Rabu, November 05, 2008

TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG YB FIRUZ BERKEMUNGKINAN MEMBUAT LAWATAN PADA 23hb NOV 2008 AHAD, KE KPG BATU UBAN UNTUK MENINJAU MASALAH MASYARAKAT MELAYU.

Pihak JKKK Batu Uban telah menerima berita dari YB.Raveentharan Adun Batu Uban berkenaan lawatan kerja oleh TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG YB FIRUZ BERKEMUNGKINAN MEMBUAT LAWATAN PADA 23hb NOV 2008 AHAD, KE KPG BATU UBAN UNTUK MENINJAU MASALAH MASYARAKAT MELAYU  di sini terutamanya masalah kemiskinan & miskin tegar yang tidak mendapat perhatian dari KERAJAAN BN dahulu. Mengikut YB.Raveentharan Lawatan dan Perjumpaan serta Penerangan berkenaan miskin tegar akan diadakan di DEWAN JKKK BATU UBAN .Manakala Kemah serta peralatan lain akan di sediakan oleh pihak JKR.Beliau berharap penduduk Batu Uban dapat hadir beramai-ramai memberi sambutan kepada majlis ini dengan hasrat Kerajaan dapat membuat perubahan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat melayu Batu Uban ini dan mencapai objektif kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan & miskin tegar.
Blogged with the Flock Browser

Tiada ulasan: