Isnin, April 12, 2010

To members of KAMI BENCI IBRAHIM ALI DAN GENG 'KATAK'NYA

Mohd Habib Abdullah April 8 at 12:33pm Reply Assalamulaikum dan salam sejahtera, Teman-teman gabungan yang dihormati.Mungkin telah ramai yang mengetahui akan tertubuhnya satu pertubuhan yang dinamakan Pertubuhan Pribumi Perkasa a.k.a PERKASA yang diasaskan oleh “Bapak Katak” Semalaysia iaitu Datuk Ibrahim Ali. Menerusi beberapa kenyataan yang dikeluarkan PERKASA melalui media massa, saya merasakan bahwa pertubuhan ini begitu tebal fahaman perkaumannya. Kononnya mereka ini ingin mempertahankan hak-hak dan keistimewaaan bangsa melayu dan Raja-raja melayu yang menurut mereka telah dicabuli, dicabar dan dihina oleh bangsa-bangsa lain. Namun pada hemat saya, Pertubuhan PERKASA ini tidak labih dari percubaan menghidupkan semula api 13 MEI 1969 supaya sebelum berlangsungnya PRU 13, Malaysia boleh diperintah oleh MAGERAN sekaligus menghalang PRU 13 berlangsung kerana parlimen akan digantung..Bermula dengan kes membakar gereja sehinggalah tertubuhnya PERKASA ini, saya merasakan terdapat tangan-tangan ghaib yang cuba mencucuh sumbu api perkauman dan agama di negara ini demi memastikan survival parti pemerintah yang telah kehilangan majority 2/3 dalam PRU12 yang lalu. Ironinya, peristiwa 13 MEI 1969 dulu juga berlaku setelah parti pemerintah kehilangan majority 2/3 di parlimen.Saya tidaklah ingin mengulas lebih lanjut tentang peristiwa berdarah tersebut namun dari sudut teorinya, saya ingi berpesan kepada teman-teman gabungan agar berhati-hati dengan pertubuhan PERKASA ini dan jika perlu teman-teman harus memperingatkan akan teori ini kepada kawan-kawan takkiralah menerusi FB atau lain-lain medium supaya tidak terpengaruh dengan sabarang kenyataan yang berunsur perkauman yang datang dari PERKASA, kerana mereka tahu inilah jalan terakhir mereka ingin mempertahan kuasa mereka dari kemaraan kuasa rakyat yang sudah sepakat mula menolak Barisan Nasional.Sekian, http://habib-habibah.com/ ADMIN KAMI BENCI IBRAHIM ALI DAN GENG 'KATAK'NYA

Tiada ulasan: