Ahad, Oktober 26, 2008
Kemalangan di Lebuhraya Jelutong-B.Lepas Expressway di Batu Uban awal pagi 26hb Okt 08
Sebuah kereta Honda warna kuning telah hilang kawalan dan merempuh penghadang jalan di bahu kiri Lebuh Raya Jelutong - Bayan Lepas Expressway dan seterusnya melanggar tembok tengah penghadang jalan,menyebabkan seorang gadis Melayu cedera parah di kepala,mengikut rakannya mereka dari arah Tanjung ke Bayan Lepas Binjai.Kejadian berlaku lebih kurang 6.50pagi dimana 2 rakan beliau tidak cedera.Dipercayai kereta di pandu laju dan pemandu mungkin terkejut atau terlelap .
Namun lokasi kejadian (Jejambat berdepan Kpg batu Uban) ini memang menjadi tempat yang kerap berlakunya kemalangan disebabkan keadaan jalan yang menyempit mengakibatkan adakalanya pemandu menjadi terkejut dan hilang kawalan.Pihak berkuasa terutamanya JKR perlu membuat kajian untuk melebarkan jalan ini supaya kelebaran jalan di lokasi ini selari dengan jalan sepanjang Expressway ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan