Khamis, Mac 11, 2010

Jalan dihalang susahkan penduduk

BATU UBAN – Penduduk di sini menyatakan penat dan membazir minyak, apabila jalan yang dahulunya boleh digunakan penduduk kampung kini dihalang dengan besi penghadang. Jalan yang terletak di Batu Uban 5 itu berhampiran dengan perumahan mewah dan Bangunan Lembaga Lebuh raya Malaysia serta beberapa meter dari Kompleks Majlis Sukan Negeri (MSN). Tinjauan Sinar Harian mendapati penduduk yang memandu kereta tidak dapat menggunakannya lagi, namun bagi penunggang motosikal mereka masih lagi menggunakan jalan berkenaan walaupun dihalang. Ini kerana ada yang terpaksa menghantar anak ke sekolah berhampiran, namun disebabkan jarak perjalanan yang jauh penduduk mengambil inisiatif dengan tetap menggunakan jalan itu. Penunggang motosikal bernasib baik kerana bahu jalan dengan penghadang tidak terlalu tinggi dan membolehkan mereka melalui penghadang berkenaan. Namun nasib malang tidak berbau, dan kemalangan boleh terjadi sekiranya ada ibu bapa yang tidak cekap menunggang sehingga membolehkan anak mereka terjatuh. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, SRaveentharan berkata, jalan berkenaan ditutup sejak awal 2000 lagi apabila projek perumahan mewah berkenaan mula dibina. Menurutnya, beliau menerima aduan orang ramai mengenai permasalahan itu sehingga menyusahkan penduduk. “Disebabkan jalan ini ditutup dan dihalang dengan besi, penduduk dari Kampung Batu Uban terpaksa membuat pusingan sejauh lima kilometer apabila perlu menuju ke Sungai Gelugur dan berpatah balik ke perumahan di belakang Komplek Belia Dan Sukan dalam kawasan Kg Batu Uban . “Sedangkan mereka hanya boleh ke perumahan berkenaan dalam jarak tidak sampai 200 meter ” katanya. Raveentharan juga membuat lawatan teknikal satu hari bersama ahli majlis, Iszuree Ibrahim. Beliau bersama pegawai Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan JKR serta beberapa pemimpin setempat turut mengadakan lawatan ke Sungai Dua, Jalan Pekaka 1, Lorong Pekaka 5, Taman Jade dan Jalan Batu Uban 5. Iszuree berkata, jalan yang dihalang itu turut memisahkan penduduk Kampung Batu Uban. Menurutnya, apabila jalan berkenaan dihalang menyebabkan penduduk kampung terpisah sedangkan mereka masih lagi memerlukan jalan berkenaan untuk menjadi laluan dan penghubung. “Disebabkan itu ada yang terpaksa menggunakan motosikal dan menggunakan jalan ini kerana dapat menjimatkan masa dan minyak,” katanya.

Rabu, Mac 10, 2010

PEMENANG TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN JKKK TERBAIK 5 DAERAH P.PINANG DITAJA MELAWAT SAMBIL BELAJAR KE SONGKLA THAILAND DARI 7 MAC - 10 MAC 2010

SETIBANYA DI lOBBY TINGKAT 10 HOTEL LEE GARDEN PLAZA DI HATYAI DAN SUASANA DI HADAPAN HOTEL.
PENJAJAAN PINGGIRAN SUNGAI DI SONGKLA ..ADA YANG HALAL DAN ADA YANG TIDAK HALAL@PELIK.SUASANA INI TIADA DI PENANG.
Berdialog Bersama Dato Bandar Hatyai
Hotel penginapan Lee Garden Hatyai Peserta dari JKKK Pondok Upeh Balik Pulau
Atur Cara Harian
Singgah di Akuriam Songkla Sesi Dialog & Penerangan dengan Pejabat Gabenor Songkla
Dato Halim (Speaker Dewan Undangan P.P) menyerahkan cenderamata kepada Gabenor Songkla
Singgah Makan tengahari di Pantai Timur Songkla dan Melintasi Tasik Songkla melalui Jambatan sepanjang 2 km.
Masjid Ban Nua Hatyai Bilik Mesyuarat @ Conference Room Masjid Ban Nua yang luas dan selesa dan Sekolah Agama bersebelahan Masjid dan Home stay rumah kampung cuma sewaan harian B150 @ Rm 15
Bilik Mesyuarat masjid yang lebih canggih dari bilik mesyuarat TKM kita dan kami bergambar kenangan bersama Tuan Imam (berjubah Hitam)
Dato Halim menghadiahkan Cenderamata kepada Tuan Imam Masjid
Berperang dengan ikan atas pinggan...
Singgahan Makan Tengahari terakhir di Restoran Blue Ocean Hatyai(Restoran Halal) sebelum bertolak balik ke Penang, disini tomyam sebungkus B180 @ RM18..
Pada 7 Mac 2010 -10 Mac 2010 - Seramai 35 peserta yang terdiri dari Pegawai UPEN,Penghulu Daerah dan Anggota JKKK Pemenang Pertandingan Daerah dan Negeri telah ditaja oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membuat lawatan sambil belajar ke Songkla (Sanggora) Thailand. Lawatan ini diketuai oleh Dato Halim , Speaker Dewan Undangan Negeri P.Pinang dalam lawatan berjumpa Gabenor Songkla dan Datok Bandar Hatyai.
Kesemua peserta telah ditempatkan di Hotel Lee Garden setinggi 33 tingkat iaitu hotel tertinggi di Hatyai. Dalam lawatan ini peserta didedahkan kepada Industri kecil dan Agro terutamanya sekitar Tasik Besar Songkla seluas 80KM persegi dan suasana bandar bersih di Songkla.Sesi Diaglog bersama Pegawai Majlis Perbandaran Bandar Hatyai dan Bandar Songkla serta Imam Besar Masjid Ban Nua .
Ada beberapa perkara yang agak memeranjatkan disini yang dapat dipelajari iaitu:
1) Masjid Ban Nua yang hampir sebesar Masjid Besar Seberang Jaya dibina dengan nilai 25 Juta Bath @ RM 2.5 Juta yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk Bilik Conference dengan kelengkapan IT yang canggih. Kalau di Malaysia dah tentu mau cecah lebih RM10 Juta akibat ketirisan pentadbiran .
2)Kerajaan Thailand mengamalkan Kerajaan Kebajikan dimana Rakyat diberi perubatan percuma tanpa bayaran dan jika ada keperluan pembedahan yuran sebanyak B30 @ RM3 dikenakan termasuklah pembedahan Jantung yang di Malaysia di IJN menelan belanja Puluhan Ribu Ringgit.
3) Majlis Perbandaran Hatyai menyediakan Bas Sekolah percuma untuk kegunaan pelajar sekolah untuk pergi dan balik dari sekolah.Kerajaan PR P.Pinang perlu mengambil inisiatif untuk diperkenalkan dalam Majlis Perbandaran P.Pinang
4) Pencapaian teknologi dalam bidang BioSains dan Agro yang tinggi dimana ikan air masin seperti Siakap dapat diternak dalam tasik air tawar @ air payau

Rabu, Mac 03, 2010

SUNGAI DALAM LAUT

SUBHANALLAH!!!! KISAH AIR MASIN DAN AIR TAWAR "Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53) Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia. Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut. Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan (surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas. Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara. Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannyamutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam. Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran." Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan. Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.