Khamis, Ogos 26, 2010

BN Buat lagi Gila-Majlis Bacaan Yaasin & Solat Hajat Untuk P Kamalanathan

Umno hangpa jangan buat taik. Buduh dan bangang. Awat masa banner ni keluaq waktu pilihanraya kecil di Hulu Selangor melayu umno tak bising. Malah Tak diulang berkali-kali dalam berita TV. Polis pun tak pula tubuhkan pasukan khas untuk menyiasat? LGE ganti Agong: PR P.Pinang kutuk Umno Harakahdaily | GEORGE TOWN: Mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini memutuskan mengutuk keras tindakan Umno memainkan isu “Guan Eng gantikan Agong” dalam doa khutbah Jumaat. Tindakan tersebut disifatkan amalan politik kotor dan jahat Umno dan media massa yang dikuasai mereka bagi memfitnah kerajaan negeri Pulau Pinang. "Kami menafikan dengan keras dakwaan Umno kerana teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong. "Kerajaan negeri, JHEAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama Ketua Menteri", kata mereka dalam satu kenyataan bersama. Permainan politik oleh Umno itu juga karut kerana hanya orang tak siuman dan berniat jahat sahaja berani menggantikan nama DYMM YDP Agong dengan nama lain. Kenyataan tersebut ditandatangan oleh Pengerusi PKR Pulau Pinang, Dato Mansor Othman, Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow dan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Rosidi Hussain. Turut serta pada mesyuarat yang dipengerusikan Lim Guan Eng itu, Ahli Exco Negeri Pulau Pinang yang memegang portfolio agama Islam, Abdul Malik Kassim. Mereka turut mendesak Umno mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib atau imam masjid yang dapat dibuktikan telah mengubah doa tersebut. "Kita mendesak BN dan Umno hentikan permainan politik kebencian di kalangan orang ramai yang menimbulkan ketegangan kaum dengan cuba mengaitkan imam dan khatib. Mereka juga melafazkan ikrar taat setia kepada DYMM Yang di Pertuan Agung sebagai pemimpin terunggul negara atau Kepala Utama bagi Persekutuan menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan juga sebagai Ketua agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 5(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Selain itu mereka juga melafazkan ikrar taat setia kepada Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Mereka turut menyatakan komitmen menegakkan Islam sebagai agama rasmi negeri; tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni menurut Perkara 5(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang. Tindakan umno itu juga jelas mereka bagi mengalihkan pandangan rakyat dari kebaikan yang dibuat kerajaan negeri. Antaranya meluluskan program pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran dan agensi kerajaan negeri, pemberian tahunan RM 100 wang penghargaan warga emas. Selain itu menambahkan peruntukan hal ehwal Islam sebanyak 100% kepada RM 24.3 juta pada 2010 berbanding dengan RM12.5 juta pada 2008 dengan sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)serta mengharamkan perjudian bola selaras dengan prinsip amar maaruf nahi mungkar. BUDAK KAMPUNG ONLINE: Majlis Bacaan Yaasin & Solat Hajat Untuk P Kamalanathan

Rabu, Ogos 25, 2010

Pengakuan daripada saksi yang berada ditempat kejadian

Selasa, Ogos 24, 2010

Khutbah Guan Eng: Pengakuan daripada saksi yang berada ditempat kejadian
Salam Sahabat semua,

Puasa kini dah masuk ke fasa ke 2…
Mari lah kita tingkatkan amalan supaya menjadi Muslim yang beriman…

Minggu lalu kita semua di gempar dengan "cerita meloya dari Utusan Meloya " yang di tulis oleh pengarang "jahil " dan di ulas oleh pemimpin UMNO yang sewaktu dengan akhbar tersebut…

Konon nya KHATIB baca khutbah bubuh nama "Ketua Menteri LIM GUAN ENG " ganti nama AGONG sebagai ketua Agama.. Sahabat sahabat semua… Salah seorang Khatib tersebut yang mempunyai "tauliah PUSAT ISLAM & merupakan Guru Takmir " dan boleh mengajar di mana-mana dan mempunyai kelulusan AL AZHAR beliau Ustaz Zakaria Hj Ahmad…beliau merupakan adik kepada MUFTI PULAU PINANG Dato Hassan Hj Ahmad dan dan Abang kepada Ustaz Idris Hj Ahmad ketua penerangan PAS…dan seorang lagi Abang beliau Ustaz Salleh Hj Ahmad merupakan Pensyarah di UIA dan merupakan Yang dipertua Persatuan Ulama Malaysia…hebat tu semua ulamak besar belaka.

Setiap kali semasa membaca khutbah kedua atau kuliah beliau ada membaca doa untuk Agong tetapi dalam bahasa Arab… ni yang buat puak UMNO tak faham..dan lepas tu beliau mendoakan agar Allah bukakan "hidayah" kepada Ketua Menteri P. Pinang LIM GUAN ENG untuk memeluk ISLAM dan bukanya mengantikan nama Agong… Saya dengar sendiri dengan mata kepala … tapi yang sedih POLIS pun di jadikan alat oleh UMNO ni… dah tu pulak MUFTI PERAK.. pun turut jadi burung kakak tua… sedih betul puak ni… ditambah pula oleh bekas menteri besar kedah Mahzir khalid suruh guna ISA… apa punya bebal puak ni… jadi rumusan yang dapat kita buat teramat betul lah TOK GURU NIK ABD AZIZ menolak kerjasama dengan UMNO… dalam bulan puasa pun hati terus "hasad"…

Semuga Allah kurniakan kesedaran kepada mereka yang memfitnah ulama sebelum bala Allah turunkan sama seperti PAKISTAN…

Selamat berpuasa.