Sabtu, Januari 24, 2009

Lagi Tangkapan Khalwat di Flat Desa Riang

JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG KAMPUNG BATU UBAN, DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG
Tarikh: 24 Jan 2009 Rujukan Kami : SU/JKKK/BU/DTL/PP/09/1 PENDUDUK FLAT DESA RIANG & BATU UBAN Tuan/Puan, PENCEGAHAN KEJADIAN MAKSIAT YANG BERLELUASA Merujuk perkara di atas , saya, Hj.Othman Nordin (k/p:450813-07-5017) adalah Pengerusi JKKK Kg.Batu Uban, memohon penduduk Kampung Batu Uban member kerjasama dalam membenteras KEJADIAN MAKSIAT /KHALWAT yang berleluasa di FLAT DESA RIANG dan juga di dalam KAMPUNG BATU UBAN amnya. 2. Setakat ini pihak JKKK dengan bantuan anak muda Kg Bt Uban telah Berjaya memberkas 2 kejadian Khalwat iaitu 1 di kawasan belakang Masjid Bt Uban yang melibatkan Isteri Orang (bukan penduduk sini) dengan pasangan Bangla pada bulan Dis 2008 dan semalam di Tingkat 4 Flat Desa Riang , 2 pagi sepasang anak muda di berkas oleh Penduduk Batu Uban berdua-duaan didalam rumah tanpa ikatan perkahwinan. 3. JKKK Batu Uban & Qariah Masjid Batu Uban MEMBERI AMARAN KERAS KEPADA PENDATANG ASING,PENYEWA RUMAH DAN IBUBAPA DAN TUAN RUMAH YANG MENYEWA SUPAYA MEMASTIKAN RUMAH MEREKA TIDAK DIJADIKAN SEBAGAI TEMPAT / SARANG MAKSIAT. Tuan Rumah perlu membuat Pemeriksaan Mengejut keatas penghuni rumah sewa mereka. Ibubapa yang bekerja malam perlu memastikan anak-anak mereka TIDAK membawa kawan-kawan Lelaki atau Perempuan mereka kerumah semasa ketiadaan mereka. PERINGATAN KEPADA IBUBAPA, PIHAK KAMI MENDAPATI ANAK-ANAK GADIS BAWAH UMUR DIKALANGAN PENDUDUK BATU UBAN DIBIARKAN MERAYAP MELEPASI JAM 12 MALAM TANPA KAWALAN IBU BAPA. JKKK BATU UBAN MENASIHATKAN IBUBAPA LEBIH BERTANGGUNG JAWAB DALAM MENAGANI DAN MENGAWAL ANAK-ANAK MEREKA DALAM MEMBENTERAS MASALAH SOSIAL 4 PIHAK KAMI AKAN BERTINDAK MENGIKUT PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG SEPERTI BERIKUT : Pegawai-pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk membuat tangkapan kes-kes jenayah syariah di bawah Seksyen 18 Enakmen Acara Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 adalah seperti berikut:- 1. Pegawai-Pegawai Penguatkuasa Agama 2. Pegawai Polis 3. Pegawai-Pegawai Masjid yang dilantik dan ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Ini bermakna di kalangan orang awam hanya pegawai masjid iaitu Imam dan Bilal yang ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sahaja yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk membuat tangkapan terhadap kes-kes jenayah syariah. Terima Kasih, Yang Benar, Hj.Othman Nordin _______________________ Pengerusi JKKK Kg Batu Uban (Hj. Othman Bin Nordin /012-4577993)

Tiada ulasan: