Isnin, November 03, 2008

PENDUDUK FLAT DESA RIANG PERLU ADA KESEDARAN SIVIK UNTUK MENGATASI MASALAH KEBERSIHAN

SAMPAH DI BUANG MERATA-RATA DARI TINGKAT ATAS LIF YANG KOTOR SAMPAH TIDAK DIBUANG TERUS KE TONG SAMPAH BESAR
Penduduk Flat Desa Riang Batu Uban perlu bertanggungjawab keatas kebersihan sekitar flat berkenaan.Ibubapa disarankan mendidik anak-anak kecil supaya adanya kesedaran sivik terutamanya adanya sifat disiplin keatas kebersihan dan mendidik mereka supaya tidak membuang sampah merata-rata.

Sampah perlu dibuang terus ke tong sampah besar di belakang Flat dan tidak hanya meletakkan sampah sesuka hati dengan berangapan ada tukang sapu akan mengutip dan membuangnya. Jika keadaan ini berterusan masyarakat sekitar terutamanya anak-anak kecil mudah terkena penyakit. Bilamana parit-parit tersumbat dengan sampah maka nyamuk aedes akan membiak dan telah berlaku beberapa kes aedes sebelum ini.Selain itu bau busuk dan pandangan yang kotor memedihkan mata memandang.

Perlu di ingatkan Nilai Harga Rumah akan jatuh sekiranya keadaan ini berterusan sekiranya ada penduduk ingin menjualnya atau menyewanya.

1 ulasan:

9w2yzi berkata...

Masalah kesedaran sivik ini bukan hanya berlaku kt flat nie, kat tempat tinggal saya pun sama, peranan ibu bapa memantau anak-2 mereka perlu tingkatkan. Tetapi ada juga ibu bapa yg buat x endah aje bab kebersihan, saya pernah nampak ibu bapa sendiri membuang sampah melalui tingkat dan membawa plastik sampah dlm lif tanpa melapik dgn beberap helai plastik, kesannya air sampah ,mengalir keluar n lif berbau....