Nizar Jadi Imam Ikut jadual wak hari ini, wak dah bagitau Ajijoi di Ipoh, tentang hasrat nak buat sidang video dengan imam tersebut lepas solat Asar di masjid berkenaan. Kantoi plak ! Bila dengar maklumat terkini, iman dah ke KL...nampaknya kena tunggu lagi ! Apa pun sahabat wak Anak Sengat lebih cepat keluar sengat dengan membawa catatan terkini dibawah. Jom baca apa imam itu kata.. Melihat laporan akhbar melaporkan ia angkara bekas Menteri Besar yang juga Calon PAS- DS Ir. Nizar Jamaluddin. Setelah menyelidiki masjid saya difahamkan berlaku di Masjid Simpang Taiping... Cantikkk ! Imamnya adalah sahabat baik saya...!Terus mendail nombor hpnya. Semalam baru bertemu beliau di Taiping. Ketika menjawab telefon beliau dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. " Memang ana imam yang bertugas masa tu dan memang ana yang jemput DS Nizar jadi imam" saya lega..beliau bercerita...Masa ana datang Maghrib, DS Nizar telah ada, memang ana difahamkan beliau akan solat di situ..tak pulak dengar cerita umNO nak buat bacaan Yasiin. Mungkin depa dah tahu DS Nizar nak ke situ... ( mengikut catatan, Zamri memang banyak kali di dapati menjejaki DS Nizar setelah DS Nizar hadir di sesuatu tempat sejak mula merampas kuasa ) Ana tak perasan ada Zamri dan Muhyiddin Yasin.. Ana terus bagi pada DS Nizar jadi imam.Selesai menjadi imam dan wirid DS Nizar melepaskan pembesar suara lalu di ambil oleh seorang imam luar yang diangkut ke situ( katanya ustaz MPT-Hoi..biar betul beb !-MPT mana ada jawatan ustaz). Ana minta pembesar suara tetapi beliau tak bagi...ana jerkah bagi tau "ana imam di sini". Terkejut lalu terus menyerahkan kepada ana mikrofon tu. Ana pun jemput orang yang jadi imam tadi hurai ayat "wa'tasimu" (aliImran) untuk beri tazkirah. Tiba tiba orang umNO bantah tak mahu tazkirah..politik katanya. Oleh kerana agak kecoh ana pun serah untuk baca Yasin..DS Nizar turut berada bersama ketika membaca Yasiin. Zamri telah keluar sebelum Yasiin dibacakan..tinggal Muhyidin dan Calon.Kalau DS Nizar bagi Tazkirah ana cadang nak jemput pulak Zamri lepas tu...sahabat saya menambah...lepas ni mungkin kena pecat le ana...Beliau menghabiskan cerita.Tahniah saya menyambut... Agaknya sahabat itu akan jadi seperti Ramlan Porigi le gamaknya.Kesimpulan :Nizar dijemput oleh imam bertugas bukan merampas sebagaimana cerita Zamri penipu. Nizar bertolak ansur dan bersedia membaca Yasiin bersama dalam majlis walaupun imam luar yang diangkut menjadi khalifah hari tu..Inilah cerita dari mulut insan yang terlibat dan tiada kepentingan dalam cerita ni... si Zamri. Dari dulu hingga kini dan selamanya tak boleh dipercayai. Nak dengar sendiri dari sahabat tu boleh hubungi saya..tapi kalau saya tak kenal sedara...jangan harap saya nak bagi. Maaf le ! Cerita penuh juge ada dalam al-Banjari - sahabat yang hidup mati di Bukit Gantang..Tahniah! Blog MB pun ada, Setpol pun ada...macam macam ada..solat sunat subuh..biasanya apabila orang meminta kita menjadi imam kerana mereka menerima hakikat bahwa di dalam jemaah yang ada, imam dipilih dari orang yang diterima sebutan bacaannya selain dari dihormati dari segi pengetahuan agama.Kalau benarlah lapuran ini, ertinya jemaah yang hadir "mengiktiraf" nizar mempunyai ciri2 imam yang lebih baik.Jadi, tidakkah Islam meminta kita memilih dari kalangan orang Islam, mereka yang mempunyai pengetahuan agama dan diterima masyarakat Islam? Pendek kata...tak payahlah nak pergi jauh lagi...Nizar pilihan rakyat untuk menjadi ahli parlimen P59 pada 7hb April nanti....InsyaAllah...Malam tadi, Kulup Sakah telah memuatkan karikatur menarik tentang kisah ini di dalam blognya kulupsakah.blogspot.com dengan tajuk 'calon BN doakan kemenangan PR?'Lolongan awal media utama lidah UMNO cubaa mengekspolitasi isu ini dengan tajuk 'Nizar cuba rampas majlis BN : Zambry'.Tindakan pantas Krew BlogNet@Perak telah menemubual 3 orang penduduk yang bersama-sama menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut untuk mendapatkan gambaran lengkap peristiwa itu. Butiran temu bual adalah seperti berikut: 1. DS Nizar memang dijadualkan hadir solat Maghrib dan menyampaikan tazkirah. 2. Tiga pemimpin UMNO tersebut lebih dulu sampai ke masjid. 3. DS Nizar tiba ketika azan sedang berkumandang. 4. Selesai azan, imam masjid menjemput DS Nizar mengimamkan solat. 5. DS Nizar mengimamkan solat dan tiga pemimpin UMNO berada dalam saf pertama. 6. Selepas selesai solat, imam menjemput DS Nizar untuk menyampaikan tazkirah. 7. Seorang yang bersongkok hitam tinggi membantah dan menghalang DS Nizar. 8. DS Nizar membatalkan tazkirahnya sebelum sempat bermula. 9. Majlis bacaan Yaasin dimulakan. 10. DS Nizar dan 3 pemimpin UMNO tersebut turut serta. 11. Selepas selesai majlis, DS Nizar bersalam dengan 3 pemimpin UMNO itu. 12. Ketika itu Dr. Zambry Kadir meluahkan rasa marahnya kepada DS Nizar. 13. DS Nizar tidak membalas kemarahan Dr. Zambry. 14. Jemaah yang hadir tersenyum dan ada yang menggeleng-gelengkan kepala. 15. DS Nizar meninggalkan masjid untuk menghadiri majlis lain.

KEJADIAN PELIK TAPI BENAR -ZAMRY ,MUHYUIDDIN & PEMIMPIN UMNO SOLAT MAGRIB BERIMAMKAN IR NIZAR JAMALUDDIN. (ALLAH MAHA MERANCANG)

zambry marah jadi makmum kepada nizar (Tidakkah ini , ALLAH YANG MERENCANAKAN KEJADIAN INI. FIKIRKAN KENAPA? DAN APA HIKMAHNYA???) March 30, 2009 konon nizar mempolitikkan solat TAIPING 30 Mac: Calon PR Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin, calon PRK P059 Bukit Gantang, semalam telah bertembung secara tidak sengaja dengan beberapa pimpinan Umno dan calon Umno/BN Ismail Safian sewaktu menunaikan solat jemaah Magrib di Masjid Simpang di sini. Yang turut berada dalam masjid ketika itu ialah Dr Zambry AK, TP Umno TS Muhyiddin Yassin dan beberapa pimpinan Umno. Bagaimanapun Nizar kemudiannya ditegur keras (dengan nada amarah) oleh Zambry kononnya Nizar mengambil kesempatan untuk berpolitik. Sebelum itu, Nizar bukan setakat mengimamkan solat (setelah diminta oleh imam masjid), malahan semasa solat telah membaca qunut nazilah yang diaminkan oleh semua. Nizar juga diminta menyampaikan tazkirah berhubung petikan ayat al Quran (SURAH yang dibacanya semasa SOLAT), namun ditentang keras oleh pimpinan Umno. Untuk makluman, Nizar telah diminta oleh imam Tuan Hj Hisham untuk mengimamkan solat itu dan pada rakaat pertama Nizar membaca ayat “wa’tasimu bihablillahi jamiian, walaa tafarraqu…. ” dan rakaat kedua surah, Nizarrah Al-kaafirun. Beberapa pimpinan UMNO setempat telah memprotes termasuk penasihat masjid (pakai songkok tinggi) yang menghalang dan mengarah supaya terus diadakan majlis bacaan yaasin. Maka berlakulah sedikit komosi (commotion). Nizar mengelak bagi memelihara suasana.Nizar memberitahu:”Habis baca yaasin saya pergi bersalam dengan Dato Zambry dan dia nampak berang dan menyatakan kepada saya , kenapa menggunakan masjid berpolitik dan tak sepatut saya jadi imam tadi. katanya lagi dengan nada kuat dan marah, “jika mahu jadi imam saya bolih jadi imam, jika nak tafsir saya bolih tafsir”. “Sambil tersenyum dan bersahaja saya berlalu meninggalkan majlis untuk menghadiri acara lain,” kata Nizar. Semua makmum melihat dan menyaksikan adegan kelakar dan “ajaib” tersebut dan ramai makmum mengiringi Nizar keluar sewaktu meninggalkan masjid.END --------------------------------------------------------------------------------------- mulanya pening kini migrain dulu kini dan sampai bila-bila March 27, 2009 Krisis Perak: Dari pening menjadi migrain Mohamed Hanipa Maidin Dalam artikel yang lalu (rujuk kolum ‘Terbaik Dari Harakah’), saya telah mengulas bagaimana Umno begitu pening dimainkan oleh speaker Perak, V. Sivakumar. Meskipun pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengganggu tugas V. Sivakumar namun sehingga kini Umno masih belum berjaya. Satu persatu rancangan Umno digagalkan oleh V. Sivakumar. Kalau Umno masih belum hilang pening dimainkan oleh Sivakumar kini pening Umno bertukar kepada migrain. Kenapa? Kerana hasrat Umno untuk mendapatkan perintah Mahkamah Persekutuan membuat keputusan bagi pihaknya bukan sahaja ditolak oleh Mahkamah, tetapi kelima-lima Hakim sebulat suara menyatakan bahawa tindakan Umno merujuk kes Nizar lwn Zambry terus ke Mahkamah Persekutuan adalah melanggar undang-undang. Untuk manfaat para pembaca saya akan cuba menerangkan serba ringkas apa yang berlaku di atas kes Mahkamah antara Nizar dan Zambry. Seperti mana kita tahu Nizar telah memfailkan Semakan Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi mendapatkan antara lain perintah deklarasi bahawa beliau ialah dan pada setiap masa material dan masih Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan. usul tidak percaya Perintah tersebut dipohon kerana berdasarkan tafsiran Fasal XVI(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak adalah jelas bahawa dalam keadaan di mana Menteri Besar Negeri Perak Darul Ridzuan ingin, dan telah member nasihat, untuk pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan tidak terdapat pembubaran Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak dan juga tidak terdapat usul tidak percaya yang diambil dan diterima pakai dalam dan oleh Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Menteri Besar Negeri Perak dan akhirnya tidak tidak terdapat juga perletakan jawatan Menteri Besar Perak, maka Nizar adalah masih Menteri Besar Perak yang sah. Di dalam undang-undang mana-mana permohonan semakan kehakiman ianya memerlukan kebenaran Mahkamah. Semasa peringkat untuk mendapatkan kebenaran, pihak pemohon hendaklah menyerahkan permohonannya kepada Peguam Negara sahaja. Dalam konteks kes Nizar, beliau hanya perlu menyerahkan permohonannya kepada Peguam Negara. Nizar tidak perlu serahkan permohonannya kepada Zambry (sebagai responden) kerana secara teknikalnya Zambry masih belum dikira sebagai pihak. Oleh itu Zambri atau peguamnya tidak perlu hadir. Pendengaran permohonan semakan kehakiman adalah antara Nizar dan Peguam Negara sahaja. Hanya setelah kebenaran diberikan mahkamah barulah Nizar kena serahkan permohonannya kepada Zambry dan barulah ketika itu Zambry boleh dikatakan sebagai pihak. Apa yang berlaku semasa pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman, pihak hakim telah bersetuju dengan pihak Peguam Negara bahawa kes Nizar sepatutnya dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan. Bagi para peguam tindakan Peguam Negara dibaca sebagai satu tindakan ’short cut’ untuk menyelesaikan kes ini dengan segera. Peguam Nizar tidak bersetuju kes dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan kerana undang-undang tidak membenarkan Mahkamah Tinggi melakukan perkara tersebut. Berdasarkan Perkara 63 Perlembagaan Negeri Perak pihak Mahkamah tidak boleh merujuk perkara tersebut ke Mahkamah Persekutuan. Malangnya Hakim Mahkamah Tinggi bersetuju dengan hujah Peguam Negara bahawa kes tersebut boleh dirujuk ke Mahkamah Persekutuan di bawah Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman. Peguam Negara tidak betul Peguam Nizar berhujah bahawa hujah Peguam Negara adalah tidak betul kerana Seksyen 84 menyentuh tentang kes di mana Mahkamah Tinggi boleh merujuk isu penafsiran Perlembagaan kepada Mahkamah Persekutuan. Namun Perlembagaan di bawah Seksyen 84 merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan bukan Perlembagaan Negeri. Hujah peguam Nizar kuat dan jelas tapi Hakim tidak ikut hujah yang kuat dan jelas sebaliknya setuju dengan hujah Peguam Negara yang kabur dan lemah. Peguam Nizar yang tidak bersetuju dengan keputusan Hakim tersebut telah merayu ke Mahkamah Rayuan. Malangnya Mahkamah Rayuan tidak mahu ikut hujah kuat dan jelas peguam Nizar tetapi lebih selesa mengikut hujah Peguam Negara yang lemah dan kabur tersebut. Maka pada hari Jumaat lalu Mahkamah Rayuan menolak rayuan Nizar. Sementara itu rujukan ke Mahkamah Persekutuan ditetapkan pada hari isnin. Peguam Nizar membuat bantahan awal. Pada hari Isnin itu para peguam Nizar telah pergi ke Mahkamah Persekutuan dengan perasaan berdebar-debar. Jika Mahkamah Persekutuan tidak menerima hujah kami, maka kami melihat perjuangan Nizar di mahkamah mungkin berakhir di situ pada hari itu. Kami juga dapat rasakan betapa pasukan peguam Umno dan Peguam Negara sendiri bersungguh mahu kes Nizar lwn Zambry diputuskan hari itu. Sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan memihak kepada mereka maka Nizar tidak boleh lagi merayu ke Mahkamah yang lain kerana Mahkamah Persekutuan adalah Mahkamah tertinggi di negara ini. Zambry sendiri buat pertama kali hadir di Mahkamah. Mungkin beliau amat yakin akan disahkan sebagai Menteri Besar Perak oleh Mahkamah pada hari itu. Peguam Nizar yang diketuai oleh Haji Sulaiman dengan tenang dan bergaya berhujah. Hujahnya amat jelas dan terang. Peguam Negara dan peguam Umno kelihatan sukar dan berbelit-belit ingin menjawab hujah peguam Nizar. Setelah mendengar hujah, mahkamah berhenti rehat lebih kurang setengah jam. Kira-kira jam 2 petang kelima-lima hakim keluar ke galeri Mahkamah dan memutuskan antara lain berikut: “Meskipun kami ingin sangat nak memutuskan kes ini dengan segera, namun kami terikat dengan undang-undang. Kami mendapati tindakan Mahkamah Tinggi merujuk kes ini ke Mahkamah Persekutuan adalah tidak betul dan melanggar undang-undang. Seksyen 84 Akta Mahkamah Kehakiman tidak boleh digunakan kerana kes ini melibatkan penafsiran Perlembagaan Negeri Perak bukannya Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu kes ini kami perintahkan untuk kembali ke Mahkamah Tinggi.” Peguam Umno nampak terkejut. Zambry dah keluar lebih awal. Harapan Umno mahukan kes ini disegerakan tidak kesampaian. Sehingga 15 Mei ini jika Dun Perak tidak dapat bersidang, ia akan terbubar secara automatik. Itulah sebabnya saya kata Umno kini telah bertukar dari pening kepada migrain. Untuk Umno saya ingin nyatakan ada ubatnya. Bubarkan saja Dun. Insya Allah baik pening dan migrain kamu!- tajdid

Sabtu, Mac 28, 2009

KOMENTA MENGUTUK KHAIRI (KJ) DILAMAN CHE DET.

Salam Bahagia..... Mereka merancang ,Allah juga merancang Sesungguhnya rancangan siapa yang terbaik....ALLAH lah PERANCANG SEMESTA ALAM. By gadafi905 on March 27, 2009 4:44 PM Tun, Nampaknya nasik dah jadi bubur..Sedih sangat rasanya bila tgk Mukhriz kalah. Saya menyampah dengan lagak khary yang kononya dia seorg yg bersih dari segala amalan rasuah, penipuan dsb. Sedih sgt.. By Mari Ganyang KJ on March 27, 2009 4:45 PM Tun, Saya amat sedih apabila seorang 'PERASUAH' diberi amanah untuk menjadi pemimpin Pemuda. Perwakilan Pemuda seharusnya malu dengan pilihan yang dilakukan kerana hasrat akar umbi jauh berbeza dengan keputusan hari pemilihan. Adakah ini adil? Sedangkan pada hari mengundi untuk MKT, Naib Presiden & Timbalan Presiden, KJ KENA BOO! Alangkah malunya KJ! Semoga Tuhan melaknat kepimpinan KJ! Tun, tidak adakah sebarang tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas keputusan pemilihan baru-baru ini? Saya cadangkan, Tun melapurkan kepada MACC tentang agen-agen KJ yang diketahui. Isunya bukan sahaja tentang wang yang banyak digugurkan tetapi juga daripada sumber mana KJ memperoleh wang yang begitu banyak pada usia yang muda. Ya Allah, selamatkan lah negeri ku & bangsaku daripada azabmu. By cikokui on March 27, 2009 4:49 PM Tun yang dihormati, Disaat pengumuman KJ menang malam itu, saya dah boleh agak tun tidak akan hadir ke majlis pembukaan tersebut. cuma saya berasa lega kerana Muhyiddin berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden. jadi hati kami yang panas membara menjadi sejuk kerana 2 org terttinggi adalah org yang dipilih tun. jadi KJ tak mampu berbuat apa2 dan diharap Dato Najib tidak memilih dia sebagai Menteri kerana jika ya, kami akan kecewa sekali lagi. By normal citizen on March 27, 2009 4:50 PM Dear Tun, I support your view. Pemuda UMNO is terribly corrupt. You have done the right thing. This is the end of UMNO. No more federal government for UMNO. So no more contracts for Pemuda & Co. Saya dan keluarga sebagai rakyat Malaysia akan menolak UMNO pada PRU 13 akan datang. By ah_heng on March 27, 2009 4:51 PM Tun, You are right. He was proven guilty by the Lembaga Disiplin, warned off and yet can be chosen as the new PEMUDA head clearly shows that all who have voted for him has been "enriched" by his proven act of bribery.... THIS IS UMNO!!! Wong. By Asyhar Salleh on March 27, 2009 4:51 PM Assalamualikum Tun, Saya juga salah seorang dari berjuta rakyat Malaysia yang tertanya-tanya bagaimana seorang yang disahkan sebagai perasuah boleh menang Ketua Pemuda UMNO??? Malah diundi oleh ahli2 pemuda UMNO yang kononnya penentang rahsuah. Saya amat sedih dan terharu dengan nasib orang Melayu ... semoga Allah memberi petunjuk kepada perasuah ini agar bertaubat ... InsyaAllah. By NazMad on March 27, 2009 4:52 PM Pening juga kalau tengok keadaan politik semasa. Susah nak pastikan mereka yang betul2 berjuang untuk bangsa dan negara, lebih daripada sekadar 'money and power'. By wongpencen on March 27, 2009 4:52 PM Kalau dahulu rasuah adalah sesuatu yang kita dengar berlaku atau tahu berlaku apabila kita sendiri terlibat, kini amalan rasuah sudah berlaku secara terang-terangan. Bukan sahaja ianya berlaku sedemikian, malah ianya menjadi suatu perbuatan yang dibanggakan. Pelaku rasuah yang sudah terbukti kesalahannya diangkat pula menjadi pemimpin peringkat tinggi. Memang orang kita sudah tidak peduli lagi tentang apa yang betul dan apa yang salah. Atau orang kita sudah tidak tahu lagi membezakan antara yang betul dengan yang salah. Kalau sebelum ini Tun pernah menyuarakan niat untuk menyertai UMNO semula setelah Adullah Ahmad Badawi tidak lagi memimpin parti tersebut, saya berpandangan lebih elok sekiranya Tun terus menyuarakan pandangan untuk memperbaiki Malaysia secara umumnya dan Melayu secara khasnya, melalui platform yang bukan UMNO. Kekotoran yang bergelumang di dalam UMNO mungkin akan menyebabkan apa jua yang datang dari dalamnya dianggap kotor dan tiada siapa mahu menerimanya. By aroma on March 27, 2009 4:52 PM Saya sedih dgn pemuda UMNO betapa rendahnya IQ mereka memilih org yg didapati bersalah,lebih-lebih lagi kes rasuah.Seharusnya mereka patut sedar......utk memulihkan parti By paloza on March 27, 2009 4:56 PM salam Tun DR M saya sekeluarga bersetuju dgn TUN dlm hal ini...memang wajar Tun tidak hadir kerana Pemuda UMNO telah menidakkan hasrat akar umbi dan memilih perasuah...Lembaga Disiplin juga mesti menajawab persoalan ini....saranan Datuk Rais Yatim supaya siasatan dijalankan memang wajar...saya selaku penduduk di kwsn Bukit Selambau merasakan BN akan kalah lg di Bkt Selambau --------------------ADA LAGI SILA BACA SENDIRI--------------------- http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/kenapa-saya-tidak-hadir.html ------------BEGINILAH SEBUAH ADEGAN PARTI RASUAH------------- ------------DULU --------KINI ---------SAMPAILAH BILA-BILA-----------

Selasa, Mac 24, 2009

MANA NAJIB MAU LETAK MUKA....HANTUYA IS EVERYWHERE !

ALTANTUYA - It is EVERYWHERE! Posted by admin Tuesday, 24 March 2009 17:15 Here are some links:Arms deal link to death of model - TIMES ONLINE UK Arms deal scam: Death of model rocks Malaysia - The Times of India Murder of 'Far Eastern Mata Hari' linked to Malaysia's PM-in-waiting - The Australian The Altantuya Shaaribuu Case: How and why she was killed - The Nation, Thailand. Model's jungle death linked to arms deal - 9 NEWS, Australia Malaysiakini report entitled 'PM Najib': Int'l media's underwhelming reception' says it all. From London and Paris to Jakarta and Brisbane, notable publications have cast doubts on the Najib Abdul Razak’s worthiness for the PM’s office. It is safe to say that no prime ministerial succession – we have had five in the last 38 years – has had as underwhelming a reception in the international media as Najib’s. Read more at: http://takenotetakeheart.blogspot.com/2009/03/altantuya-it-is-everywhere.html

Khamis, Mac 19, 2009

'Khir Toyo suruh saya cari Lutfi'

Azamin Amin | Foto Nasir Sudin  Wed | Mar 18, 09 | 9:57:53 am MYT
"...saya memang orang kuat dia dan memang saya disuruh cari Lutfi. Khir Toyo siap cabar lagi..." Image

Penolong Pengarang HarakahdailyAZAMIN AMINdan jurugambarNASIR SUDIN)baru-baru ini bersua muka dengan suami Senator Datin Paduka Norhayati Onn, Ir Mohd Suffian Abdul Aziz membicarakan salah laku moral isterinya, isu politik wang dan bekas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Khir Toyo. Sembang-sembang santai dengan bekas Ketua Pemuda UMno Klang itu mengambil tempat di salah sebuah hotel di ibu negara 12 Mac lalu.

HARAKAH:Apa status kes Nusyuz isteri saudara, Senator Norhayati Onn setakat ini?

SUFFIAN:Pada 23 April depan ianya akan dibacakan di Mahkamah Syariah Shah Alam dan peguam beritahu jika dia tak hadir, satu waran tangkap akan dikeluarkan kerana ingkar. Seingat saya sudah 10 kali saya hadir tetapi dia langsung tak datang.

Apa hasrat saudara dan mahukan sebenarnya?Image

Saya nak isteri saya itu tidak ada sebarang tuntutan ke atas saya dan ada apa-apa hak ke atas anak-anak. Saya mahu buktikan kebenaran dalam masalah rumah tangga saya dan saya juga mahu nama baik saya dibersihkan.

Dia dakwa saya macam-macam..'the damage is done' walaupun dia sudah tarik balik saman fasakh ke atas saya.Dia kata dia nak berbaik-baik semula dengan anaknya dan sanggup pergi kaunseling... tetapi sampai sekarang dah setengah tahun lebih, tiada apa-apa yang berlaku. Tidak pernah berinteraksi dengan anak-anak, bulan puasa ke atau Hari Raya ke, jauh sekali hari jadi..seolah-olah dia 'membuang' anaknya sendiri.

Merujuk gambar Norhayati dengan bekas Ahli Parlimen Gombak Dr Rahman ini diambil, di mana kejadian ini berlaku?

Ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir, Kelantan pada tahun 2005. Berlaku di bilik salah sebuah hotel di Kota Bharu. Semuanya ada terkandung dalam surat akuan bersumpah saya bertarikh 12 Oktober, 2006 dan juga sembilan laporan polis dibuat termasuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor. (Menunjukkan salinan gambar dan laporan polis)

Setakat ini status laporan polis bagaimana?

Tiada sebarang tindakan dan sudah empat tahun ianya terjadi. Tapi kes Elizabeth Wong, cepat betul tindakan polis. Tukar polis Wilayahlah, cari orang itu, ini sampai nak cari luar negara sedangkan kes itu berbeza dengan kes isteri saya yang lebih teruk moralnya.

Elizabeth, dia bukan Islam...mungkin pergaulan itu membenarkan malah isunya ialah orang menceroboh 'privasi'. Tapi kes isteri saya ialah adakan hubungan sulit dengan orang lain. Ada gambar, video dan rakaman perbualan. Kenapa tiada tindakan? Ia melibatkan seorang Senator Dewan Negara dan pemimpin pergerakan Wanita Umno.

Selain polis, kepada siapa saudara mengadu?

Dato' Seri Khir Toyo...tetapi Khir kata itu hal rumah tangga. Selesaikanlah sendiri dan dia tak buat apa-apa tindakan. Dia lindungi Norhayati kerana mahu sokongan untuk bertanding pemilihan Umno dulu dan jaga reputasinya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu. Kini nak jadi calon Ketua Pemuda Umno pula. Dia kena jaga orang-orang ini yang ada pengaruh nak 'support' dia dalam pemilihan.

Bukan masalah berpuas hati atau cukup hukuman kepada Norhayati. Dr Rahman digugurkan tetapi kenapa dia masih lagi dilantik semula sebagai Senator Oktober tahun lepas. Saya ada juga jumpa pemimpin Umno yang lain (off record) tetapi mereka K.I.V (Keep In View) saja.

Ini kejadian ke berapa kali?

Banyak dah berlaku. Antaranya di Kuala Lumpur, Petaling Jaya (beberapa nama hotel disebut) malah setiap kali dia tangkap gambar, telefon bimbit itu ada tarikh dan masa. Bila saya 'check' memang tepat.

Ada yang kata ianya teknik super-impose (cantuman, tindanan) dan ada pihak ketiga?

Dia cakap berbelit-belit. Mari masuk mahkamah dan bawa pakar-pakar teknologi...tengok. Super-impose ke tidak?

Ada saudara bertemu sendiri dengan bekas ahli parlimen Dr Rahman?

Ada, saya pergi rumahnya dengan abang saya. Rahman kata biasalah gambar itu...hubungan antara pesakit dan doktor. Menyirap darah saya...yang peluk-peluk itu apa..apa lagi saya pun bagilah dia sedass dan bergasak ...(Off record). Lepas itu saya buat laporan polis dan dia juga buat tetapi tiada sebarang siasatan.

Apa lagi bukti yang saudara ada?

Ada video rakaman yang mungkin jauh lebih teruk daripada kes Elizabeth. Malu saya nak siarkan dan kasihan anak-anak malu...(Suffian mengalirkan air mata)

Bukankah saudara 'orang kuat' Khir Toyo suatu ketika dulu sehingga saudara pernah diarah oleh beliau untuk 'mencari' dan menggertak Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang mendedahkan kes rasuah beliau dulu?

Ya betul, saya memang orang kuat dia...dan memang saya disuruh cari Lutfi. Khir Toyo siap cabar lagi....dia ingat aku ni siapa, aku ni Menteri Besarlah.

Berpengalaman sebagai bekas Ketua Pemuda Umno Klang, apakah ini insiden pertama melibatkan moral dan salah laku pemimpin Umno?

Saya dah lama dalam sistem ini. Ini bukan kali pertama, ada pemimpin Umno yang terlibat, ada yang ada bukti dan ada yang tidak diketahui. Cuma saya 'respect' juga yang bukan Islam ini, dia buat dia mengaku bertanggungjawab macam Dato' Chua Soi Lek dan Elizabeth Wong tetapi pemimpin Umno yang macam ni (tunjukkan gambar isteri) sampai sekarang tak mengaku. Jujurlah....

Adakah saudara pernah kena ugut dan diancam keselamatan?

Ada, banyak kali malah anak-anak saya diugut untuk tidak mendedahkan keburukan moral ibu mereka dan membawa ke mahkamah. Anak lelaki saya dipukul, anak perempuan disergah dan macam-macam lagi.

Status saudara dengan Norhayati masih suami isteri?

Ya, tetapi itulah dia tak serik. Baru-baru ini anak saya beritahu terserempak dengan ibunya dengan lelaki lain, 'dating' malam. Saya siasat, dia seorang yang terlibat dengan Animation Advertising (Pengiklanan Animasi). Sebelum itu ada dua tiga orang yang lain dia berpacaran

Malu nak cakap tetapi orang macam ini tidak layak jadi pemimpin apatah lagi ada jawatan berprestij seperti Senator. Saya dapat tahu dia 'lobi' pemimpin Umno untuk dapat jawatan itu.

Sebagai orang yang rapat dengan dengan Khir Toyo, apakah persepsi saudara dan layakkah dia bertanding Ketua Pemuda Umno?

Jangan jadi sombong. Ingat asal dan sejarah dulu sebelum jadi Menteri Besar. Sedarlah sikit. Jangan kata orang lain rasuah atau tuduh orang tak bermoral. Saya rasa orang macam ini lupakan sahajalah. Kalau nak jadi Ketua Pemuda Umno dia mesti ada karektor dan watak nasional. Ini bukan bertanding Ketua Umno Sabak Bernam. Mesti mahir berbahasa Inggeris kerana Ketua Pemuda akan bertemu dengan pemimpin dunia. Maaf cakap itu...dia tak ada. Bukan masanya lagi.

Begitu juga dengan Norhayati yang akn bertanding Exco Wanita Umno...

Inikah yang akan memimpin bangsa dan agama. Kalau hobinya buat kerja lain, baik lupakan saja dan letakkan jawatan Senator. Kalau buat silap minta ampun dengan Allah, kalau salah pikul sendiri, jangan sampai aniaya orang lain terutamanya anak-anak... Anak saya yang kecil tiga tahun...kasihan dia (mengalir air mata). Mungkin orang tak percaya, dan jarang-jarang berlaku tetapi ketiga-tiga anak saya yang jaga sejak kes itu...ayah yang menjaga bukan ibunya.

Saudara bersediakah untuk menghadapi sebarang tindakan undang-undang seperti saman atas pendedahan isu salah laku moral ini?

Saya berani hadapinya. Cabarlah di mahkamah khususnya melibatkan Senator Norhayati.

Tentang politik wang dalam Umno, termasuk 900 aduan rasuah dan dapatkah dibendung , apatah lagi dengan wujud Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ?

Tidak dapat. Mungkin dikurangkan sedikit boleh. Ianya dah berakar umbi. Dasyat... dan kronik. Macam mana nak buktikan pun susah juga. Kalau belanja makan, beri duit minyak RM300 seorang untuk datang, itu pun politik wang. Sembang-sembang sedikit, sedekah duit...macam mana tu?

Tentang 900 aduan kepada Lembaga Displin Umno, ada yang buat aduan tu sebab nak jatuhkan pemimpin dan ada yang memang ada bukti.

Dah jadi budaya. Duduk jumpa perwakilan belanja teh tarik pun dikira politik wang. Definasinya tak jelas tapi memang wujud. Budaya kita lebih kepada kebendaan. What can i get? At the end of the day hanya beberapa orang perwakilan yang ada 'kuasa' untuk memilih kita. Itu yang mencecah (pemilihan agung Umno tahun 80-90an) RM200,000 seorang. Sekarang kurang sikit daripada itu.

Payah nak ubah. Kalau tak boleh bagi tunai, mereka masuk dalam akaun bank. Dulu tahun 90an' ada duit RM1,000. Koyak dua. Satu kau ambil dan satu lagi pemimpin pegang. Menang cantum balik. Boleh pakai.

Selain politik wang, adakah proses pemilihan undi juga dicemari?

Umno ini, macam-macam kepakaran dia ada. Saya tak nak cerita banyak. Ada kes, tertutup lampu di PWTC sekejap waktu proses kira undi. Ada yang seluk kertas undi simpan dalam seluar dalam pun ada. Pernah beberapa ahli akademik buat penilaian semula proses kiraan undi pemilihan agung Umno menyatakan bahawa ianya dibuat dengan tidak betul. Tapi itu semua tidak didedahkan.

Semua 'korupsi' kah dan tiada seorang pun yang bersih?

Ada yang baik malah mereka ini kita tengok cara kerja dan bercakap memang benar-benar ikhlas. Tak perlu pakai wang dan mereka juga tak pernah tawar wang dan kita tahu mereka ini pemimpin yang 'genuine'. Saya tak nak sebut nama, nanti dikatakan kempen orang tertentu. Saya akan tolong orang-orang macam ini. Saya suka macam Allahyarham Dato' Harun Idris dulu, itu betul-betul pejuang.

Bagaimana dengan tindakan anak Dato' Haron untuk dapatkan injuksi mahkamah halang perhimpunan agung Umno 27 Mac ini?

Tak boleh buat injuksi. Dalam Perlembagaan Umno, mana-mana ahli yang bawa kes ke Mahkamah akan dipecat. Clearly stated. Dia akan dipecat.

Bagaimana isu 'hijacked' kuasa di Perak?

Saya rasa kalau Tun Mahathir dulu dia ikut 'prosedure'. Dia akan buat 'smart move'. Bawa ke DUN, buat undi tak percaya. Ikut proses. Ini semua orang nampak macam 'hijacked'. Jika Mahathir pun, dia tak akan berdiri di samping orang-orang yang lompat.

Akhir kata saudara...

Kita bukan 'above the law'...saya nak Norhayati lepaskan jawatan dia sebagai Senator dan kita 'bertarung' secara sama rata. Sekarang dia ada kuasa, ada immunity. Dia bohong pada orang atas, kata dia dah berbaik-baik dengan 'family' tetapi sebaliknya, kemudian burukkan saya. Saya juga nak bersihkan nama saya. Tunaikan hak anak-anak dan sebagai pemimpin masyarakat. _

Zaid gesa Agong tidak lantik Najib jadi PM

Zaid gesa Agong tidak lantik Najib jadi PM
Harakahdaily  Thu | Mar 19, 09 | 11:52:42 am MYT

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Zaid Ibrahim menggesa Yang DiPertuan Agong supaya tidak melantik Dato' Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri akan datang.

"Ini adalah masa yang amat sukar. Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang akan menyatupadukan negara ini yang sedang berdepan dengan kesukaran. Berpecah kita lemah.

"Saya keberatan untuk menyatakannya tetapi untuk sebab-sebab yang telah saya katakan, saya terpaksa menyebut bahawa Najib pasti akan memecahbelahkan kita dan dalam berbuat demikian, akan menolak kita semakin hampir ke tepian," katanya yang dipetik daripada sebuah laman web.

Kata bekas ketua bahagian Umno itu, terdapat ahli-ahli parlimen parti itu yang berkelayakan untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Sehubungan itu, demi negara, kata Zaid, beliau menggesa Seri Paduka Baginda supaya mengambil kira keperluan dalam pelantikan bagi jawatan tersebut serta kebimbangan rakyat.

"Tidak ada obligasi perlembagaan bagi Seri Paduka untuk melantik presiden Umno sebagai perdana menteri," katanya dalam ucapan di sebuah majlis semalam.- azm _

Agong digesa tidak lantik Najib jadi PM
Mar 18, 09 7:47pm
Datuk Zaid Ibrahim hari ini menggesa Yang di-Pertuan Agong supaya membuat pilihan yang betul - jangan lantik Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri akan datang. "Ini adalah masa yang amat sukar. Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang akan menyatupadukan negara ini yang sedang berdepan dengan kesukaran. Berpecah kita lemah. "Saya keberatan untuk menyatakannya tetapi untuk sebab-sebab yang telah saya katakan, saya terpaksa menyebut bahawa Najib pasti akan memecahbelahkan kita dan dalam berbuat demikian, akan menolak kita semakin hampir ke tepian," kata bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. zaid ibrahimBerucap di majlis makan tengahari Royal Rotary Club di ibu negara hari ini, bekas ketua bahagian Umno itu berkata, terdapat ahli-ahli parlimen parti itu yang berkelayakan untuk dilantik sebagai perdana menteri. Sehubungan itu, demi negara, kata Zaid, beliau menggesa Seri Paduka Baginda supaya mengambil kira keperluan dalam pelantikan bagi jawatan tersebut serta kebimbangan rakyat. "Tidak ada obligasi perlembagaan bagi Seri Paduka untuk melantik presiden Umno sebagai perdana menteri," katanya dalam ucapan yang agak keras itu. Najib dijadual mengambil alih jawatan perdana menteri lewat bulan ini apabila Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersara. Menurut Zaid lagi, tidak pernah dalam sejarah negara ini di mana pemilihan perdana menteri menjadi begitu genting. "Malaysia", tegasnya, "kini dalam krisis" apabila negara sedang berdepan dengan cabaran-cabaran ekonomi yang besar yang akan memberi kesan sosio-politik yang teruk, yang tidak dapat dielakkan. 

Rabu, Mac 18, 2009

Nama Umno tidak mencerminkan Melayu?

Nama Umno tidak mencerminkan Melayu?
Syuaib Zakaria  Wed | Mar 18, 09 | 5:43:28 am MYT

Dalam negara Malaysia, dan berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Melayu itu dirujuk sebagai orang beragama Islam, mengamalkan adat istiadat Melayu dan berbahasa Melayu.

Tapi, hari ini ketika adat resam mula terpinggir, agama pun terabai, maka yang tinggal cuma bahasa Melayu.

Sehingga ada orang yang berjenaka, sekarang ini yang masih Melayu adalah Keretapi Tanah Melayu sahaja. Nama Tanah Melayu di keretapi itu masih belum ditukar kepada Malaysia. Sesekali difikirkan, ada juga kebenarannya.

Oleh kerana eratnya hubungan Melayu dan Islam dalam negara ini, maka nama-nama insan Melayu kita pun berubah daripada Damak, Daeng kepada Najib dan Khairy. Gelaran India seperti 'Kutty' mungkin boleh berubah menjadi Mahathir.

Itu contoh sahaja. Tiada kena-mengena sama ada dengan mereka yang masih hidup atau mati. Jika terjadi pun, kemungkinan besar contoh itu disengajakan.. ada kemungkinan besar juga.

Kalau perempuan, nama Kenanga ditukar Rafidah dan sebagainya. Malahan nama-nama Islam itu masih dilihat sebagai Melayu pula. Tetapi, bagaimanakah pula dengan nama parti 'Melayu', iaitu Umno?

Umno belum menjadi Melayu? Dalam hal ini, Tan Sri Khalid Abdullah, 87, salah seorang veteran Umno baru-baru ini mengangkat isu menarik ketika mengulas kelemahan Umno, khasnya yang membabitkan hal ketuanan Melayu.

Isu tersebut adalah hal penggunaan nama Umno (United Malay National Organization) dalam bahasa Inggeris. Menurut Khalid, nama Umno sendiri perlu diubah agar sama pengertiannya sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dalam bahasa Melayu.

"Kenapa kita perlu memanggil pertubuhan yang menjaga kepentingan Melayu dengan nama Inggeris iaitu Umno (United Malay National Organisation).

"Kenapa tidak kita balik kepada nama asal Umno pada era penubuhannya iaitu Pekembar? Ia ibarat orang Melayu bernama Johan, tetapi kita kini memanggilnya sebagai John? Di mana semangat Melayu?

"Jadi, bagaimana kalau terasnya sudah tidak menampakkan Melayu, kemudian kita mahu perjuangkan tentang hak dan keistimewaan orang Melayu?

"Kalau semangat nasionalisme sudah tiada, timbullah semangat materialisme sebagaimana yang terdapat dalam Umno sekarang," tegas Khalid.

Khalid nampaknya masih yakin bahawa kalau pun partinya goyah, tapi kalau nama parti itu masih setia bercirikan Melayu maka hal goyah itu tidak mendatangkan masalah besar.

"Cuma Umno itu perlu dimelayukan semula namanya dan kembali kepada Pekembar," jelas beliau.

Pandangan mantan penggiat PKMM Seorang bekas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) arwah Shamsiah Fakeh pernah menuliskan hal ini dalam memoir beliau sebagai berikut.

"Sewaktu aku berada di Kampung Gemuruh, Kuala pilah, Negeri Sembilan, aku sering ikut dalam pertemuan yang dianjurkan oleh Umno iaitu kependekan dari bahasa Inggeris, United Malaya National Organization.

"Sebenarnya, dalam bahasa Melayunya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau singkatannya Pekembar, tetapi pertubuhan ini lebih suka memakai nama Umno. Seterusnya nama Umno saja yang digunakan sehingga sekarang," tulis beliau lagi.

Shamsiah Fakeh menambah lagi, "Oleh orang-orang PKMM, nama singkatan PKMM ini dikenali dengan sebutan Pekemam."

Bermaksud, Melayu kiri lebih kuat dan tebal semangat dan jiwa Melayunya berbanding Umno ini. Mereka telah menggunakan nama Melayu pada parti mereka sendiri.

Apakah pandangan Tan Sri Khalid berhubung penukaran nama Umno kepada Pekembar itu akan mendapat 'limpah perkenan Umno' sendiri menjelang Perhimpunan Agung Umno itu, hal itu tidaklah dapat dipastikan lagi.

PAS, PKR lebih tebal dan kuat jiwa Melayu Jika ditinjau daripada segi nama parti sebagai asas kepada tebalnya semangat Melayu, maka parti pembangkang Melayu seperti PAS dan KeADILan atau PKR adalah lebih tebal kemelayuannya.

PAS adalah Parti Islam Semalaysia dan PKR adalah Parti Keadilan Rakyat. Sementara nama KeADILan pun memang punya makna yang kuat dalam tradisi kemelayuannya.

Daripada nama kedua-dua parti ini pun, kita boleh mencongak dan menghitung, siapakah yang paling tebal jiwa Melayunya. Ternyata PAS dan PKR lebih ke depan memperjuang isu PPSMI kerana jiwa Melayu mereka lebih kuat berbanding Umno.

Parti Umno cuma mendakwa sahaja bahawa mereka memperjuang ketuanan dan bahasa Melayu padahal tindakan mereka tidak mencerminkan sikap dan pendirian tersebut.

Dengan sebab itu, orang-orang Melayu harus lebih berwaspada kepada parti Umno yang disangkakan sebagai pejuang Melayu itu. Lidah mereka menyatakan bahawa mereka itu pejuang hak bangsa dan bahasa Melayu. Walhal, hakikatnya mereka perosak Melayu.

Nama itu sumber kekuatan jiwa. Jika nama Melayu sudah tidak lagi terpahat pada Umno, bermaksud jiwa Melayu dalam Umno telah berkubur. Sebab itu, Umno tidak mansuhkan PPSMI.

Bilakah orang Melayu seluruhnya akan bangkit dan sedar akan hakikat ini, iaitu hakikat bahawa Umno bukan berjiwa Melayu dan mereka tidak perjuangkan bahasa dan bangsa Melayu?

Hanya waktu yang akan memberikan jawapannya.. _

BN seperti kerajaan Attarturk - Nizar

BN seperti kerajaan Attarturk - Nizar

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kedudukan kerajaan BN tidak ubah seperti pimpinan Mustafa Kamal Attarturk di Turki suatu ketika dahulu.

Menurutnya, BN bukan sahaja bertindak zalim dengan merampas kerajaan daripada Pakatan Rakyat (PR), malah banyak membohongi rakyat sepanjang 51 tahun pemerintahannya di negara ini.

“Segala pembohongan dan kezaliman mereka akan dapat dipertontonkan terus menerus sebelum ia jatuh dan akhirnya berkubur,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Bersama Pemimpin di pekarangan kediaman Ketua Muslimah PAS Lenggong, Mariam Wan Abdul Latih.

BN dan UMNO, katanya, banyak melakukan perkara yang boleh menjatuhkan martabat Islam serta bangsa Melayu seperti melenyapkan tulisan Jawi iaitu sistem tulisan yang menggambarkan ciri Islam dari sistem pembelajaran dan penghidupan orang Melayu.

Mohammad Nizar berkata, mengikut perangkaan pada masa ini jumlah orang Melayu berkemahiran menulis Jawi agak berkurangan.

Mengikut purata, mereka yang berumur 60 tahun ke atas sahaja boleh menulis dan membaca tulisan Jawi.

Menurutnya, keadaan itu secara tidak langsung sama seperti apa yang dilakukan Mustafa Kamal Attartuk di Turki pada zaman pemerintahannya.

“Mustafa Kamal memansuhkan tulisan tradisional Turki dan menggantikannya dengan tulisan roman Turki dalam sistem penulisan rasmi negara itu.

“Apa yang dilakukan BN dan UMNO sepanjang 51 tahun pemerintahannya adalah membawa pembohongan dan mengelirukan rakyat serta meruntuhkan institusi Melayu,” katanya.

Beliau berkata, bermula dari penghapusan tulisan Jawi daripada sistem pembelajaran, mereka tidak habis-habis melakukan perkara yang boleh menjatuhkan institusi Melayu di negara ini termasuk Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilihat mampu membunuh bahasa Melayu.

Katanya, apa yang lebih teruk ialah tindakan BN merampas kuasa dengan jelas menunjukkan kezaliman parti itu dan dianggap sebagai tidak bermaruah.

Berita asal : Sinar Harian