Rabu, Mac 10, 2010

PEMENANG TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN JKKK TERBAIK 5 DAERAH P.PINANG DITAJA MELAWAT SAMBIL BELAJAR KE SONGKLA THAILAND DARI 7 MAC - 10 MAC 2010

SETIBANYA DI lOBBY TINGKAT 10 HOTEL LEE GARDEN PLAZA DI HATYAI DAN SUASANA DI HADAPAN HOTEL.
PENJAJAAN PINGGIRAN SUNGAI DI SONGKLA ..ADA YANG HALAL DAN ADA YANG TIDAK HALAL@PELIK.SUASANA INI TIADA DI PENANG.
Berdialog Bersama Dato Bandar Hatyai
Hotel penginapan Lee Garden Hatyai Peserta dari JKKK Pondok Upeh Balik Pulau
Atur Cara Harian
Singgah di Akuriam Songkla Sesi Dialog & Penerangan dengan Pejabat Gabenor Songkla
Dato Halim (Speaker Dewan Undangan P.P) menyerahkan cenderamata kepada Gabenor Songkla
Singgah Makan tengahari di Pantai Timur Songkla dan Melintasi Tasik Songkla melalui Jambatan sepanjang 2 km.
Masjid Ban Nua Hatyai Bilik Mesyuarat @ Conference Room Masjid Ban Nua yang luas dan selesa dan Sekolah Agama bersebelahan Masjid dan Home stay rumah kampung cuma sewaan harian B150 @ Rm 15
Bilik Mesyuarat masjid yang lebih canggih dari bilik mesyuarat TKM kita dan kami bergambar kenangan bersama Tuan Imam (berjubah Hitam)
Dato Halim menghadiahkan Cenderamata kepada Tuan Imam Masjid
Berperang dengan ikan atas pinggan...
Singgahan Makan Tengahari terakhir di Restoran Blue Ocean Hatyai(Restoran Halal) sebelum bertolak balik ke Penang, disini tomyam sebungkus B180 @ RM18..
Pada 7 Mac 2010 -10 Mac 2010 - Seramai 35 peserta yang terdiri dari Pegawai UPEN,Penghulu Daerah dan Anggota JKKK Pemenang Pertandingan Daerah dan Negeri telah ditaja oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk membuat lawatan sambil belajar ke Songkla (Sanggora) Thailand. Lawatan ini diketuai oleh Dato Halim , Speaker Dewan Undangan Negeri P.Pinang dalam lawatan berjumpa Gabenor Songkla dan Datok Bandar Hatyai.
Kesemua peserta telah ditempatkan di Hotel Lee Garden setinggi 33 tingkat iaitu hotel tertinggi di Hatyai. Dalam lawatan ini peserta didedahkan kepada Industri kecil dan Agro terutamanya sekitar Tasik Besar Songkla seluas 80KM persegi dan suasana bandar bersih di Songkla.Sesi Diaglog bersama Pegawai Majlis Perbandaran Bandar Hatyai dan Bandar Songkla serta Imam Besar Masjid Ban Nua .
Ada beberapa perkara yang agak memeranjatkan disini yang dapat dipelajari iaitu:
1) Masjid Ban Nua yang hampir sebesar Masjid Besar Seberang Jaya dibina dengan nilai 25 Juta Bath @ RM 2.5 Juta yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk Bilik Conference dengan kelengkapan IT yang canggih. Kalau di Malaysia dah tentu mau cecah lebih RM10 Juta akibat ketirisan pentadbiran .
2)Kerajaan Thailand mengamalkan Kerajaan Kebajikan dimana Rakyat diberi perubatan percuma tanpa bayaran dan jika ada keperluan pembedahan yuran sebanyak B30 @ RM3 dikenakan termasuklah pembedahan Jantung yang di Malaysia di IJN menelan belanja Puluhan Ribu Ringgit.
3) Majlis Perbandaran Hatyai menyediakan Bas Sekolah percuma untuk kegunaan pelajar sekolah untuk pergi dan balik dari sekolah.Kerajaan PR P.Pinang perlu mengambil inisiatif untuk diperkenalkan dalam Majlis Perbandaran P.Pinang
4) Pencapaian teknologi dalam bidang BioSains dan Agro yang tinggi dimana ikan air masin seperti Siakap dapat diternak dalam tasik air tawar @ air payau

Tiada ulasan: