Rabu, Januari 28, 2009

Membahaskan ideologi Hamas, Fatah

Membahaskan ideologi Hamas, Fatah Abu Firdaus Fri Jan 23, 09 4:29:20 pm MYT KALAU hendak dibuat perbandingan ideologi parti, maka boleh disamakan Hamas dengan PAS, Fatah dengan Umno dan Barisan Rakyat bagi Pembebasan Palestin (PFLP) dengan KeADILan. Hamas asalnya Ikhawanul Muslimin cawangan Palestin dengan pemahaman bahawa gerakan Islam itu, diasaskan di Mesir oleh Hassan Al-Banna ditubuhkan di seluruh negara-negara Arab, maka termasuklah di Palestin. Pada tahun 1948, entiti yang dikenali sebagai Palestin hilang daripada peta dunia apabila Israel diisytiharkan sementara wilayahnya di sekitar Sungai Jordan dijadikan Transjordan dan kemudian dikenali sebagai Jordan. Bagi Israel, Britain dan Amerika Syarikat, Jordan itulah yang menggantikan Palestin. Maknanya Palestin terbahagi kepada dunia, negara Yahudi dan Arab. Maka yang Yahudi menjadi Israel sementara yang Arab menjadi Jordan. Jordan sebagai menggantikan Palestin jelas apabila kedua-dua tebing Sungai Jordan menjadi wilayahnya iaitu Tebing Timur dan Tebing Barat. Namun begitu ibu negara Jordan ditempatkan di Amman di Tebing Timur sementara Baitulmaqdis masih dimiliki Jordan terletak di Tebing Barat. Israel pula diberikan ibu negaranya di Tel Aviv. Sementara Gaza yang juga merupakan sebahagian daripada Palestin diberikan kepada Mesir. Bagaimanapun, kedudukan begini tidak mendatangkan kepuasan kepada dua-dua pihak. Baik pihak Arab mahupun Yahudi. Bagi pihak Yahudi yang ideologinya sudah menjadi Zionis baru atau boleh dipanggil neo-Zionis, mereka mula mencita-citakan sebuah Israel Raya, atau Greater Israel yang meliputi bukan saja wilayah Israel yang mereka peroleh pada tahun 1948 tetapi merangkumi wilayah dari Sungai Nil di Mesir hingga Sungai Furat di Iraq. Ataupun sekurang-kurangnya ia meliputi Semenanjung Sinai, Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan. Tetapi paling penting ialah Baitulmaqdis yang ingin dijadikan sebagai ibu negara Israel Raya. Sebenarnya aspirasi Israel Raya ini bukan cita-cita asal Zionis. Boleh dikatakan ia menjadi cita-cita neo-Zionis yang dilandaskan oleh nasionalisme Yahudi dan fundamentalisme Judaisme. Perlu dibezakan antara Yahudi sebagai bangsa dan agama, yang digunakan istilah Judaisme. Pada asalnya penganut agama Judaisme dan juga bangsa Yahudi tidak mempunyai cita-cita nasional iaitu untuk mempunyai negara sendiri. Tetapi fahaman Zionis memberi landasan kepada cita-cita bernegara sendiri. Pada asasnya Zionis hanya bersifat nasionalisme tetapi bukannya keagamaan. Malah ia lebih bersifat kepada sosialisme dengan gagasan kibbutz sebagai gerakan koperasi kebajikan. Maka Zionis yang meruakan gerakan sekular hanya menuntut sebuah negara Yahudi tidak kira di mana. Malah pada awalnya, cadangan supaya negara Israel diwujudkan di Uganda juga diterima. Kesatuan Soviet juga memberi suatu wilayah untuk Yahudi di dalam pentadbirannya. Justeru apabila Israel diwujudkan di bumi Palestin dengan ibu kotanya Tel Aviv, ia sudah merupakan sesuatu yang lebih daripada cukup. Tetapi kemudian setelah memperolehi wilayah itu, mereka menjadi tamak dan menginginkan sebuah negara Israel raya yang besar. Ketamakan ini merebak yang pada mulanya sektor Yahudi dalam negara Palestin sudah dapat mereka terima. Komuniti Yahudi diwujudkan dalam negara Palestin bersama dengan komuniti Arab merupakan kedudukan yang terbaik sebenarnya. Tetapi apabila memperolehi negara sendiri pada tahun 1948, ia semakin galak untuk meluaskan kawasannya. Tentu pihak Arab sedar perkara ini dan mereka tidak boleh mengiktiraf kewujduan negara Israel. Lebih-lebih lagi apabila tanah-tanah Arab yang berada dalam penguasaan Israel dirampas dan pemiliknya dihalau secara besar-besaran ke Tebing Barat Jordan dan Gaza di Mesir. Reaksi kewujudan Israel juga menggalakkan kesedaran nasionalisme kiri Arab yang dipelopori Presiden Gamal Nasser dan fahaman Baathisme yang dipegang Hafez Assad di Syria. Maka rasa tidak puas hati ini membawa kepada negara-negara Arab berpakat untuk mengambil baik wilayah Palestin yang menjadi Israel. Peperangan tahun 1967 dilancarkan bagi membebaskaan Palestin. Gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir yang bermusuh dengan nasionalis kiri pimpinan Nasser bagaimanapun turut berjihad untuk membebaskan Palestin. Intifada dimulakan Hamas Bagaimanapun, perang itu membawa kepada kekalahan di pihak Arab. Israel menawan bukan saja Gaza tetapi Semenanjung Sinai. Walaupun cita-citanya untuk sampai ke Sungai Nil tidak kesampaian tetapi Terusan Suez dapat ditawan. Selain itu seperti yang dicita-citakan Israel menawan Tebing Barat Jordan dan Baitulmaqdis. Begitu juga, mereka dapat menawan Bukit Golan daripada Syria. Maka ramailah rakyat Palestin yang lari ke Jordan dan Mesir. Dalam pada itu, Ikhwanul Muslimin menerima tekanan teruk daripada Nasser. Banyak aktivisnya berpindah ke negara-negara Arab lain dan menubuhkan cawangan masing-masing. Ikhwanul Muslimin ditubuhkan di Jordan, Syria, Iraq dan negara-negara Teluk. Ia menjadi gerakan Islam bagi dunia Arab. Bagaimanapun, pada ketika itu Ikhwanul Muslimin belum ditubuhkan di kalangan rakyat Palestin. Fahaman Ikhwanul Muslimin juga tersebar di kalangan para pelajar negara Islam lain yang menuntut di Kaherah termasuk Malaysia dan Indonesia. Pengaruh terhadap pelajar Indonesia membuahkan Majlis Syuro Muslimin Indonesia (Masyumi), parti pertama yang menang pilihan raya umum di negara itu. Di Malaysia, pengaruhnya yang bercampur baur dengan Masyumi memberi ilham kepada penubuhan Majlis Tertinggi Islam (MATA) sebagai cermin Masyumi di negara ini, kemudian berubah menjadi Hizbul Muslimin dan akhirnya ia muncul sebagai Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Adalah suatu yang mudah untuk difahami bahawa gerakan Islam di mana-mana pun termasuk PAS memberi sokongan penuh kepada perjuangan Palestin yang di dalamnya usaha membebaskan Masjidil Aqsa. Tentunya Yahudi dilihat sebagai musuh Islam dan fahaman ini menjadi asas kepada mana-mana gerakan Islam. Sebaliknya Umno pada asalnya tidak mempunyai pendirian seperti ini. Pada awal kemerdekaan negara juga, ada kesediaan kerajaan pimpinan Tunku Abdul Rahman yang sentiasa menyebelahi Amerika dan Britain untuk mengiktiraf Israel. Hanya selepas Perang 1967 apabila ternyata Israel menakluki wilayah negara jiran Arabnya, barulah Malaysia tegas menyokong Palestin. Tetapi tindakan Tunku yang mengecewakan dalam hal pengiktirafan Israel ialah apabila dia secara bersendirian mengambil keputusan mengeluarkan Singapura daripada Malaysia. Di Singapura sememangnya terdapat komuniti Yahudi. Namun begitu, ia tidak menjadi masalah walaupun Ketua Menteri dipilih pertama Singapura, David Marshall berketurunan Yahudi. Itu juga tidak menjadi masalah. Masalah hanya timbul apabila Tunku mengeluarkan Singapura daripada Malaysia pada 1965. Sebaik dikeluarkan, Singapura mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel. Ia juga mendapat latihan tentera daripada Israel. Maka tidak semena-mena wujud pangkalan Yahudi di tengah-tengah samudera Melayu. Ketiga-tiga negara Asean ini mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel: Singapura, Thailand dan Filipina. Ketika dalam buangan di Tebing Timur Jordan, pada akhir 60-an, anak-anak muda Palestin tentu tidak puas hati dengan keadaan mereka. Fahaman nasionalisme Palestin digagaskan oleh Yasser Arafat yang tegas mahu meneruskan entiti Palestin. Jordan bukannya Palestin. Bumi yang diduduki Israel itulah Palestin. Konsep kenegaraan Palestin inilah yang menjadi inti perjuangan Fatah. Kumpulan nasionalis ini mendapat sokongan Mesir, Syria dan Iraq. Tetapi ada golongan lain yang tidak puas hati dengan Fatah. Mereka percaya jalan revolusioner sosialis adalah terbaik. Mereka menubuhkan PFLP. Kumpuan ini mendapat sokongan golongan kiri seluruh dunia termasuk negara-negara komunis. Jadi kalau hendak dibuat perbandingan, Fatah adalah seperti Umno dan PFLP adalah seperti Parti Rakyat. Kedua-duanya serta lain-lain gerakan bergabung dalam Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Mereka kemudian melakukan serangan ke atas Tebing Barat daripada Tebing Timur Jordan. Tindakan ini menimbulkan kemarahan Israel yang memberi tekanan kepada Jordan. Akhirnya Amman menghalau mereka keluar dari Jordan. Mereka kemudian mendapat perlindungan di Beirut, Lubnan. Dari Lubnan, mereka terus melakukan serangan. Ini menimbulkan kemarahan dan Israel menyerang Lubnan dan menekan Beirut supaya menghalau PLO daripada negara itu. Arafat dan PLO terpaksa pindah dan diberi tempat oleh Tunisia di Tunis. Setelah mereka pergi, tentera Israel membenarkan tentera Kristian Lubnan, Falangis melakukan pembunuhan ramai ke atas pelarian Palestin di Shabra dan Shatilla. Perkara itu berlaku pada tahun 1980-an setelah Mesir diikat oleh Israel melalui perjanjian. Kedua-dua Jordan dan Mesir mengiktiraf Israel dan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel mengundurkan diri daripada Sinai. Itu berlaku selepas Perang Ramadan pada tahun 1973 yang menyaksikan kejayaan Mesir membebasakan Sinai walaupun Syria gagal mengambil balik Golan. Dengan berada jauh di Tunis, perjuangan Palestin oleh PLO lumpuh. Dalam keadaan ini, rakyat Palestin yang tertekan menubuhkan satu organisasi baru, yang lebih kuat dari segi ideologinya dengan meletakkan Islam sebagai landasan perjuangan. Bermula dengan penubuhan cawangan Ikhwanul Muslimin di Gaza, maka lahirlah Hamas. Pada mulanya Israel dan Amerika menggalakkan aktiviti Hamas yang bersih daripada rasuah dan menubuhkan hospital serta sekolah. Tetapi sokongan Israel dan Amerika bertujuan ia dapat melemahkan PLO. Tentunya penduduk Palestin tidak puas hati dan mereka melancarkan intifada pada lewat 80-an. Penggerak intifada ini ialah Hamas. Pertubuhan ini tidak pernah menyertai PLO. Israel berasa terdesak dan memanggil kembali PLO dan timbul gagasan negara Palestin di Tebing Barat dan Gaza. PLO dipaksa mengiktiraf Israel. Sementara Israel memindahkan ibu negaranya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis Barat. Jordan dan Mesir yang sudah terikat dengan Israel dan Amerika melepaskan Tebing Barat dan Gaza untuk ditubuhkan negara Palestin. Tetapi Hamas tidak boleh menerima itu. Mereka tetap tidak mahu mengiktiraf Israel kerana bumi Israel itu adalah milik Palestin. Mereka, tidak seperti PLO tidak mahu meletakkan senjata kerana kalau Israel boleh mempunyai angkatan tenteranya sendiri, maka kenapa pula tidak Palestin. Dari segi Islam, Baitulmaqdis adalah kota suci Islam. Maka terpulang pada umat Islam untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan Syariah. Tidak ada siapa di luar umat yang patut menghalang aspirasi umat Islam. - azm _ Petikan dari : http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=019011&Itemid=90

Sabtu, Januari 24, 2009

Lagi Tangkapan Khalwat di Flat Desa Riang

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG KAMPUNG BATU UBAN, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG
Tarikh: 24 Jan 2009 Rujukan Kami : SU/JKKK/BU/DTL/PP/09/1 PENDUDUK FLAT DESA RIANG & BATU UBAN Tuan/Puan, PENCEGAHAN KEJADIAN MAKSIAT YANG BERLELUASA Merujuk perkara di atas , saya, Hj.Othman Nordin (k/p:450813-07-5017) adalah Pengerusi JKKK Kg.Batu Uban, memohon penduduk Kampung Batu Uban member kerjasama dalam membenteras KEJADIAN MAKSIAT /KHALWAT yang berleluasa di FLAT DESA RIANG dan juga di dalam KAMPUNG BATU UBAN amnya. 2. Setakat ini pihak JKKK dengan bantuan anak muda Kg Bt Uban telah Berjaya memberkas 2 kejadian Khalwat iaitu 1 di kawasan belakang Masjid Bt Uban yang melibatkan Isteri Orang (bukan penduduk sini) dengan pasangan Bangla pada bulan Dis 2008 dan semalam di Tingkat 4 Flat Desa Riang , 2 pagi sepasang anak muda di berkas oleh Penduduk Batu Uban berdua-duaan didalam rumah tanpa ikatan perkahwinan. 3. JKKK Batu Uban & Qariah Masjid Batu Uban MEMBERI AMARAN KERAS KEPADA PENDATANG ASING,PENYEWA RUMAH DAN IBUBAPA DAN TUAN RUMAH YANG MENYEWA SUPAYA MEMASTIKAN RUMAH MEREKA TIDAK DIJADIKAN SEBAGAI TEMPAT / SARANG MAKSIAT. Tuan Rumah perlu membuat Pemeriksaan Mengejut keatas penghuni rumah sewa mereka. Ibubapa yang bekerja malam perlu memastikan anak-anak mereka TIDAK membawa kawan-kawan Lelaki atau Perempuan mereka kerumah semasa ketiadaan mereka. PERINGATAN KEPADA IBUBAPA, PIHAK KAMI MENDAPATI ANAK-ANAK GADIS BAWAH UMUR DIKALANGAN PENDUDUK BATU UBAN DIBIARKAN MERAYAP MELEPASI JAM 12 MALAM TANPA KAWALAN IBU BAPA. JKKK BATU UBAN MENASIHATKAN IBUBAPA LEBIH BERTANGGUNG JAWAB DALAM MENAGANI DAN MENGAWAL ANAK-ANAK MEREKA DALAM MEMBENTERAS MASALAH SOSIAL 4 PIHAK KAMI AKAN BERTINDAK MENGIKUT PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG SEPERTI BERIKUT : Pegawai-pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk membuat tangkapan kes-kes jenayah syariah di bawah Seksyen 18 Enakmen Acara Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 adalah seperti berikut:- 1. Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama 2. Pegawai Polis 3. Pegawai-Pegawai Masjid yang dilantik dan ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Ini bermakna di kalangan orang awam hanya pegawai masjid iaitu Imam dan Bilal yang ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sahaja yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk membuat tangkapan terhadap kes-kes jenayah syariah. Terima Kasih, Yang Benar, Hj.Othman Nordin _______________________ Pengerusi JKKK Kg Batu Uban (Hj. Othman Bin Nordin /012-4577993)

Rabu, Januari 21, 2009

Apa komen Artis Hollywood Ketika Gaza Dibantai?

Agresi Israel terhadap Jalur Gaza telah menyulut semua orang di dunia. Tak terkecuali artis-artis Hollywood. Ada yang mengutuk namun juga ada yang mendukung. Namun kebanyakan dari mereka menyumpahi Israel. Tak sedikit dari mereka yang turun langsung memberikan bantuan dan melakukan aksi. Pekan ini musisi Michael Heart menciptakan lagu We Will Not Go Down, yang seluruh hasil penjualannya diserahkan kepada rakyat Palestina. Berikut ini komentar artis-arti Hollywood atas pembantaian yang terjadi di Gaza. “Orang Arab adalah sumber terorisme di dunia yang ada sekarang ini. Mereka menyerang orang tanpa menyisakan satu orang pun. Saya harap Israel mengancurkan mereka.” TOM CRUISE - (Mission Impossible, The Last Samurai) “Keduanya, baik Palestina ataupun Israel, salah. Mereka harus menghentikan perang ini.” WILL SMITH - (Ali, Men In Black) “Bush, Sharon, Blair, dan Rice adalah nama-nama yang akan dikutuk sejarah sepanjang masa.” GEORGE CLOONEY - (Ocean's Eleven, Batman & Robin) “Bangsa Arab dan orang Islam bukan teroris. Dunia harus bersatu melawan Israel.” ANGELINA JOLIE - (Lara Croft) “Bangsa Arab hanya parasit untuk dunia ini, dan mereka harus ditumpas habis.” RICHARD GERE - (Pretty Woman) “Kita selama ini hanya berkata dari sudut pandang yang mempunyai kekuatan, bagaimana kalau kita ada di posisi yang lemah?” SEAN CONNERY - (James Bond) “Zionis adalah sumber kehancuran. Saya berharap saya bisa melawan mereka.” MELL GIBSON - (Lethal Weapon, Brave Heart) “Coba pelajari sejenak sejarah Yahudi, maka Anda akan tahu, siapa yang sebenarnya teroris.” AL PACINO - (The Godfather) “Kemanusiaan akan bisa ditegakan di dunia jika negara Israel sudah berdiri.” DUSTIN HOFMAN - (Tootsie) “Kita sekarang hidup di zaman di mana yang kuat memakan yang lemah. Kita tak lebih baik daripada bangsa Arab.” RALPH FIENNES (Shakespeare In Love) “Jika bangsa Arab kuat, mereka akan menghancurkan dunia. Maka sekarang, kita harus menghancurkan mereka.” KEANU REEVES - (Speed, Matrix) “Bangsa Arab lebih hina daripada binatang, dan kita Yahudi adalah bangsa terpilih. Tak ada lagi pertanyaan mengenai hal itu…” HARRISON FORD - (Indiana Jones, Air Force One) Sumber: http://eramuslim.com/berita/dunia/komentar-artis-hollywood-a tas-pembantaian-gaza.htm

Jumaat, Januari 16, 2009

Demonstrasi Menentang Kekejaman Yahudi keatas penduduk Palestine di perkarangan Masjid Batu Uban selepas solat Jumaat 16/1/09

YB RAVEENTHARAN SERTA QARIAH MASJID BATU UBAN
Qariah Masjid Batu Uban telah menganjurkan Pameran Palestin dan Bantuan Derma bersama NGO Haluan dalam menentang kekejaman Yahudi ke atas negara merdeka Palestin.
Penduduk Batu Uban juga menganjurkan DEMONSTRASI di tepi Lebuhraya Jelutong-Bayan Lepas Expressway dalam menentang kekejaman itu.Wartawan Sinar Harian dan Harakah serta YB Raveentharan Adun Batu Uban juga turut serta dalam turut serta dalam Demostrasi ini.

Pas Batu Uban Menghantar wakil dalam membantu Calon Pas dan meninjau sekitar di PRK Kuala Terengganu

Ceramah Pakatan rakyat di Gong Kapas di KT.
Calon Pas YB Tuan Hj Wahid Endut
Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah
Mahalnya Masjid ,cuma imam dan 2 makmum.
Gah berdiri Masjid Kristal
Muslimin dan Muslimat Pulau Pinang mengunjungi MB Kedah di
Markas Pas Kedah di Kuala Terengganu
Bertemuramah bersama MB Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak
MB Kedah ,Ustaz Azizan
Muslimat Pas Pulau Pinang
Membantu Muslimat Mencula Undi bersama wakil Pas Batu Uban. Pas Batu Uban telah menghantar 6 wakil cawangan dalam membantu calon Pas Haji Wahid Endut dalam PRK Kuala Terengganu pada 10-12 Jan 2009.Kami di letakkan dalam kawasan Dun Wakar Mempelam Kg Sg Rengas bersama Pas kawasan Bayan Baru dan Kawasan lain dari Pulau Pinang .Pada 11 Jan 2009 kami telah membantu muslimat untuk membuat culaan undi.Selain itu kami berpeluang bertemuramah dengan Menteri Besar Kedah Dato Seri Ustaz Azizan Abdur Razak dan juga bersalaman dan berramah mesra dengan Calon Pas YB Hj Wahid Endut dan Menteri Besar Selangor YB Tan Seri Khalid Ibrahim ketika mengikuti ceramah PR di Gong Kapas Kuala Terengganu.
Kami sempat mengunjungi Masjid Kristal,Memang cantik tetapi makmumnya cuma 2 orang bersama 1 imam semasa kami singgah untuk solat Isya, Inilah satu Pembaziran wang rakyat.

Rabu, Januari 07, 2009

Jkkk Batu Uban mewujudkan Tapak Perhentian Bas Sekolah di Jalan Batu Uban 3 untuk kemudahan anak-anak Qariah.

Sejak sekian lama keadaan anak-anak kita yang ke sekolah menunggu dan menaiki bas sekolah di sini dengan tidak teratur maka Jkkk Batu Uban telah mengambil langkah untuk menyediakan Lot Pakir bagi bas sekolah pada waktu-waktu yang di tetapkan untuk memberi kemudahan kepada anak-anak kita ke sekolah.Papan tanda waktu Bas beroperasi juga di sediakan. Di minta kerjasama semua penduduk mengosongkan Lot Pakir (parking) berkenaan untuk membolehkan bas sekolah beroperasi pada waktu yang di tetapkan seperti yang tertera pada papan tanda di Jalan Batu uban 3.

Jumaat, Januari 02, 2009

Banyaknya Bendera Umno Di Kibar Megah tetapi Kurangnya Kedai Bumiputera di Tanah Rata & Brincang Cameron Highland

Bediri Megah Bendera UMNO....Melayunya Tercorot Penjaja Melayu pinggiran
Kaum Tionghua yang kebanyakannya ada Kedai berniaga di siang hari tetapi menjaja di belah malam di pasar malam.
Maaf tak nampak Kedai Melayu
Di sini pun tak ada kedai melayu Sah tak ada kedai Melayu Pun ,Apa Umno Buat Ni kedai makan Melayu Muslim ala Thai tercorot di Brinchang
Ni satu Lagi Kedai Kopi Melayu Muslim di Brinchang
Saya membawa keluarga bercuti ke Cameron Highland kelmarin 1- 2 Jan 2009 sewaktu warkah ini di tulis.Sampai di Tanah Rata rasa janggal juga bila mendapati bendera UMNO berderetan di atas bumbung Gerai dan astaka disini...Saya tertanya-tanya apakah peranan Umno dalam memajukan bumiputera di sini yang sejak sekian lama saya tak kunjung tiba ke sini.Kalau di bandingkan 15 ke 20 tahun dulu keadaan sejuk gedi dan berasap mulut bila bercakap walau pun ketika itu waktu tengahhari dan mungkin suhu bawah 15C tetapi kini setakat 18C-20C .Ini bermakna banyak projek naik yang mungkin diluluskan Majlis Daerah Cameron Highland (MDCH ) yang telah mengugat suhu sekitar ....tetapi adakan projek dan pembangunan yang tumbuh itu memberi manafaat kepada kaum melayu selain kaum lain yang majoritinya kaum Tionghua.
Tetapi kunjungan saya disini mendapati agak susah juga untuk melihat Kedai Runcit atau Mini Market Melayu Islam di sini.Yang ada 2 atau 3 Kedai makan @ Restoran Melayu,lain-lainnya adalah penjaja kecil di astaka atau pun Pasar Malam. Lalu saya bercadang menemuramah peniaga di sekitar Brincang dan Tanah Rata...
Rata-rata dari 4 -5 orang peniaga melayu meluahkan rasa kecewanya dengan pentadbiran MDCH iaitu Majlis Daerah yang bertanggungjawab meluluskan lesen untuk perniagaan sama ada untuk Rumah kedai atau Pasar Malam dan gerai.
Mengikut Peniaga berkenaan dengan marah mengatakan"Jangan harap peniaga Melayu
nak dapat pembelaan sebab nak bagi lesen menjaja pun minta duit bawah meja 10 jari (Mungkin RM1000) yang mampu di beri oleh bangsa lain,kita orang melayu mampu la bagi pun 3 jari (mungkin RM300) mana dia orang nak pandang , kedai orang melayu unjur beliau ,yang ada kebanyakannya yang mudah di pukul angin." Beliau menambah "Umno apa boleh buat ,Buat Bodoh boleh lah ,cuba pegi tinjau Pegawai Kerajaan & PenguatKuasa serta Polis pakai kereta apa...tak padan dengan gaji...ada pegawai yang pakai SUV BMW....mana dia orang nak nampak orang Melayu... ". Terpaku saya dengan jawapan beliau...maka tidak hairanlah masalah Rasuah amat sinonim dengan UMNO....Yang ruginya orang Melayu sendiri..
Saya rasa BPR atau Suruhanjaya yang baru di tubuhkan menghantar pegawai untuk melakukan penyiasiatan di Cameron Highland terutamanya Jabatan-jabatan kerajaan MDCH , Jabatan Penguatkuasaan termasuk Pejabat Tanah untuk membasmi RASUAH yang amat kronik sehingga bangsa melayu itu sendiri terpinggir di bumi mereka sendiri.
Saya menyeru wahai orang-orang Melayu jika anda ingin bangsa kamu maju KELUARLAH DARI KEPONGPONG UMNO sebabnya YANG RUGINYA ORANG MELAYU SENDIRI DAN YANG KAYA adalah PEMIMPIN UMNO, YANG MEMERLUKAN KAMU SEMUA SEBAGAI BALACI UNTUK MENGUKUHKAN KEDUDUKAN MEREKA SUPAYA MEREKA LEBIH KAYA DAN ORANG MELAYU SENDIRI BERTAMBAH MISKIN....
Sedarlah hakikat ini....
Demi masa depan kaum Melayu Muslim itu sendiri dan generasi masa depan ubahlah pendirian kamu yang tegar dan karat itu....SERTAI KAMI Pakatan Rakyat .....PAS FOR ALL yang memimpin ummah atas Amanah Allah ...Maju umat di dunia dan di akhirat...insyallah