Isnin, Disember 08, 2008

Program Masyarakat Madani Berjalan Lancar Pada 7 Dis 2008

Berkat usaha dan kerjasama anggota JKKK Batu Uban dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan NGO-NGO dari Haluan ,Kolej Teknologi Darulnaim (KTD),Doktor-doktor sukarelawan ,Doktor Perubatan Alternatif serta Jabatan Pertanian P.Pinang dan Persatuan RASSTA .membuatkan setiap aturcara berjalan lancar.Begitu juga acara Pertandingan Mewarna,penulisan Jawi,azan dan Takraw bulat mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penduduk tempatan yang berlangsung seawal 8am disekitar kawasan KAFA & Masjid Batu Uban. YB Raveentharan Adun Batu Uban telah tiba dilokasi seawal 9.30am dikuti oleh TIMBALAN KETUA MENTERI 1,YB. Mohammad Fairus Khairuddin pada 10.10am (sepatutnya 11am) seterusnya Ahli Exco Pertanian Negeri YB Law Choo Kiang pada 10.20am dan Yang Di Pertua Pas Kawasan Bayan Baru merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar Perak iaitu YB.Ustaz Dr. Mujahid Yussof Rawa pada 10.30am. Uniknya golongan belia telah berkanvoi bermotosikal bagi setiap YB yang masuk ke Kg Batu Uban ini sehingga sampai ke tapak Majlis.Mereka adalah anak-anak muda kampung ini dari Persatuan RASSTA yang ditubuhkan dengan tujuan untuk membuat kerja-kerja amal dan kebajikan kepada penduduk di sini dengan berkerjasama dibawah JKKK Batu Uban. Di sebabkan ketibaan TKM1 agak awal dari yang dijadualkan ,sedikit perubahan berlaku pada aturcara dimana sebaik beliau tiba Kumpulan Kompang Kg batu Uban mengeringi TKM 1 ke pentas dan di ikuti acara pertunjukan pencak silat dan seterusnya beliau dan YB-YB yang lain berkunjung terus ke Dewan JKKK melakukan lawatan dan pemeriksaan kesihatan dan gerai-gerai yang berada di sekitar Dewan JKKK.Beliau kemudian melawat dan memberi sumbangan hamper kepada masyarakat miskin.YB Ustad Dr.Mujahid juga tidak ketinggalan menyalurkan bantuan duit ringgit bagi pihak PAS Kawasan kepada masyarakat miskin. Pada 11.pagi kesemua Yang berhormat kembali ke pentas diringi Pengerusi JKKK Batu Uban iaitu Tuan Haji Othman Nordin.Ucapan didahului bacaan doa selamat oleh Pengerusi Qariah Masjid Batu Uban iaitu En.Shaik Abdul Aziz . Ucapan di dahului oleh YB Ustaz Dr.Mujahid dimana beliau menegaskan dan meminta kerajaan negeri Pakatan Rakyat mempertahankan nilai sejarah dan harta warisan MASJID BATU UBAN yang berusia hampir 300 tahun sebagai masjid tertua di Pulau Pinang yang dibuka pada 1734 oleh orang melayu islam iaitu sebelum kedatangan Ingeris Sir Francis Light ke pulau ini yang dahulunya bernama Pulau Kasatu pada 12th August 1786. YB.Law Choo Kiang sebagai Exco Pertanian Negeri begitu komited untuk memberi bantu dari segi latihan dan teknikal kepada penduduk Batu Uban dalam mengusahakan perternakan Ikan Keli dalam tangki atau kanvas sebagai mata pencarian alternatif bagi penduduk yang dahulunya majoriti nelayan. TKM 1 YB.Mohmaad Fairus pula menegaskan bahawa kerajaan negeri menjadi negeri yang pertama menaikkan gaji guru-guru Kafa dan beliau amat komited untuk memastikan dan mengekalkan Kg Batu Uban sebagai kampung warisan yang dipelihara terutamanya Masjid Batu Uban berada di sini.Beliau juga menasihatkan supaya angota JKKK bergerak dan membantu masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa dan latarbelakang parti tidak seperti mana JKKK semasa kerajaan Umno / BN dahulu yang hanya membantu suku sakat dikalangan ahli mereka sahaja menyebabkan penindasan berlaku dikalangan masyarakat.Beliau berbangga JKKK Pakatan Rakyat di Batu Uban ini yang ditunjangi oleh PAS telah melakukan tugas dengan baik dan berkesan dalam menjadi penganjur PROGRAM MASYARAKAT MADANI yang berlangsung dengan baik dan lancar sekali.Beliau berkata seperti yang di maklumkan kepadanya inilah julung kali program sebesar ini diadakan oleh kerajaan negeri di kampung ini ,yang sebelum ini selama 51 tahun BN memerintah meminggirkan masyarakat melayu Batu Uban.

Tiada ulasan: