Jumaat, Januari 02, 2009

Banyaknya Bendera Umno Di Kibar Megah tetapi Kurangnya Kedai Bumiputera di Tanah Rata & Brincang Cameron Highland

Bediri Megah Bendera UMNO....Melayunya Tercorot Penjaja Melayu pinggiran
Kaum Tionghua yang kebanyakannya ada Kedai berniaga di siang hari tetapi menjaja di belah malam di pasar malam.
Maaf tak nampak Kedai Melayu
Di sini pun tak ada kedai melayu Sah tak ada kedai Melayu Pun ,Apa Umno Buat Ni kedai makan Melayu Muslim ala Thai tercorot di Brinchang
Ni satu Lagi Kedai Kopi Melayu Muslim di Brinchang
Saya membawa keluarga bercuti ke Cameron Highland kelmarin 1- 2 Jan 2009 sewaktu warkah ini di tulis.Sampai di Tanah Rata rasa janggal juga bila mendapati bendera UMNO berderetan di atas bumbung Gerai dan astaka disini...Saya tertanya-tanya apakah peranan Umno dalam memajukan bumiputera di sini yang sejak sekian lama saya tak kunjung tiba ke sini.Kalau di bandingkan 15 ke 20 tahun dulu keadaan sejuk gedi dan berasap mulut bila bercakap walau pun ketika itu waktu tengahhari dan mungkin suhu bawah 15C tetapi kini setakat 18C-20C .Ini bermakna banyak projek naik yang mungkin diluluskan Majlis Daerah Cameron Highland (MDCH ) yang telah mengugat suhu sekitar ....tetapi adakan projek dan pembangunan yang tumbuh itu memberi manafaat kepada kaum melayu selain kaum lain yang majoritinya kaum Tionghua.
Tetapi kunjungan saya disini mendapati agak susah juga untuk melihat Kedai Runcit atau Mini Market Melayu Islam di sini.Yang ada 2 atau 3 Kedai makan @ Restoran Melayu,lain-lainnya adalah penjaja kecil di astaka atau pun Pasar Malam. Lalu saya bercadang menemuramah peniaga di sekitar Brincang dan Tanah Rata...
Rata-rata dari 4 -5 orang peniaga melayu meluahkan rasa kecewanya dengan pentadbiran MDCH iaitu Majlis Daerah yang bertanggungjawab meluluskan lesen untuk perniagaan sama ada untuk Rumah kedai atau Pasar Malam dan gerai.
Mengikut Peniaga berkenaan dengan marah mengatakan"Jangan harap peniaga Melayu
nak dapat pembelaan sebab nak bagi lesen menjaja pun minta duit bawah meja 10 jari (Mungkin RM1000) yang mampu di beri oleh bangsa lain,kita orang melayu mampu la bagi pun 3 jari (mungkin RM300) mana dia orang nak pandang , kedai orang melayu unjur beliau ,yang ada kebanyakannya yang mudah di pukul angin." Beliau menambah "Umno apa boleh buat ,Buat Bodoh boleh lah ,cuba pegi tinjau Pegawai Kerajaan & PenguatKuasa serta Polis pakai kereta apa...tak padan dengan gaji...ada pegawai yang pakai SUV BMW....mana dia orang nak nampak orang Melayu... ". Terpaku saya dengan jawapan beliau...maka tidak hairanlah masalah Rasuah amat sinonim dengan UMNO....Yang ruginya orang Melayu sendiri..
Saya rasa BPR atau Suruhanjaya yang baru di tubuhkan menghantar pegawai untuk melakukan penyiasiatan di Cameron Highland terutamanya Jabatan-jabatan kerajaan MDCH , Jabatan Penguatkuasaan termasuk Pejabat Tanah untuk membasmi RASUAH yang amat kronik sehingga bangsa melayu itu sendiri terpinggir di bumi mereka sendiri.
Saya menyeru wahai orang-orang Melayu jika anda ingin bangsa kamu maju KELUARLAH DARI KEPONGPONG UMNO sebabnya YANG RUGINYA ORANG MELAYU SENDIRI DAN YANG KAYA adalah PEMIMPIN UMNO, YANG MEMERLUKAN KAMU SEMUA SEBAGAI BALACI UNTUK MENGUKUHKAN KEDUDUKAN MEREKA SUPAYA MEREKA LEBIH KAYA DAN ORANG MELAYU SENDIRI BERTAMBAH MISKIN....
Sedarlah hakikat ini....
Demi masa depan kaum Melayu Muslim itu sendiri dan generasi masa depan ubahlah pendirian kamu yang tegar dan karat itu....SERTAI KAMI Pakatan Rakyat .....PAS FOR ALL yang memimpin ummah atas Amanah Allah ...Maju umat di dunia dan di akhirat...insyallah

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya disini nak tanya, apakah PAS boleh buat demi kaum kita? PAS sendiri pun dikawal oleh DAP dan juga PKR seperti apa yang berlaku semasa Husam berkata "PAS tidak pernah melupakan dasar perjuangannya untuk menegakkan pemerintahan Islam di negara ini termasuk melaksanakan hukum hudud" sewaktu Husam berdebat dengan Khairy Jamaluddin.

Tanpa Nama berkata...

Saya Nak tanya ,kalau kamu sebagai seorang Islam adakah kamu terima arahan allah dalam alquran. Jika YA kenapa hudud jadi masalah,jika TIDAK ,apa jadi dengan syahadah kamu,tanya Ustad yg terdekat dgn anda!Umno menerima setengah dan menafikan setengah arahan alquran dgn menjadikan multiracial sebagai alasan.Tahukah anda 1 kajian telah di buat oleh mat salleh sendiri di US ,hudud memang mencegah jenayah dimana mengikut kajian 10 tahun rekod jenayah di Saudi bersamaan 1 hari di NY,USA.

Setiap arahan allah, adakah umno laksanakan...cuba tengok apa yang belaku dalam umno dengan Rasuahnya MENGILA-GILA.Adakah ini yang umno perjuangkan kepada kaum nya yang di murkai allah.

PAS tidak dikawal oleh DAP,kenyataan ini adalah rekaan Umno....Pas akan bermatian menegakkan ammanah allah yang memohon barakah allah dengan melaksana perintah dan hukum alquran.Percayalah allah telah memberi kemenangan besar PAS di kelantan walaupun beribu juta ringgit di taburkan oleh umno dlm PRU ke 12 walaupun sebelum PRU kerusi Adun pas 24 dan umno adalah 23 kerusi,kalau bukan kerana keimanan Adun Pas yg kuat dan tinggi sudah tentu di beli dan dirasuah oleh UMNO ,sila tanya sendiri kenapa Umno tetap tak berjaya di kelantan dan tak percaya kerajaan kelantan dengan pentadbiran Tok guru mendapat berkat@barakah dari allah ta alla.
Hanya mereka yang berpikiran orentalis dan sekular serta bersifat perkauman akan menentang PAS dan Islam itu sendiri.Islam itu Adil pada semua bangsa dan kaum.Percayalah Ikut dan terima hukum allah ,barakah allah akan sampai.Yakin dan percayalah....
ALLAH MAHA BERKUASA LAGI MENGETAHUI SETIAP INCI MAKHLUK CIPTAANNYA DAN HUKUMNYA LAH YANG PALING BAIK UNTUK MAKHLUKNYA.