Jumaat, Oktober 31, 2008
PENTINGNYA BLOG PADA ADUN PAKATAN RAKYAT
Blog ADUN: Suatu permulaan yang baik
Oleh : Drs. Khalil Idham Lim
Thursday, 30 October 2008
Semasa menyampaikan taklimat kepada semua Ahli BBC pada suatu masa dulu, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak, Drs. Khalil Idham Lim menyatakan hasratnya supaya semua ADUN Pakatan Rakyat di Perak mencontohi beberapa ADUN yang lain yang aktif dengan blog masing-masing.
Tambahnya pilihanraya akan datang menuntut semua Ahli-ahli yang berhormat memastikan blog masing-masing diujudkan dengan secepat mungkin.
Ianya bukan menjadi mimpi dan sekadar arahan namun telah diterjemahkan oleh beberapa ADUN akhir-akhir ini.
Kepada yang ingin melayari berita ADUN Gunung Semanggol, Hj. Ramli Tusin sila layari http://adunsemanggol.blogspot.com/ADUN Selingsing pula walaupun nampak kurang aktif setakat ini namun ianya telah bermula di blognya http://adunselinsing.blogspot.com/
Khamis, Oktober 30, 2008
MELAYU AKAN BERSATU KALAU LETAK ISLAM NOMBOR SATU
SEMANGAT BANGSA,ISLAM DIPINGGIR.
MELAYU AKAN BERSATU KALAU LETAK ISLAM NOMBOR SATU.
KITA AMBIL IKTIBAR DI BUMI ARAB SEBELUM ISLAM DULU-DULU.
HARU BIRU BERPUAK DAN BERSUKU - SUKU.
NABI MUHAMMAD BAWA ISLAM SEBAGAI PENYATU UMAT TERDAHULU .TAK KIRA BANGSA ITU YANG ALLAH MAHU.
ISLAM ITU UNIVERSAL DITERIMA DARI SELURUH DUNIA DARI HILIR KE HULU.ADAKAH BANGSA MELAYU ITU UNIVERSAL SEJAK ZAMAN DAHULU.BILA MELAYU ITU TIDAK UNIVERSAL BERLAKULAH MELAYU ITU DI JAJAH LEBIH 500 TAHUN LALU.MELAYU AKAN TERUS DIJAJAH KERANA ISLAM ITU DI TOLAK KE TEPI KE LIKU.
BILA MELAYU MENOLAK HUKUM ALLAH YANG SATU.ALLAH TIDAK AKAN MEMBERKATI SEGALA REZEKI YANG DIBERI KEPADA MELAYU. RASUAH,JUDI,ZALIM,ARAK ,SEKULARISM MENJADI ADAT MELAYU.APAKAH ORANG MELAYU LUPA LAKNAT ALLAH PADA KAUM-KAUM YANG PUPUS DULU. KAUM AD,UBER,NUH,THAMUD DAN LUT....TUNGGULAH BALASAN ALLAH DENGAN CASH SATU PER SATU.CARILAH JAWAPAN KENAPA EMPAYAR ISLAM OTHMANIAH DIJATUHKAN DAHULU.TAK JAUH BEZA PENYAKIT YANG SAMA SEMACAM ORANG MELAYU. BALASANNYA KEDAH,P.PINANG,PERAK,SELANGOR JATUH MERUDUM.
BUKAN KERANA CINA ATAU INDIA JATUHNYA MELAYU.
TAPI KERANA SIKAP TIDAK AMANAH & TAMAKNYA PIMPINAN MELAYU .YANG DIBERI KUASA LEBIH 50 TAHUN LALU.ALLAH RENTAP KEMBALI HAKNYA DARI MU. TAK MUSTAHIL ALLAH BAGI KEPADA AL KARIRUN.
SEBELUM TERLAMBAT YANG MANA SATU ORANG MELAYU MAU ?
ISLAM ATAU MELAYU???
ISLAM ITU PENYATU BAIK CINA MAU INDIA DAN MELAYU.
BILA HOSSABIAH NYA MELAYU. ALLAH BERKATA SIA- SIALAH PERJUANGAN MU YANG TERMAKTUB DALAM ALQURAN 1429 TAHUN LALU.
FIKIR - FIKIRLAH MELAYU.
BERJAUNG & BERAMAL DALAM ISLAM SURGAWI MENUNGGU.
BERJUANG ATAS SEMANGAT MELAYU ALLAH TIDAK RESTU.
WAHAI MELAYU MUNKAR/NANGKIR MENANTI MU.
BALIKLAH KEPADA ISLAM YANG SYUMUL..
INSYALLAH ,ALLAH AKAN MEMBERKATI PERJUANGAN MU.
NEGARA KITA TAK AKAN TERGADAI KEPADA AL KAFIRUN.
BACALAH KISAH IKTIBAR WAHAI UMAT MELAYU
Tukang Kapak Dan Mungkar Nangkir
http://fikratisyani26.blogspot.com/2008/08/tukang-kapak-dan-mungkar-nangkir.html
PUSAT URUS ZAKAT PULAU PINANG SEDANG MEMPERTIMBANGKAN BANTUAN KEPADA EN.SALLEH
Pihak PUZ P.Pinang telah menghubungi JKKK Batu Uban dan mempertimbangkan untuk membantu dan menyelesaikan masalah En Salleh Bin Hamid.Pihak Jkkk mengucapkan terima kasih kepada Pihak Akhbar Harakah terutamanya En Sabri sebagai wartawan yang sanggup meluangkan masa untuk menghebahkan masalah anak qariah batu uban
Blogged with the Flock Browser
Dewan Jkkk Batu Uban dibuka untuk disewa
Dewan Jkkk dibuka untuk disewa oleh penduduk untuk majlis kahwin dan apa -apa acara yang di benarkan mengikut kelulusan AJK JKKK Batu Uban.Apa-apa pertanyaan anda boleh hubungi Haji Othman (pengerusi Jkkk) atau Hj Omar Mini Market (Ajk Jkkk) .
Blogged with the Flock Browser
Ahad, Oktober 26, 2008
Kemalangan di Lebuhraya Jelutong-B.Lepas Expressway di Batu Uban awal pagi 26hb Okt 08
Khamis, Oktober 23, 2008
JKKK Batu Uban bertekad bawa pembaharuan
Sumbangan www.harakahdaily.net
Mohd Sabri Said
Thu | Oct 23, 08 | 11:54:50 am MYT
BAYAN BARU, 23 Okt (Hrkh) - Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Batu Uban, Othman Nordin mahu melakukan pembaharuan untuk membantu masyarakat setempat termasuk memohon bantuan mewujudkan pondok polis untuk menangani masalah sosial yang semakin memuncak.
Beliau ketika ditemui di Masjid Batu Uban iaitu masjid pertama di Pulau Pinang menyifatkan, JKKK di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal melihat senario sekitar sebaliknya lebih kepada perebutan jawatan dalam parti sehingga menimbulkan sikap berpuak-puak di kalangan masyarakat.
Fenomena itu sambungnya, tidak seharusnya terjadi kerana secara langsung menyebabkan masyarakat hilang arah sekali gus memberi laluan kepada golongan yang rendah kefahaman sivik melakukan perkara yang tidak sewajarnya.
"Kami JKKK di Batu Uban bertekad membantu masyarakat setempat menangani masalah kecurian dan sebagainya dengan mewujudkan pondok polis. Insya Allah ia dalam proses. Itulah agenda kami bila diberikan amanah menerajui JKKK di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat," ujarnya sambil meminta kerjasama dari semua masyarakat tanpa mengira latar belakang politik.
Bagi merealisasikan kerja ini tegasnya, semua masyarakat kena bersatu hati serta membuang sikap hasad dengki sesama sendiri sekiranya mahukan kemajuan dikecapi.
Pondok polis katanya, begitu perlu kerana di sini kes-kes kecurian semakin meningkat manakala kerosakan lif di flat Desa Riang juga begitu serius.
Kerosakan lif sambungnya, menyukarkan penduduk turun naik terutamanya golongan veteran.
"Lif juga sering rosak dan menyusahkan golongan veteran untuk berurusan dengan masyarakat setempat," ujarnya.
Manakala Setiausaha JKKK Batu Uban, Iszuree Ibrahim pula berkata, selain meningkatkan kefahaman sivik JKKK juga mahu masyarakat di sini mempelajari teknik menternak ikan keli dalam kanvas secara berkumpulan bagi meningkatkan pendapatan kepada mereka yang tidak lagi mampu turun ke laut mencari rezeki.
Kawasan yang dicadangkan ialah berdekatan masjid di mana terdapat kekosongan di situ dan cadangan itu akan dikembangkan kepada Jabatan Pertanian bagi melihat keadaan, katanya.
"Kita mahu buat kelainan di samping membantu masyarakat setempat menambah kewangan bukan bercakap banyak tapi hasilnya masyarakat berkecamuk.
"Bagi memudahkan masyarakat serta orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan JKKK Batu Uban orang ramai boleh melayari jkkkbatuban.blogspot.com," jelasnya. - mns_
Akibat kurang upaya, 8 bulan rumah tanpa elektrik
Selasa, Oktober 21, 2008
PERMOHONAN TAMBAHAN BONGGOL JALAN DI TOLAK OLEH JKR DI JALAN BATU UBAN 4
Permohonan Jkkkk untuk tambahan bonggol jalan di Jalan Batu Uban 4 kepada JKR setelah menerima rungutan oleh penduduk kampung sekitar atas sebab kenderaan bermotor yang lalu lalang dengan laju yang membimbangkan penduduk telah di tolak oleh JKR.
Jkkkk Batu Uban memohon pihak JKR mempertimbangkan semula keputusan itu.
Sila rujuk Surat yang di balas oleh JKR.
Masalah Kemiskinan ,Perparitan dan Jenayah menjadi Cabaran kepada JKKKK Baru di Batu Uban
PINTU AIR YANG ROSAK
Masalah kemiskinan merupakan masalah utama di Kpg Batu Uban yang menyebabkan meningkatnya gejala sosial dan jenayah di sini. Pihak Jkkkk telah mengenal pasti nama-nama penduduk yang berada dibawah kategori Penduduk Miskin (Pendapatan Bawah RM680) dan Miskin Tegar (Pendapatan bawah RM400) dan menyerahkan kepada YB Adun Batu Uban dan Peghulu Daerah Timur Laut En Zul Azman untuk tindakan lanjut dari segi memberi bantuan untuk membasmi terutamanya Miskin Tegar.
Selain itu pihak Jkkkk telah membuat permohon kepada YB adun Batu Uban untuk menempatkan sebuah Pondok Polis disini dengan tujuan mencegah masalah jenayah seperti kecurian moto,pecah cermin kereta,dadah, dan lain-lain.Ini adalah langkah pertama Jkkkk dalam usaha mencegah jenayah .Selain itu Masalah PATI (Pendatang tanpa Izin) juga berleluasa di kampung ini.Kami memohon pihak berkuasa mengambil tindakan tegas untuk mengatasi masalah tersebut.
Rugutan keatas masalah perparitan juga mendapat perhatian YB setelah pihak Jkkkk mengutus beberapa surat kepada JKR,JPS & MPPP untuk mengatasi maslah banjir kilat.Maslah Pintu Air yang rosak sekian lama (3 penggal pentakbiran Adun yang lalu) telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri dan kini JPS sedang mengambil tindakan untuk membaiki masalah ini.
Rabu, Oktober 15, 2008
YB Dr Mujahid Yusof Rawa mendapat rawatan di Hospital P.Pinang


Pada 11hb Oct 2008 ,rombongan seramai 8 Ahli Jawatankuasa Pas yang juga AJK JKKKK Batu Uban di ketuai oleh Pengerusi Pas Cawangan Mejar (B) Hj Abdullah telah membuat lawatan ke Hospital Pulau Pinang untuk menziarahi YDP Pas Kawasan B.Baru yang juga AHLI PARLIMEN PARIT BUNTAR ,Ustaz Dr Mujahid Yussof Rawa yang mendapat rawatan pada 10hb Oct 2008.Beliau mengalami masalah saraf dan dirawat di Wad 6C /Bilik ISO 2. Beliau kemudiannya di pindahkan ke Blok A tingkat 4 Bilik 1 ( Kelas A)
Selasa, Oktober 14, 2008
Pas Caw Batu Uban dan JKKKK Batu Uban menganjurkan Rumah terbuka sempena Hari Raya pada 11hb Oct 2008
Pada 11hb Oct 2008 Rumah Terbuka anjuran bersama Pas caw dan JKKKK Batu Uban telah diadakan di Dewan JKKKK Batu Uban dari 12pm - 3pm dan Majlis Tahlil telah diadakan pada 11.30 am .Penyediaan juadah adalah sumbangan peribadi ahli Pas dan AJK JKKKK Batu Uban,walaupun tidak seberapa namun ia mendapat sambutan dari berbagai bangsa termasuk India dan Tionghua.
YB Raveentharan telah merasmikan Dewan JKKKK Batu Uban pada 2.25pm sempena pentabiran baru JKKKK Batu Uban yang turut dihadiri oleh wartawan dari Bernama,The star dan sebuah akhbar Cina.
Sidang Akhbar dengan Bernama ,The star di Dewan Jkkk Batu Uban
YB Raveentharan juga tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan Hari Raya pada penduduk Kpg Belacan pada 29hb Sept 2008
YB Raveentharan tidak ketingalan menyampaikan sumbangan Hari Raya pada 29hb Sept 2008 kepada penduduk Batu Uban tanpa mengira latarbelakang bangsa dan agama maupun parti.Pas Caw BatuUban bersama-saya YB telah menyampaikan sumbangan ini kepada 5 keluarga yang layak dalam keadaan cuaca hujan separa lebat.
Pemberian Zakat Anjuran Pas Kawasan B.Baru dalam Bulan Ramadan 27hb Sept 08
Pas Kawasan Bayan Baru dan Cawangan Batu Uban telah menganjurkan pemberian zakat dalam bulan Ramadan yang lalu (27hb Sept 08 / 27 Ramadan 1429). 10 keluarga yang layak telah terpilih untuk menerima zakat yang diagihkan .Selain Batu Uban kawasan - kawasan yang lain yang berada dalam Parlimen Bayan Baru telah diagihkan.
Yang di Pertua Pas cawangan Bt. Uban Mejar(B) Hj Abdullah atau lebih dikenali Pak Ndak turut serta menyampaikan sumbangan zakat ini.
Jumaat, Oktober 10, 2008
TERNAKAN AQUA/IKAN KELI BERKELOMPOK DI BATU UBAN
Cadangan penduduk dan JKKK Batu Uban untuk mewujudkan ternakan Aqua @ ikan keli berkelompok untuk meningkatkan taraf pendapatan penduduk dan menghapuskan miskin tegar mendapat perhatian YB Raveen Tharan Adun Batu Uban yang telah di wartakan pada 8hb Okt 08 Rabu dalam suratkabar The Star (m/s M3 section Metro North).Beliau bersungguh-sungguh dalam merealisasikan projek ini dengan mengajukan cadangan ini kepada YB Law Choo Kiang (Exco Pertanian Kerajaan Negeri Pulau Pinang).
Cadangan ini amat relevan dengan latarbelakang penduduk batu uban yang terdiri dari nelayan dan pengalaman ini boleh digunakan dalam memajukan projek Aqua ini.Penduduk tidak perlu lagi risau untuk ke laut bila keadaan cuaca yang tidak menentu,dengan ujudnya projek ini latihan dan bantuan subsidi atau pinjaman tanpa cagaran akan diberi kepada perserta yang layak.
JKKK Batu Uban akan menubuhkan satu team pengurusan dan jualan di peringkat awal untuk menguruskan ternakan ini dalam tempoh 3 - 6 bulan (2 kali tuaian) dan akan mengenalpasti peserta yang berminat dan layak untuk diberi latihan.
Jemputan Ke Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran JKKKK Batu Uban 11hb oct 2008
Jkkk Batu Uban akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di DEWAN JKKKK BATU UBAN pada 11hb Oct 2008 Sabtu ,12pm - 3pm .Turut akan menghadiri majlis ini adalah ADUN BATU UBAN YB RAVEEN THARAN yang akan merasmikan DEWAN JKKKK BATU UBAN yang baru diambil alih oleh PAS Caw. batu Uban pada 2 petang.
Semua penduduk Batu Uban di Jemput Hadir.
Isnin, Oktober 06, 2008
Haji Abo Bakar Kembali Kerahmatuallah
Ahad, Oktober 05, 2008
Masalah Rakyat mendapat perhatian YB Raveentharan

Langgan:
Catatan (Atom)