Sabtu, Disember 27, 2008

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1430 pada 29 Dis 2008 ini.

JKKK Batu Uban mengucapkan Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1430 kepada semua Muslimin & Muslimat terutamanya Penduduk Batu Uban .Dengan tahun baru islam ini Jkkk Batu Uban berazam membantu dan memajukan masyarakat Kg Batu Uban dengan lebih mantap lagi tanpa mengira latar belakang individu.Penduduk diseru pada 28 Dis 2008 selepas solat Asar supaya beriktikaf di Masjid @ Surau Batu Uban sehingga waktu magrib sambil berdoa,berzikir atau bertadarus dalam menantikan ketibaan Tahun Baru Ma'al Hijrah 1430 sebaik azan magbrib berkumandang. Slogan Jkkk Batu Uban : " KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"
Selain itu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menganjurkan Program berikut : Majlis Perhimpunan Ummah Sempena Sambutan Maal Hijrah 1430H Peringkat Negeri Pulau Pinang @ Kepala Batas Tarikh:29 Disember 2008 Masa:8.00 pagi - 11.00 malam Tempat:Dewan Millenium,Bertam, Kepala Batas,Seberang Perai Utara. ATURCARA MAJLIS : 8.00 pagi :Ketibaan Dif-dif jemputan / Orang Ramai 8.30 pagi :Ketibaan Y.B. Tuan Muhammad Fairus b. Khairuddin Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang dan Y. Bhg. Puan Nurusa’adah bt. Jelani 8.35 pagi : Ketibaan T.Y.T. Tun Dato‘ Seri Utama ( Dr. ) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A. Bhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor bt. Shariff : Lagu Negaraku dan Untuk Negeri Kita 8.45 pagi : Bacaan Doa 8.50 pagi :Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran Berqiraat Oleh: En. Mohd Fakhrulradhi bin Kamarudin Juara Akademi Al-Quran Musim ke-3 9.05 pagi : Ucapan Aluan Oleh Y.B. Tuan Muhammad Fairus b. Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang 9.20 pagi : Ucaptama Oleh T.Y.T. Tun Dato‘ Seri Utama ( Dr. ) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang 9.40 pagi : Persembahan Puisi Islam Oleh Kumpulan UNIC 10.00 pagi : Ceramah Oleh : Y.Bhg. Dato’ Hj. Md. Hashim bin Haji Yahaya Pensyarah Syariah Kuliah Undang-undang, UIA Tajuk : “ Menjana Ummah Gemilang” 11.00 pagi :Majlis Penyampaian Anugerah & Tokoh Maal Hijrah : Lagu Negaraku dan Lagu Untuk Negeri Kita 11.30 pagi : Bersurai

Rabu, Disember 24, 2008

Team Building Program untuk JKKK Pulau Pinang pada 20-21 Dis 2008

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan program Team Building Bagi JKKK seluruh Pulau Pinang pada 20-21 dis 2008 di Bukit Merah Lake Town Resort.Peserta di beri pendedahan kepada Problem Solving @ Teknik Penyelesian masalah,Team Work @ Kerja berpasukan,Membina Jati diri dalam membentuk pasukan JKKK yang mantap bagi seluruh JKKK Pulau Pinang.

Kelebihan Petua Orang Tua-tua untuk di kongsi bersama

Nurkilan Pengalaman Hidup seorang Hamba Allah untuk di kongsi bersama. Assalammualaikum. ..... Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ... Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ... Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu.. Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang .... Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar ' rahsia ' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib. "Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it ' s good if we can remind each other because in Rasulullah ' s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly... Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you ' ll lose nothing. Wallahu A ' lam... Terima Kasih, DAH ABIS BACA TU FORWARD LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA GAK

Isnin, Disember 15, 2008

Wanita melayu berusia 44 tahun beranak 6 ,ditangkap Khalwat bersama Bangla

Apalah buruknya sikap dan nafsu wanita yang telah beranak 6 dan berusia 44 tahun melakukan maksiat bersama seorang bangla dirumah sewa belakang tanah perkuburan Masjid Batu Uban. Kejadian ini di kesan oleh penduduk batu uban semasa mengesyaki dan menjejaki wanita berkenaan yang berjalan naik ke rumah sewa berkenaan pada 13/12/08 tengah malam sekitar 1 pagi.Setelah di ketuk pintu dan menyoal bangla berkenaan yang memakai hanya kain pelekat tanpa pakaian dalam telah menafikan adanya wanita bersama beliau,setelah 3 pemuda Batu Uban ini menyelidik lanjut dalam rumah berkenaan didapati seorang wanita bersembunyi di belakang pintu.Pemuda berkenaan telah menghubungi Pengerusi JKKK Tuan Hj Othman dan seterusnya Hj Othman menghubungi Pegawai maksiat dan Polis telah menahan mereka. Jkkk Batu Uban mengucapkan tahniah pada pemuda-pemuda Batu Uban dalam mengambil tindakan mencegah MAKSIAT.Menjadi tanggungjawab semua penduduk kampung Batu Uban dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR. JKKK Batu Uban juga ada mendapat maklumat adanya kegiatan maksiat dikalangan pendatang Indonesia dan bangla dikawasan Kampung Belacan Batu Uban dan Flat Desa Riang.Di minta penduduk salurkan maklumat kepada Pengerusi JKKK Hj Othman di 012-4577993. atau emailkan ke jkkbatuban@gmail.com untuk tindakan lanjut.

Isnin, Disember 08, 2008

Gambar sekitar Program Masyarakat Madani pada 7 Dis 2008 .

Gambar akan di tambah semasa ke semasa berikutam mengambil masa yang lama untuk uploading.

Program Masyarakat Madani Berjalan Lancar Pada 7 Dis 2008

Berkat usaha dan kerjasama anggota JKKK Batu Uban dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan NGO-NGO dari Haluan ,Kolej Teknologi Darulnaim (KTD),Doktor-doktor sukarelawan ,Doktor Perubatan Alternatif serta Jabatan Pertanian P.Pinang dan Persatuan RASSTA .membuatkan setiap aturcara berjalan lancar.Begitu juga acara Pertandingan Mewarna,penulisan Jawi,azan dan Takraw bulat mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penduduk tempatan yang berlangsung seawal 8am disekitar kawasan KAFA & Masjid Batu Uban. YB Raveentharan Adun Batu Uban telah tiba dilokasi seawal 9.30am dikuti oleh TIMBALAN KETUA MENTERI 1,YB. Mohammad Fairus Khairuddin pada 10.10am (sepatutnya 11am) seterusnya Ahli Exco Pertanian Negeri YB Law Choo Kiang pada 10.20am dan Yang Di Pertua Pas Kawasan Bayan Baru merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar Perak iaitu YB.Ustaz Dr. Mujahid Yussof Rawa pada 10.30am. Uniknya golongan belia telah berkanvoi bermotosikal bagi setiap YB yang masuk ke Kg Batu Uban ini sehingga sampai ke tapak Majlis.Mereka adalah anak-anak muda kampung ini dari Persatuan RASSTA yang ditubuhkan dengan tujuan untuk membuat kerja-kerja amal dan kebajikan kepada penduduk di sini dengan berkerjasama dibawah JKKK Batu Uban. Di sebabkan ketibaan TKM1 agak awal dari yang dijadualkan ,sedikit perubahan berlaku pada aturcara dimana sebaik beliau tiba Kumpulan Kompang Kg batu Uban mengeringi TKM 1 ke pentas dan di ikuti acara pertunjukan pencak silat dan seterusnya beliau dan YB-YB yang lain berkunjung terus ke Dewan JKKK melakukan lawatan dan pemeriksaan kesihatan dan gerai-gerai yang berada di sekitar Dewan JKKK.Beliau kemudian melawat dan memberi sumbangan hamper kepada masyarakat miskin.YB Ustad Dr.Mujahid juga tidak ketinggalan menyalurkan bantuan duit ringgit bagi pihak PAS Kawasan kepada masyarakat miskin. Pada 11.pagi kesemua Yang berhormat kembali ke pentas diringi Pengerusi JKKK Batu Uban iaitu Tuan Haji Othman Nordin.Ucapan didahului bacaan doa selamat oleh Pengerusi Qariah Masjid Batu Uban iaitu En.Shaik Abdul Aziz . Ucapan di dahului oleh YB Ustaz Dr.Mujahid dimana beliau menegaskan dan meminta kerajaan negeri Pakatan Rakyat mempertahankan nilai sejarah dan harta warisan MASJID BATU UBAN yang berusia hampir 300 tahun sebagai masjid tertua di Pulau Pinang yang dibuka pada 1734 oleh orang melayu islam iaitu sebelum kedatangan Ingeris Sir Francis Light ke pulau ini yang dahulunya bernama Pulau Kasatu pada 12th August 1786. YB.Law Choo Kiang sebagai Exco Pertanian Negeri begitu komited untuk memberi bantu dari segi latihan dan teknikal kepada penduduk Batu Uban dalam mengusahakan perternakan Ikan Keli dalam tangki atau kanvas sebagai mata pencarian alternatif bagi penduduk yang dahulunya majoriti nelayan. TKM 1 YB.Mohmaad Fairus pula menegaskan bahawa kerajaan negeri menjadi negeri yang pertama menaikkan gaji guru-guru Kafa dan beliau amat komited untuk memastikan dan mengekalkan Kg Batu Uban sebagai kampung warisan yang dipelihara terutamanya Masjid Batu Uban berada di sini.Beliau juga menasihatkan supaya angota JKKK bergerak dan membantu masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa dan latarbelakang parti tidak seperti mana JKKK semasa kerajaan Umno / BN dahulu yang hanya membantu suku sakat dikalangan ahli mereka sahaja menyebabkan penindasan berlaku dikalangan masyarakat.Beliau berbangga JKKK Pakatan Rakyat di Batu Uban ini yang ditunjangi oleh PAS telah melakukan tugas dengan baik dan berkesan dalam menjadi penganjur PROGRAM MASYARAKAT MADANI yang berlangsung dengan baik dan lancar sekali.Beliau berkata seperti yang di maklumkan kepadanya inilah julung kali program sebesar ini diadakan oleh kerajaan negeri di kampung ini ,yang sebelum ini selama 51 tahun BN memerintah meminggirkan masyarakat melayu Batu Uban.

Ahad, Disember 07, 2008

JKKK Batu Uban Berjaya Mengatasi Masalah Bekalan Elektrik Rumah En.Saleh

En.Salleh mengucapkan terima kasih kepada JKKK Batu Uban dan PAS Cawangan serta Qariah Batu Uban kerana telah berusaha menyelesaikan masalah bekalan elektrik rumah beliau yang telah membelungu keluarga beliau yang telah hidup bergelap selama 9 bulan .Kini rumah beliau cerah kembali dan ceria menyambut Hari Raya Aidiladha yang bakal dirayakan pada 8 Dis 08 ini.Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu terutamanya Pusat Urus Zakat.

Khamis, Disember 04, 2008

Jabatan Kebajikan Masyarakat Kemana Perginya Engkau !!!!!!!

(En Ibrahim Bapoo tumpang di sebuah pondok)
Jabatan Kebajikan perlu kerap turun padang terutamanya di kawasan yang mempunyai penduduk miskin ,umpamanya di Kampung Batu Uban. Masalah sebelum ini ialah dengan En.Salleh ternyata tidak mendapat PERHATIAN DAN TINDAK BALAS SEGERA OLEH JABATAN KEBAJIKAN NEGERI sejak masalah ini di laporkan sejak dari 23hb Oct 2008 dan di wartakan dalam Harakah .Namun masalah ini mendapat perhatian Pusat Uruz Zakat (PUZ) yang telah mengambil tindakan segera dan di ikuti PEJABAT DAERAH TIMUR LAUT untuk turun padang dan melawat En Salleh.
JKKK Batu Uban telah menghubungi Pejabat Kebajikan Negeri pada 16hb Nov 2008 dan sehingga kini masih tiada tindakan. APAKAH ADA MOTIF POLITIK ATAU SEMEMANGNYA SIBUK SAKAN MELAYANI MASYARAKAT MISKIN Pulau Pinang.
KINI SEORANG LAGI PENDUDUK MISKIN TEGAR DI KESAN.
Kini terbaru seorang lagi penduduk miskin di Batu Uban tidak ada tempat tinggal dan menumpang di sebuah pondok( atas ehsan seorang penduduk) dalam keadaan sebatang kara .Beliau bernama Ibrahim Bapoo yang berusia 60 tahun dan bujang serta tiada berpendapatan.Kami memohon setiap jabatan yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera untuk membantu masyarakat tanpa mengira Bangsa dan Parti.Untuk berhubung atau menyalurkan bantuan sila hubungi Pengerusi JKKK Batu Uban, Tuan Haji Othman Nordin
( 012-4577993)

Selasa, Disember 02, 2008

Tapak Lokasi & Atucara Program masyarakat Madani - 7hb Dis 2008

Aturcara Majlis pada 7hb Dis 2008
( Klik Image untuk memperbesarkan)

Jumaat, November 21, 2008

Quote from Dr. Syed Alwi Ahmad of Singapore and told Mahathir about UMNO CORRUPTION!

Quote from Dr. Syed Alwi Ahmad of Singapore and told Mahathir about UMNO CORRUPTION! Subject: Dear Tun Mahathir .......... WHY S$ 1.00 = RM 2.30 ? Why Singaporean has a per capita income of US$25,000.00 and Malaysian has USD 5,000.00 ? Malaysia has Palm oil, Rubber, Tin, Coconut....... and most of all Petroleum, comparatively Singapore has nothing and yet Singaporean performance is five times better. I just wonder if our leaders just follow what the Singaporean leaders have been doing, with the extra natural resources we are having,we should be as rich as Brunei or not better!!! WHERE HAVE ALL OUR MONEY GONE? The only answer I can think of is, Utterly Manipulating National Obligations, Useless Malaysian National Organizations which have formed a coalition called, Bankrupt Nation !!! Just like Phillippines and Indonesia, CORRUPTION is our worse enemy!!! ************************************************************************************************************ Assalamualaikum wr wb, Dear Tun Mahathir, I think you under-estimate the will of the Rakyat to dismantle racialism. In this era of global competition and high technology - for how long can UMNO shield the Malays from the reality of a free market ? You cannot hide the shortcomings of the Malays. No one stops the Malays from acquiring technology. You yourself sent thousands of Malays to study overseas. Yet where are the returns on your investment in them ? Think of Proton - shouldn't your Malay engineers work double hard to improve their products like the Japanese ? Malaysia has lots of flora and fauna. Shouldn't the Malays dive into Biotechnology on account of Malaysia's flora and fauna ? Yet where are the Malay scientists etc ? For how long can you evade the shortcomings of the Malays ? You see - Malaysia is not unique in this matter. The whole Muslim world faces the same problem. Muslims simply do NOT do enough to chase after and acquire technology ! Indeed - there are no industrialized Muslim countries except possibly - Malaysia !! The NEP and Ketuanan Melayu has been around a long time. The Malays should have used the opportunity they had wisely. Sadly - your own UMNO abused it ! Now the Rakyat wants an end to racialism. So yes - you are right. The Malaysian Malay is going to suffer because they no longer have the crutch. But thats Malaysia's problem. What I hope is that you and other Malaysian politicians had better not demonise Singapore in the process. You and others better not look down on Singapore Malays. We Singapore Malays can hold our head high and proudly so. Because we achieve on merit and not quota. Its a real achievement. Well - its your country and not mine. I think that you first have to deal with the reality of Pakatan Rakyat..... Best Regards Dr Syed Alwi Ahmad Singapore

EPF 8% Means Paying More Income Tax ( For High Income Group )

DARI ISI KEPALA OTAK ORANG PR YANG MENGKAJI DAN BANDINGKAN BAGAIMANA OTAK BN YANG MEMIKIR ?SIAPA UNTUNG DAN SIAPA YANG RUGI? English Translation : Assume monthly basic salary is RM4000. - If your monthly EPF contribution is 11% ( RM440 ), taxable income = RM3560, income tax payable = RM77. - If your monthly EPF contribution is 8% ( RM320 ), taxable income = RM3680,income tax payable = RM109. Conclusion : If you choose to contribute 8%, you will end up paying more income tax to the government, which will make the government richer. Finance Minister Najib said this measure is meant to boost up the slow-down market, but from this example wee see that the money does not go into the market. Instead the money goes direct into the government's pocket through the greater amount of income tax that we will have to pay. Obviously this measure does not help the market at all. Do we still want this kind of government that doesn't have the best interestof the people in mind? 假设 薪水RM4000,- 选择 EPF 11%也就是RM440,taxable income 是RM3560,所以tax RM77- 选择 EPF 8%也就是RM320, taxable income 是RM3680,所以tax RM109

Selasa, November 18, 2008

PROGRAM MASYARAKAT MADANI & LAWATAN TKM 1 DI BATU UBAN PADA 7hb DEC 2008

Jkkk Batu Uban telah melantik satu jawatankuasa kecil untuk merancang dan melaksanakan Program Masyarakat Madani yang akan dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1,YB Tuan Fairus Kamaruddin ,pada 7hb Dec 2008 yang awalnya dirancang pada 23hb Nov 2008. Program ini akan bermula dari 9 pagi sehingga 3 petang yang akan melibatkan para doktor untuk pemerikaan Darah Tinggi & Diabetis dan juga derma darah. Jawatankuasa kecil ini juga merancang menjemput NGO-NGO yang terlibat dengan Sukan & Pendidikan dan lain-lain.Selain itu acara pertandingan melukis kanak-kanak peringkat sekolah rendah juga di rancang.Di jangka TKM1 akan tiba pada 11 pagi dan memberi ucapan berkaitan MASYARAKAT MADANI DAN MENGHAPUSKAN MISKIN TEGAR dan seterusnya Membuat Lawatan di Kpg Berlacan untuk meninjau masalah masyarakat melayu . Jemputan-jemputan Vip lain yang dijangka hadir adalah YB Raveentharan Adun Batu Uban, YB Dato Zaharin Ahli Parlimen Bayan Baru,YB Dr. Mujahid Yusof Rawa selaku YDP Pas Kawasan Bayan Baru dan juga Ahli Parlimen Parit Buntar dan Exco Pertanian Negeri YB Law Choo Kiang Jamuan makan pagi ,tengahari dan petang akan di sediakan dengan keseluruhan bujet program ini akan disalurkan oleh kerajaan negeri. SEMUA WARGA BATU UBAN DIJEMPUT HADIR .

Jumaat, November 07, 2008

Masalah Perparitan Jalan Batu Uban 4 mendapat perhatian MPPP

Perparitan didepan Ivory Tower
Pegawai MPPP sedang memantau
Penahan air pasang yang rosak
Parit di Jalan Batu Uban 4 yang tersumbat
MPPP telah menghantar seorang pegawai pemantau untuk memantau masalah perparitan di Jalan Batu Uban 4 dan akan menbawa masalah ini untuk tindakan pihak atasan.

Aduan Penduduk Flat Desa Riang Batu Uban

Salam bahagia….. Disini ingin saya menyentuh tentang masalah yuran maintenance sebanyak rm35.00Perlu kita penduduk desa riang mengubah minda dan fikiran.mengapa kita tak ambil berat langsung tentang perkara tersebut,Sanggup kita menaikki anak2 tangga dari membayar duit maintenance..itu pun kalau lif rosak.Kita mampu dan sanggup lagi membeli kereta atau motor baru yg bulanan perlu dibayar berlipat kali ganda dari duit maintenance..adakah kita fikir perkara tersebut.Kita penting diri sendiri tanpa fikir anak2 kita or org yg tak mampu.Saya harap pihak jkk yg baru ni mainkan peranan walaupun sedikit,…. Dengan mempaparkan nama2 mereka yg tak menjelaskan yuran bulanan maintenance.. Sebelum tu saya syorkan or cadangkan papan or notis kenyataan didepan lift desa riang di gantikan dan berkunci..Sekian terima kasih… SATU LAGI PERKARA YG INGIN SAYA CADANGKAN PADA PIHAK JKK BATU UBAN ADALAH PENDATANG ASING YG MENDIAMI FLAT DESA RIANG.MAKIN HARI SEMAKIN RAMAI PENDATANG ASING TERUTAMA INDON DAN BANGLA YG MENDIAMI FLAT DESA RIANG.PERLU JKK BERTINDAK SEGERA DENGAN KERJASAMA PIHAK RELA OR PIHAK YG BERKENAAN MEMASTIKAN SAMADA MEREKA MEMPUNYAI PERMIT YG SAH OR TIDAK..SAYA RASA FLAT DESA SEPERTI PENDUDUK WARGA ASING PULA.DAH LA TU TAK ADA RASA HORMAT PADA PENDUDUK TEMPATAN..KITA BOLEH PANTAU SENDIRI SEBAB ANAK KHARIAH KITA JUA ADA YG MENGANGGOTAI RELA..JADI KITA BOLEH MENGUNAKAN MEREKA UNTUK KESELAMATAN KITA BERSAMA..,,,BARU NI SAYA TERJUMPA 6 BOTOL CALSBERG DIDEPAN PINTU RUMAH 5-14-05.SELEPAS SAYA TEGUR BARULAH MEREKA BUANG.ITUPUN SEORANG WANITA INDON..AGAMA APA PUN SAYA TAK TAHU..TERIMA KASIH zahari omar

Khamis, November 06, 2008

Tangki & Water Pump Serta Bilik Generator Bermasalah dan Lantai Lif yang berlubang

Lantai Lif berlubang yang membahayakan penduduk flat
Bilik Pam air
Pam inilah bermasalah
Cable pam di potong
Switchboard water pump
switchboard bermasalah
Bilik Generator tak berfungsi
Pembaziran air berlaku akibat over flow
Mengikut En.Abdullah ( samaran Dollah TNB ) salah seorang penduduk Flat desa Riang berkata Pihak Pengurusan Flat Batu Uban telah lama membiarkan kerosakan yang berlaku di Bilik Pam air & Bilik Generator dan Lif .Pihak pengurusan sepatutnya membaiki kerosakan dari masa ke semasa dan tidak di biarkan begitu sahaja.
" Kami memohon pihak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat terutamanya Ketua Menteri Lim Guan Eng mengambil berat masalah kami di Batu Uban terutamanya Flat Desa Riang yang menghadapi berbagai masalah teknikal yang di biarkan oleh pihak Pengurusan Flat dan tidak di hirau pun oleh pihak Jkkk dulu" kata beliau.Ini melibatkan keselamatan penduduk".
Beliau berkata sejak 2 tahun lalu saya terpaksa secara suka rela mengawasi Bilik Pam air yang rosak ,dimana pam air ini tidak dapat berfungsi secara automatik sebaliknya perlu di hidupkan dan matikan switchnya secara manual ,jika tidak dimatikan Air tangki akan melimpah dan ini satu pembaziran air .
Bayangkan bila tangki air besar di atas Flat kosong penduduk terpaksa menghubungi saya untuk menghidupkan dan mematikan switch ini supaya penduduk tidak terputus bekalan air.Jika saya tidak ada di rumah , penduduk terpaksa memanggil orang lain tetapi adakalanya susah untuk dihubungi disebabkan mereka berkerja.
Kerosakan yang ada di Flat ini seperti berikut,
1) Salah satu Pam air dalam bilik pam rosak .
2)Papan switchboard yang mengawal pam air rosak dan perlu pendawaian semula.
3)Bilik Genarator Rosak tidak dapat hidup secara automatik jika berlaku litar putus,Bayangkan jika ini berlaku dan LIF tidak dapat berfungsi dan apa akan berlaku jika ada penduduk terutamanya anak-anak kecil terperangkap.
4)1 dari 2 lif ( Lif No.1) rosak lebih dari 2 tahun.
5) 1 TANGKI AIR BESAR di atas Flat Desa Riang terlalu UZUR dan boleh membahayakan penduduk jika jatuh kebawah,boleh dikatakan struktur tangki ini telah longgar & hampir lekang.
JKKK BATU UBAN AMAT - AMAT MEMERLUKAN BANTUAN KERAJAAN NEGERI MEMBERI PERHATIAN TERHADAP KESEMUA MASALAH INI SUPAYA DAPAT MENGHINDARKAN BAHAYA KEPADA PENDUDUK FLAT DESA RIANG.