Khamis, Oktober 23, 2008

Akibat kurang upaya, 8 bulan rumah tanpa elektrik

Wartawan Harakah bersama En Saleh dan Hj Othman . (Mengikut En Saleh ,perabot yang di beli dari courth mamoth semasa mampu bekerja 2-3 tahun lalu sudah tidak mampu di bayar) En Saleh bersama isteri dan anaknya Nor Sharifah 17 (akan menduduki SPM), Mohd Daniel 12 (UPSR), Mohd Daim 10 dan Nor Syuhada berusia setahun (Meter TNB yang telah dipotong dan dicabut sejak 8 bulan lalu) Sumbangan www.harakahdaily.net Wartawan Mohd Sabri Said Thu Oct 23, 08 10:18:00 am MYT PULAU PINANG, 23 Okt (Hrkh) - Amat mengejutkan, Bayan Baru yang terletak di Daerah Timur Laut Pulau Pinang dan terkenal dengan 'Bandar Setelit' masih ada keluarga hidup dalam kegelapan ekoran kedaifan yang dihadapinya. Harakahdaily baru-baru ini berpeluang mengunjungi sebuah keluarga Mohd Salleh Hamid, 49 dan isterinya Zuredah Din, 47 tinggal di flat Desa Riang, Batu Uban bersama Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Uban, Othman Nordin dan Setiausahanya, Iszuree Ibrahim dan mendapati keluarga terbabit sudah lapan bulan tinggal dalam kegelapan tanpa sinaran elektrik seperti keluarga lain. "Kedaifan hidup membuatkan keluarga saya hidup dalam kegelapan sejak lapan bulan lepas manakala rumah pula telah dilelong," demikian luahan hatinya bila menerima kunjungan kami. Mujur menantunya, Mohamad Zaidi Ahmad dan isterinya, Wan Sepiah bertindak cepat bertemu peguam berbincang dan seterusnya meneruskan pembayaran RM250.00 sebulan terhadap rumah yang dibeli dengan harga RM20.000 itu. Penyakit kencing manis, mata rabun dan kadang-kadang pengsan menyebabkan Mohd Salleh terpaksa melepaskan hasratnya bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapat RM900.00 sebulan. Tunggakan bil sebanyak RM1,565.10 mengakibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) memotong elektrik di kediamanya yang diduduki pada tahun 1995. "Nak sambung balik di mana pula nak dapatkan duit tu. Saya dah tak boleh kerja nak harapkan anak dan menantu depa pun susah. Cuma yang kasihan ialah anak-anak, depa tengah belajar kenalah membuat kerja sekolah di bawah sinaran lilin," ujarnya sebak. Sementara itu, JKKK Batu Uban, Othman Nordin dalam kenyataanya berkata, bagi menyelesaikan masalah tersebut beliau telah pun menghubungi Penghulu Timur Laut untuk mendapatkan bantuan yang difikirkan perlu. Beliau juga berjanji akan bertemu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi menyuarakan pandangan berhubung kedaifan yang dihadapi oleh Mohd Salleh Hamid. "Kami akan berusaha setakat mana yang mampu membantu meringankan bebanan yang dihadapi oleh keluarga Mohd Salleh yang tinggal bersama isteri dan anaknya Nor Sharifah 17, Mohd Daniel 12, Mohd Daim 10 dan Nor Syuhada berusia setahun," tambahnya. Menurut Othman kepada sesiapa yang ingin membantu bolehlah menghubungi Setiausaha JKKK Batu Uban, Iszuree Ibrahim di talian 019-4507890 atau ke akaun 2086070902 Southern Bank Cawangan Balik Pulau milik anak Mohd Salleh - mns

Tiada ulasan: