Isnin, April 26, 2010

PAS KAW.BAYAN BARU MEMBANTU PKR DI PRK HULU SELANGOR

Bersama Teresa Kok (Exco Kerajaan Selangor) di Pejabat DAP Kuala Kubu Baru
Memasang Poster disekitar Kuala Kubu Baru
yang diambil dari Terasa Kok diPejabat DAP K.Kubu Baru
Disekitar Ulu Bernam mengedar risalah
Masjid Al Rahman di Ulu Bernam
Hj Omar amat bersemangat memenangkan calon Pakatan
Mengedar Risalah dari rumah ke rumah
Memberi penerangan pada penduduk Tionghua
Hulu Selangor Kalumpang - 22 April 2010 11.30pm seramai 7 AJK Pas Kawasan Bayan Baru bertolak ke Hulu selangor. Tiba pada 3 pagi kami mencari tempat penginapan di Masjid Kalumpang yang merupakan sebuah Masjid yang ada kaitan dengan keluarga iaitu datok kepada YDP Pas Kaw.Bayan Baru Ustad Dr Mujahid Yusof Rawa merangkap AHLI Parlimen Parit Buntar Perak.
Pada sebelah pagi kami telah bergerak ke markas Pas P.Pinang untuk bertemu dan mendapat arahan dari ust Khalid selaku Pengarah kontigen Pulau Pinang dan berpeluang makan pagi di situ.Kami diarahkan membantu mengedar risalan disekitar ULU BERNAM dan berhampiran Masjid Al Rahman dan seterusnya bersolat Jumaat di masjid berkenaan.
Dari tinjauan kami ada kelemahan dari sudut perang poster di pihak PKR dan kurangnya gerakan mengedar risalah di ground level yang boleh dikatakan bertimbun risalah dan poster tak sempat diedarkan walaupun hanya tinggal 48 jam lagi sebelum pemilihan di buat.PKR kekurangan jentera di peringkat bawah, dengan bantuan PAS dari seluruh Semenanjung maka bergeraklah pengedaran poster dan risalah ke kampung kampung .Pas yang mempuyai pengalaman hampir 52 tahun dan mempunyai jentera yang berpengalaman serta dapat merempuh masuk ke kawasan kampung dan FELDA.

Tiada ulasan: