Selasa, Mac 31, 2009
Zamri Tipu.. Nizar Jadi Imam
KEJADIAN PELIK TAPI BENAR -ZAMRY ,MUHYUIDDIN & PEMIMPIN UMNO SOLAT MAGRIB BERIMAMKAN IR NIZAR JAMALUDDIN. (ALLAH MAHA MERANCANG)
Sabtu, Mac 28, 2009
KOMENTA MENGUTUK KHAIRI (KJ) DILAMAN CHE DET.
Selasa, Mac 24, 2009
MANA NAJIB MAU LETAK MUKA....HANTUYA IS EVERYWHERE !
Khamis, Mac 19, 2009
'Khir Toyo suruh saya cari Lutfi'
Azamin Amin | Foto Nasir Sudin Wed | Mar 18, 09 | 9:57:53 am MYT | |
"...saya memang orang kuat dia dan memang saya disuruh cari Lutfi. Khir Toyo siap cabar lagi..."
Penolong Pengarang HarakahdailyAZAMIN AMINdan jurugambarNASIR SUDIN)baru-baru ini bersua muka dengan suami Senator Datin Paduka Norhayati Onn, Ir Mohd Suffian Abdul Aziz membicarakan salah laku moral isterinya, isu politik wang dan bekas Menteri Besar Selangor Dato' Seri Khir Toyo. Sembang-sembang santai dengan bekas Ketua Pemuda UMno Klang itu mengambil tempat di salah sebuah hotel di ibu negara 12 Mac lalu. HARAKAH:Apa status kes Nusyuz isteri saudara, Senator Norhayati Onn setakat ini? SUFFIAN:Pada 23 April depan ianya akan dibacakan di Mahkamah Syariah Shah Alam dan peguam beritahu jika dia tak hadir, satu waran tangkap akan dikeluarkan kerana ingkar. Seingat saya sudah 10 kali saya hadir tetapi dia langsung tak datang. Apa hasrat saudara dan mahukan sebenarnya? Saya nak isteri saya itu tidak ada sebarang tuntutan ke atas saya dan ada apa-apa hak ke atas anak-anak. Saya mahu buktikan kebenaran dalam masalah rumah tangga saya dan saya juga mahu nama baik saya dibersihkan. Dia dakwa saya macam-macam..'the damage is done' walaupun dia sudah tarik balik saman fasakh ke atas saya.Dia kata dia nak berbaik-baik semula dengan anaknya dan sanggup pergi kaunseling... tetapi sampai sekarang dah setengah tahun lebih, tiada apa-apa yang berlaku. Tidak pernah berinteraksi dengan anak-anak, bulan puasa ke atau Hari Raya ke, jauh sekali hari jadi..seolah-olah dia 'membuang' anaknya sendiri. Merujuk gambar Norhayati dengan bekas Ahli Parlimen Gombak Dr Rahman ini diambil, di mana kejadian ini berlaku? Ketika Pilihan Raya Kecil Pengkalan Pasir, Kelantan pada tahun 2005. Berlaku di bilik salah sebuah hotel di Kota Bharu. Semuanya ada terkandung dalam surat akuan bersumpah saya bertarikh 12 Oktober, 2006 dan juga sembilan laporan polis dibuat termasuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor. (Menunjukkan salinan gambar dan laporan polis) Setakat ini status laporan polis bagaimana? Tiada sebarang tindakan dan sudah empat tahun ianya terjadi. Tapi kes Elizabeth Wong, cepat betul tindakan polis. Tukar polis Wilayahlah, cari orang itu, ini sampai nak cari luar negara sedangkan kes itu berbeza dengan kes isteri saya yang lebih teruk moralnya. Elizabeth, dia bukan Islam...mungkin pergaulan itu membenarkan malah isunya ialah orang menceroboh 'privasi'. Tapi kes isteri saya ialah adakan hubungan sulit dengan orang lain. Ada gambar, video dan rakaman perbualan. Kenapa tiada tindakan? Ia melibatkan seorang Senator Dewan Negara dan pemimpin pergerakan Wanita Umno. Selain polis, kepada siapa saudara mengadu? Dato' Seri Khir Toyo...tetapi Khir kata itu hal rumah tangga. Selesaikanlah sendiri dan dia tak buat apa-apa tindakan. Dia lindungi Norhayati kerana mahu sokongan untuk bertanding pemilihan Umno dulu dan jaga reputasinya sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu. Kini nak jadi calon Ketua Pemuda Umno pula. Dia kena jaga orang-orang ini yang ada pengaruh nak 'support' dia dalam pemilihan. Bukan masalah berpuas hati atau cukup hukuman kepada Norhayati. Dr Rahman digugurkan tetapi kenapa dia masih lagi dilantik semula sebagai Senator Oktober tahun lepas. Saya ada juga jumpa pemimpin Umno yang lain (off record) tetapi mereka K.I.V (Keep In View) saja. Ini kejadian ke berapa kali? Banyak dah berlaku. Antaranya di Kuala Lumpur, Petaling Jaya (beberapa nama hotel disebut) malah setiap kali dia tangkap gambar, telefon bimbit itu ada tarikh dan masa. Bila saya 'check' memang tepat. Ada yang kata ianya teknik super-impose (cantuman, tindanan) dan ada pihak ketiga? Dia cakap berbelit-belit. Mari masuk mahkamah dan bawa pakar-pakar teknologi...tengok. Super-impose ke tidak? Ada saudara bertemu sendiri dengan bekas ahli parlimen Dr Rahman? Ada, saya pergi rumahnya dengan abang saya. Rahman kata biasalah gambar itu...hubungan antara pesakit dan doktor. Menyirap darah saya...yang peluk-peluk itu apa..apa lagi saya pun bagilah dia sedass dan bergasak ...(Off record). Lepas itu saya buat laporan polis dan dia juga buat tetapi tiada sebarang siasatan. Apa lagi bukti yang saudara ada? Ada video rakaman yang mungkin jauh lebih teruk daripada kes Elizabeth. Malu saya nak siarkan dan kasihan anak-anak malu...(Suffian mengalirkan air mata) Bukankah saudara 'orang kuat' Khir Toyo suatu ketika dulu sehingga saudara pernah diarah oleh beliau untuk 'mencari' dan menggertak Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman yang mendedahkan kes rasuah beliau dulu? Ya betul, saya memang orang kuat dia...dan memang saya disuruh cari Lutfi. Khir Toyo siap cabar lagi....dia ingat aku ni siapa, aku ni Menteri Besarlah. Berpengalaman sebagai bekas Ketua Pemuda Umno Klang, apakah ini insiden pertama melibatkan moral dan salah laku pemimpin Umno? Saya dah lama dalam sistem ini. Ini bukan kali pertama, ada pemimpin Umno yang terlibat, ada yang ada bukti dan ada yang tidak diketahui. Cuma saya 'respect' juga yang bukan Islam ini, dia buat dia mengaku bertanggungjawab macam Dato' Chua Soi Lek dan Elizabeth Wong tetapi pemimpin Umno yang macam ni (tunjukkan gambar isteri) sampai sekarang tak mengaku. Jujurlah.... Adakah saudara pernah kena ugut dan diancam keselamatan? Ada, banyak kali malah anak-anak saya diugut untuk tidak mendedahkan keburukan moral ibu mereka dan membawa ke mahkamah. Anak lelaki saya dipukul, anak perempuan disergah dan macam-macam lagi. Status saudara dengan Norhayati masih suami isteri? Ya, tetapi itulah dia tak serik. Baru-baru ini anak saya beritahu terserempak dengan ibunya dengan lelaki lain, 'dating' malam. Saya siasat, dia seorang yang terlibat dengan Animation Advertising (Pengiklanan Animasi). Sebelum itu ada dua tiga orang yang lain dia berpacaran Malu nak cakap tetapi orang macam ini tidak layak jadi pemimpin apatah lagi ada jawatan berprestij seperti Senator. Saya dapat tahu dia 'lobi' pemimpin Umno untuk dapat jawatan itu. Sebagai orang yang rapat dengan dengan Khir Toyo, apakah persepsi saudara dan layakkah dia bertanding Ketua Pemuda Umno? Jangan jadi sombong. Ingat asal dan sejarah dulu sebelum jadi Menteri Besar. Sedarlah sikit. Jangan kata orang lain rasuah atau tuduh orang tak bermoral. Saya rasa orang macam ini lupakan sahajalah. Kalau nak jadi Ketua Pemuda Umno dia mesti ada karektor dan watak nasional. Ini bukan bertanding Ketua Umno Sabak Bernam. Mesti mahir berbahasa Inggeris kerana Ketua Pemuda akan bertemu dengan pemimpin dunia. Maaf cakap itu...dia tak ada. Bukan masanya lagi. Begitu juga dengan Norhayati yang akn bertanding Exco Wanita Umno... Inikah yang akan memimpin bangsa dan agama. Kalau hobinya buat kerja lain, baik lupakan saja dan letakkan jawatan Senator. Kalau buat silap minta ampun dengan Allah, kalau salah pikul sendiri, jangan sampai aniaya orang lain terutamanya anak-anak... Anak saya yang kecil tiga tahun...kasihan dia (mengalir air mata). Mungkin orang tak percaya, dan jarang-jarang berlaku tetapi ketiga-tiga anak saya yang jaga sejak kes itu...ayah yang menjaga bukan ibunya. Saudara bersediakah untuk menghadapi sebarang tindakan undang-undang seperti saman atas pendedahan isu salah laku moral ini? Saya berani hadapinya. Cabarlah di mahkamah khususnya melibatkan Senator Norhayati. Tentang politik wang dalam Umno, termasuk 900 aduan rasuah dan dapatkah dibendung , apatah lagi dengan wujud Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ? Tidak dapat. Mungkin dikurangkan sedikit boleh. Ianya dah berakar umbi. Dasyat... dan kronik. Macam mana nak buktikan pun susah juga. Kalau belanja makan, beri duit minyak RM300 seorang untuk datang, itu pun politik wang. Sembang-sembang sedikit, sedekah duit...macam mana tu? Tentang 900 aduan kepada Lembaga Displin Umno, ada yang buat aduan tu sebab nak jatuhkan pemimpin dan ada yang memang ada bukti. Dah jadi budaya. Duduk jumpa perwakilan belanja teh tarik pun dikira politik wang. Definasinya tak jelas tapi memang wujud. Budaya kita lebih kepada kebendaan. What can i get? At the end of the day hanya beberapa orang perwakilan yang ada 'kuasa' untuk memilih kita. Itu yang mencecah (pemilihan agung Umno tahun 80-90an) RM200,000 seorang. Sekarang kurang sikit daripada itu. Payah nak ubah. Kalau tak boleh bagi tunai, mereka masuk dalam akaun bank. Dulu tahun 90an' ada duit RM1,000. Koyak dua. Satu kau ambil dan satu lagi pemimpin pegang. Menang cantum balik. Boleh pakai. Selain politik wang, adakah proses pemilihan undi juga dicemari? Umno ini, macam-macam kepakaran dia ada. Saya tak nak cerita banyak. Ada kes, tertutup lampu di PWTC sekejap waktu proses kira undi. Ada yang seluk kertas undi simpan dalam seluar dalam pun ada. Pernah beberapa ahli akademik buat penilaian semula proses kiraan undi pemilihan agung Umno menyatakan bahawa ianya dibuat dengan tidak betul. Tapi itu semua tidak didedahkan. Semua 'korupsi' kah dan tiada seorang pun yang bersih? Ada yang baik malah mereka ini kita tengok cara kerja dan bercakap memang benar-benar ikhlas. Tak perlu pakai wang dan mereka juga tak pernah tawar wang dan kita tahu mereka ini pemimpin yang 'genuine'. Saya tak nak sebut nama, nanti dikatakan kempen orang tertentu. Saya akan tolong orang-orang macam ini. Saya suka macam Allahyarham Dato' Harun Idris dulu, itu betul-betul pejuang. Bagaimana dengan tindakan anak Dato' Haron untuk dapatkan injuksi mahkamah halang perhimpunan agung Umno 27 Mac ini? Tak boleh buat injuksi. Dalam Perlembagaan Umno, mana-mana ahli yang bawa kes ke Mahkamah akan dipecat. Clearly stated. Dia akan dipecat. Bagaimana isu 'hijacked' kuasa di Perak? Saya rasa kalau Tun Mahathir dulu dia ikut 'prosedure'. Dia akan buat 'smart move'. Bawa ke DUN, buat undi tak percaya. Ikut proses. Ini semua orang nampak macam 'hijacked'. Jika Mahathir pun, dia tak akan berdiri di samping orang-orang yang lompat. Akhir kata saudara... Kita bukan 'above the law'...saya nak Norhayati lepaskan jawatan dia sebagai Senator dan kita 'bertarung' secara sama rata. Sekarang dia ada kuasa, ada immunity. Dia bohong pada orang atas, kata dia dah berbaik-baik dengan 'family' tetapi sebaliknya, kemudian burukkan saya. Saya juga nak bersihkan nama saya. Tunaikan hak anak-anak dan sebagai pemimpin masyarakat. _ |
Zaid gesa Agong tidak lantik Najib jadi PM
Zaid gesa Agong tidak lantik Najib jadi PM |
Harakahdaily Thu | Mar 19, 09 | 11:52:42 am MYT | ||||
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato' Zaid Ibrahim menggesa Yang DiPertuan Agong supaya tidak melantik Dato' Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri akan datang. "Ini adalah masa yang amat sukar. Malaysia memerlukan seorang pemimpin yang akan menyatupadukan negara ini yang sedang berdepan dengan kesukaran. Berpecah kita lemah. "Saya keberatan untuk menyatakannya tetapi untuk sebab-sebab yang telah saya katakan, saya terpaksa menyebut bahawa Najib pasti akan memecahbelahkan kita dan dalam berbuat demikian, akan menolak kita semakin hampir ke tepian," katanya yang dipetik daripada sebuah laman web. Kata bekas ketua bahagian Umno itu, terdapat ahli-ahli parlimen parti itu yang berkelayakan untuk dilantik sebagai perdana menteri. Sehubungan itu, demi negara, kata Zaid, beliau menggesa Seri Paduka Baginda supaya mengambil kira keperluan dalam pelantikan bagi jawatan tersebut serta kebimbangan rakyat. "Tidak ada obligasi perlembagaan bagi Seri Paduka untuk melantik presiden Umno sebagai perdana menteri," katanya dalam ucapan di sebuah majlis semalam.- azm _
|
Rabu, Mac 18, 2009
Nama Umno tidak mencerminkan Melayu?
Nama Umno tidak mencerminkan Melayu? |
Syuaib Zakaria Wed | Mar 18, 09 | 5:43:28 am MYT | |
Dalam negara Malaysia, dan berasaskan Perlembagaan Persekutuan, Melayu itu dirujuk sebagai orang beragama Islam, mengamalkan adat istiadat Melayu dan berbahasa Melayu. Tapi, hari ini ketika adat resam mula terpinggir, agama pun terabai, maka yang tinggal cuma bahasa Melayu. Sehingga ada orang yang berjenaka, sekarang ini yang masih Melayu adalah Keretapi Tanah Melayu sahaja. Nama Tanah Melayu di keretapi itu masih belum ditukar kepada Malaysia. Sesekali difikirkan, ada juga kebenarannya. Oleh kerana eratnya hubungan Melayu dan Islam dalam negara ini, maka nama-nama insan Melayu kita pun berubah daripada Damak, Daeng kepada Najib dan Khairy. Gelaran India seperti 'Kutty' mungkin boleh berubah menjadi Mahathir. Itu contoh sahaja. Tiada kena-mengena sama ada dengan mereka yang masih hidup atau mati. Jika terjadi pun, kemungkinan besar contoh itu disengajakan.. ada kemungkinan besar juga. Kalau perempuan, nama Kenanga ditukar Rafidah dan sebagainya. Malahan nama-nama Islam itu masih dilihat sebagai Melayu pula. Tetapi, bagaimanakah pula dengan nama parti 'Melayu', iaitu Umno? Umno belum menjadi Melayu? Dalam hal ini, Tan Sri Khalid Abdullah, 87, salah seorang veteran Umno baru-baru ini mengangkat isu menarik ketika mengulas kelemahan Umno, khasnya yang membabitkan hal ketuanan Melayu. Isu tersebut adalah hal penggunaan nama Umno (United Malay National Organization) dalam bahasa Inggeris. Menurut Khalid, nama Umno sendiri perlu diubah agar sama pengertiannya sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dalam bahasa Melayu. "Kenapa kita perlu memanggil pertubuhan yang menjaga kepentingan Melayu dengan nama Inggeris iaitu Umno (United Malay National Organisation). "Kenapa tidak kita balik kepada nama asal Umno pada era penubuhannya iaitu Pekembar? Ia ibarat orang Melayu bernama Johan, tetapi kita kini memanggilnya sebagai John? Di mana semangat Melayu? "Jadi, bagaimana kalau terasnya sudah tidak menampakkan Melayu, kemudian kita mahu perjuangkan tentang hak dan keistimewaan orang Melayu? "Kalau semangat nasionalisme sudah tiada, timbullah semangat materialisme sebagaimana yang terdapat dalam Umno sekarang," tegas Khalid. Khalid nampaknya masih yakin bahawa kalau pun partinya goyah, tapi kalau nama parti itu masih setia bercirikan Melayu maka hal goyah itu tidak mendatangkan masalah besar. "Cuma Umno itu perlu dimelayukan semula namanya dan kembali kepada Pekembar," jelas beliau. Pandangan mantan penggiat PKMM Seorang bekas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) arwah Shamsiah Fakeh pernah menuliskan hal ini dalam memoir beliau sebagai berikut. "Sewaktu aku berada di Kampung Gemuruh, Kuala pilah, Negeri Sembilan, aku sering ikut dalam pertemuan yang dianjurkan oleh Umno iaitu kependekan dari bahasa Inggeris, United Malaya National Organization. "Sebenarnya, dalam bahasa Melayunya ialah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau singkatannya Pekembar, tetapi pertubuhan ini lebih suka memakai nama Umno. Seterusnya nama Umno saja yang digunakan sehingga sekarang," tulis beliau lagi. Shamsiah Fakeh menambah lagi, "Oleh orang-orang PKMM, nama singkatan PKMM ini dikenali dengan sebutan Pekemam." Bermaksud, Melayu kiri lebih kuat dan tebal semangat dan jiwa Melayunya berbanding Umno ini. Mereka telah menggunakan nama Melayu pada parti mereka sendiri. Apakah pandangan Tan Sri Khalid berhubung penukaran nama Umno kepada Pekembar itu akan mendapat 'limpah perkenan Umno' sendiri menjelang Perhimpunan Agung Umno itu, hal itu tidaklah dapat dipastikan lagi. PAS, PKR lebih tebal dan kuat jiwa Melayu Jika ditinjau daripada segi nama parti sebagai asas kepada tebalnya semangat Melayu, maka parti pembangkang Melayu seperti PAS dan KeADILan atau PKR adalah lebih tebal kemelayuannya. PAS adalah Parti Islam Semalaysia dan PKR adalah Parti Keadilan Rakyat. Sementara nama KeADILan pun memang punya makna yang kuat dalam tradisi kemelayuannya. Daripada nama kedua-dua parti ini pun, kita boleh mencongak dan menghitung, siapakah yang paling tebal jiwa Melayunya. Ternyata PAS dan PKR lebih ke depan memperjuang isu PPSMI kerana jiwa Melayu mereka lebih kuat berbanding Umno. Parti Umno cuma mendakwa sahaja bahawa mereka memperjuang ketuanan dan bahasa Melayu padahal tindakan mereka tidak mencerminkan sikap dan pendirian tersebut. Dengan sebab itu, orang-orang Melayu harus lebih berwaspada kepada parti Umno yang disangkakan sebagai pejuang Melayu itu. Lidah mereka menyatakan bahawa mereka itu pejuang hak bangsa dan bahasa Melayu. Walhal, hakikatnya mereka perosak Melayu. Nama itu sumber kekuatan jiwa. Jika nama Melayu sudah tidak lagi terpahat pada Umno, bermaksud jiwa Melayu dalam Umno telah berkubur. Sebab itu, Umno tidak mansuhkan PPSMI. Bilakah orang Melayu seluruhnya akan bangkit dan sedar akan hakikat ini, iaitu hakikat bahawa Umno bukan berjiwa Melayu dan mereka tidak perjuangkan bahasa dan bangsa Melayu? Hanya waktu yang akan memberikan jawapannya.. _ |
BN seperti kerajaan Attarturk - Nizar
BN seperti kerajaan Attarturk - Nizar
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kedudukan kerajaan BN tidak ubah seperti pimpinan Mustafa Kamal Attarturk di Turki suatu ketika dahulu.
Menurutnya, BN bukan sahaja bertindak zalim dengan merampas kerajaan daripada Pakatan Rakyat (PR), malah banyak membohongi rakyat sepanjang 51 tahun pemerintahannya di negara ini.
“Segala pembohongan dan kezaliman mereka akan dapat dipertontonkan terus menerus sebelum ia jatuh dan akhirnya berkubur,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Bersama Pemimpin di pekarangan kediaman Ketua Muslimah PAS Lenggong, Mariam Wan Abdul Latih.
BN dan UMNO, katanya, banyak melakukan perkara yang boleh menjatuhkan martabat Islam serta bangsa Melayu seperti melenyapkan tulisan Jawi iaitu sistem tulisan yang menggambarkan ciri Islam dari sistem pembelajaran dan penghidupan orang Melayu.
Mohammad Nizar berkata, mengikut perangkaan pada masa ini jumlah orang Melayu berkemahiran menulis Jawi agak berkurangan.
Mengikut purata, mereka yang berumur 60 tahun ke atas sahaja boleh menulis dan membaca tulisan Jawi.
Menurutnya, keadaan itu secara tidak langsung sama seperti apa yang dilakukan Mustafa Kamal Attartuk di Turki pada zaman pemerintahannya.
“Mustafa Kamal memansuhkan tulisan tradisional Turki dan menggantikannya dengan tulisan roman Turki dalam sistem penulisan rasmi negara itu.
“Apa yang dilakukan BN dan UMNO sepanjang 51 tahun pemerintahannya adalah membawa pembohongan dan mengelirukan rakyat serta meruntuhkan institusi Melayu,” katanya.
Beliau berkata, bermula dari penghapusan tulisan Jawi daripada sistem pembelajaran, mereka tidak habis-habis melakukan perkara yang boleh menjatuhkan institusi Melayu di negara ini termasuk Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilihat mampu membunuh bahasa Melayu.
Katanya, apa yang lebih teruk ialah tindakan BN merampas kuasa dengan jelas menunjukkan kezaliman parti itu dan dianggap sebagai tidak bermaruah.
Berita asal : Sinar Harian