Lantai Lif berlubang yang membahayakan penduduk flat
Bilik Pam air
Pam inilah bermasalah
Cable pam di potong
Switchboard water pump
switchboard bermasalah
Bilik Generator tak berfungsi
Pembaziran air berlaku akibat over flow
Mengikut En.Abdullah ( samaran Dollah TNB ) salah seorang penduduk Flat desa Riang berkata Pihak Pengurusan Flat Batu Uban telah lama membiarkan kerosakan yang berlaku di Bilik Pam air & Bilik Generator dan Lif .Pihak pengurusan sepatutnya membaiki kerosakan dari masa ke semasa dan tidak di biarkan begitu sahaja.
" Kami memohon pihak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terutamanya Ketua Menteri Lim Guan Eng mengambil berat masalah kami di Batu Uban terutamanya Flat Desa Riang yang menghadapi berbagai masalah teknikal yang di biarkan oleh pihak Pengurusan Flat dan tidak di hirau pun oleh pihak Jkkk dulu" kata beliau.Ini melibatkan keselamatan penduduk".
Beliau berkata sejak 2 tahun lalu saya terpaksa secara suka rela mengawasi Bilik Pam air yang rosak ,dimana pam air ini tidak dapat berfungsi secara automatik sebaliknya perlu di hidupkan dan matikan switchnya secara manual ,jika tidak dimatikan Air tangki akan melimpah dan ini satu pembaziran air .
Bayangkan bila tangki air besar di atas Flat kosong penduduk terpaksa menghubungi saya untuk menghidupkan dan mematikan switch ini supaya penduduk tidak terputus bekalan air.Jika saya tidak ada di rumah , penduduk terpaksa memanggil orang lain tetapi adakalanya susah untuk dihubungi disebabkan mereka berkerja.
Kerosakan yang ada di Flat ini seperti berikut,
1) Salah satu Pam air dalam bilik pam rosak .
2)Papan switchboard yang mengawal pam air rosak dan perlu pendawaian semula.
3)Bilik Genarator Rosak tidak dapat hidup secara automatik jika berlaku litar putus,Bayangkan jika ini berlaku dan LIF tidak dapat berfungsi dan apa akan berlaku jika ada penduduk terutamanya anak-anak kecil terperangkap.
4)1 dari 2 lif ( Lif No.1) rosak lebih dari 2 tahun.
5) 1 TANGKI AIR BESAR di atas Flat Desa Riang terlalu UZUR dan boleh membahayakan penduduk jika jatuh kebawah,boleh dikatakan struktur tangki ini telah longgar & hampir lekang.
JKKK BATU UBAN AMAT - AMAT MEMERLUKAN BANTUAN KERAJAAN NEGERI MEMBERI PERHATIAN TERHADAP KESEMUA MASALAH INI SUPAYA DAPAT MENGHINDARKAN BAHAYA KEPADA PENDUDUK FLAT DESA RIANG.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan