Isnin, November 03, 2008

MASALAH LIF & SALIRAN IWK MENAMBAHKAN MASALAH PENDUDUK FLAT DESA RIANG BATU UBAN.

Air kumbahan sedang "Over Flow" 11pm 3/11/08
Penutup Saliran Bawah Tanah IWK dan takungan air kumbahan Lokasi pandangan jauh penutup saliran IWK
Hanya 1 lif yang berfungsi
  • Pihak JKKK berharap pihak IWK dapat mengatasi masalah saliran air kumbahan bawah tanah yang sentiasa "Over Flow" yang menyebabkan air najis melimpah di sekitar bawah flat.Ini menjijikan bilamana budak-budak kecil bermain-main dengan takungan air ini yang akan mengundang penyakit.

Selain dari itu JKKK memohon KERAJAAN NEGERI P.PINANG yang BARU (P.Rakyat) terutamanya yang dipimpin oleh Ketua Menteri En.Lim Guan Eng mengatasi masalah LIF di FLAT DESA RIANG Batu Uban yang mempunyai 15 tingkat ini, yang menjadi rungutan penduduk sekian lama terutamanya warga emas yang menghadapi kesulitan bila berlakunya kerosakan.Pernah satu ketika LIF No 2 ,yang hanya tinggal 1 unit ini rosak melebihi 2 minggu menyebabkan penduduk terpaksa mengunakan tangga.Bayangkan jika berlakunya penduduk yang sakit kecemasan atau kematian di tingkat 15 ,jika lif ini rosak bagaimana penduduk akan menghadapi situasi ini.

  • Kami berharap KERAJAAN BARU INI PRIHATIN DENGAN MASALAH RAKYAT , terutama penduduk di rumah KOS RENDAH yang kebanyakanya bermasalah dengan yuran MAINTANENCE.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum

Saya ada cadangan untuk kerajaan untuk menjaga kebersihan bandar.
Baru2 ini saya berkunjung ke Sabah.

Di sana saya sempat singgah di Sunday Market di KK. Setiap penjaja tidak mengira apa jenis barang yg dijual sama ada pakaian @ makanan, mereka menyediakan bakul sampah untuk pengunjung pasar tersebut. Setiap gerai ada bakul sampah.


Selepas penat berjalan perut terasa lapar. Jadi kami menjamu selera di sebuah restoran.

Saya perhatikan di setiap meja makan ada 1 bakul sampah kecil untuk yg menjamu selera.

Di sepanjang jalan di KK ada papan tanda yang menyuruh pengguna jalan raya tidak membuang sampah
dari kenderaan.
Ada juga papan tanda yg megarah pengguna jalan raya melapor jika ada ternampak sesiapa yg membuang sampah dari kenderaan.

Tong sampah juga memang mudah didapati di bandar ini. Jadi tiada alasan orang ramai utk membuang sampah merata2.

Jadi kesimpulannya masyarakat kita bukannya semua tidak bertanggungjawab. Tapi masalahnya tiada kemudahan tong sampah, Apa salahnya kerajaan mewajibkan peniaga2 menyediakan bakul/tong sampah di setiap premis.