Isnin, Julai 19, 2010

TERNAKAN IKAN KETUTU MEMBAWA PULANGAN TERTINGGI

SATURDAY, MARCH 6, 2010

IKAN KETUTU

Nama saintifik ikan ketutu adalah oxyeleotris marmoratus. Ia juga di kenali sebagai ikan ubi di negeri pantai timur dan bagi masyarakat cina ia di kenali dengan nama "Sun Hok".Harga ikan ketutu hidup mencecah RM 70.00- RM 90.00 sekilogram.Harga Ikan ini boleh mencecah sehingga RM 400.00 apabila ia siap di masak dan dihidangkan di restoran terkemuka. Mengikut kajian keperluan pasaran bagi ikan ketutu adalah 20 tan sebulan. Masyarakat cina percaya ikan ini mempunyai banyak khasiat terutamanya untuk melancarkan pengaliran darah. Masyarakat cina mengemarinya kerana isinya manis dan lazat serta tekstur dagingnya halus dan berwarna putih. Ikan ini mengambil masa setahun untuk mencapai berat yang di kehendaki oleh pasaran antara 800-1200g seekor. Ikan ketutu merupakan spesies ikan air tawar yang mempunyai harga yang tinggi di pasaran.

Posted by jutawanagro at 9:23 PM 0 comments

Labels: IKAN KETUTU

Haruan bodoh bernilai tinggi

Oleh NAS NORZIELA NASBAH
utusanmelaka@utusan.com.my

IKAN ketutu lebih sinonim dengan panggilan haruan bodoh, ikan hantu dan belantuk atas sebab fizikalnya lain daripada ikan biasa.

 

MELAKA 11 Jan. - Setiap kali mendengar nama ikan ketutu pasti di kalangan kita cuba membayangkan bentuk fizikal dan keunikan yang terdapat pada ikan tersebut.Mungkin ada antara anak muda kini yang langsung tidak mengetahui kewujudan ikan itu yang nama saintifiknya ialahmarbled goby.Di kalangan masyarakat kampung, ikan ketutu lebih sinonim dengan panggilan haruan bodoh, ikan hantu dan belantuk atas sebab fizikalnya lain daripada ikan yang biasa dilihat.

Namun begitu di sebalik bentuk fizikalnya yang 'menggerunkan', ketutu merupakan salah satu ikan ternakan yang mempunyai nilai tinggi dalam pasaran.Menyedari perkara ini, Aquaculture Technology Sdn. Bhd. mengambil inisiatif menternak ikan ketutu dan sejak beroperasi tiga tahun lalu, syarikat tersebut tersenarai sebagai salah satu syarikat yang mempunyai kolam ternakan ikan ketutu terbesar di negeri ini.Memiliki sebanyak tujuh buah kolam utama yang terletak di Tiang Dua, Jasin di sini, Aquaculture Technology merupakan anak angkat kepada Jabatan Perikanan negeri telah menternak lebih daripada 1,000 ekor ikan tersebut.Pengusahanya, Ng Swee Lui berkata, sejak bergiat dalam ternakan ikan ketutu, perusahaan tersebut terbukti mendapat permintaan tinggi bukan sahaja untuk pasaran dalam negara malah luar negara.

Setakat ini, katanya, ketutu ternakannya sudah berjaya menembusi pasaran Singapura, Hong Kong, China, Taiwan, Jepun dan beberapa negara Eropah.''Saya memulakan bidang ternakan ini sejak tiga tahun lalu dan di kawasan ini sahaja mengandungi tujuh buah kolam yang dibina dengan perbelanjaan sendiri berjumlah RM1.2 juta.''Selain itu, saya turut memiliki 30 buah kolam ternakan ikan ketutu dan beberapa jenis ikan hiasan di sekitar Alor Gajah," katanya ketika ditemui pemberita baru-baru ini.Kata Swee Lui, baru-baru ini pihaknya menerima permintaan dari luar negara yang mengharapkan bekalan sebanyak empat tan ketutu sebulan, namun malangnya pihaknya hanya mampu membekalkan dua tan sebulan.Menurutnya lagi, ikan ketutu senang diternak kerana sifat semula jadinya yang 'pendiam' pada waktu siang namun aktif pada waktu malam.''Ikan ini mampu membesar sehingga 50 sentimeter dan mencapai berat sehingga dua kilogram dalam masa dua tahun," katanya.Beliau berkata, ikan ketutu boleh mula dijual selepas ia mencapai usia setahun dan harga pasarannya kini untuk setiap kilogram adalah sekitar RM80 hingga RM95.''Di restoran, ia biasa dijual pada harga mencecah RM120 sekilogram dan kulitnya yang kehitaman serta berwarna sedikit coklat amat enak bagi masakan stim.''Ia menjadi makanan utama bagi mereka yang menggemari makanan laut dan sehingga kini ikan ketutu mempunyai pasaran yang tinggi jika dijual di restoran makanan laut," katanya.Menceritakan pengalamannya sepanjang menternak ikan ketutu Swee Lui berkata, selain memerlukan modal yang tinggi, ikan berkenaan juga tidak terlepas daripada masalah seperti serangan penyakit."Jika ada sesiapa yang berminat, perlu mendalami pengetahuan mengenai ikan ini sebelum memulakan ternakan."Bukan mudah untuk menternak spesies ikan ini dan masalah yang besar ialah apabila ikan diserang penyakit.''Saya banyak belajar daripada kesilapan sebelum berada pada tahap ini," katanya.

Posted by jutawanagro at 6:55 PM 0 comments

Labels: IKAN KETUTU

Golongan muda disaran ternak ketutu

MOHAMAD Hidhir Abu Hasan (tengah) ketika mengadakan lawatan ke pusat ternakan ikan ketutu di Tiang Dua, Jasin, baru-baru ini.

 

MELAKA 11 Jan. - Ketutu merupakan antara spesies ikan yang dikenal pasti mempunyai potensi pasaran yang cukup besar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan berkata, menyedari perkara itu kerajaan negeri berharap lebih ramai individu terutama golongan muda menceburi bidang penternakan ikan tersebut.Menurutnya, hasil penternakan ikan berkenaan mampu membawa pulangan yang lumayan.

''Mengikut pasaran, harga spesies ikan ketutu ini boleh dijual sekitar RM80 hingga RM95 sekilogram.''Ini membuktikan ternakan ini mempunyai nilai yang tinggi dan mendapat permintaan di restoran-restoran," katanya.Beliau berkata demikian selepas melawat dua pusat ternakan ikan ketutu dan arowana yang turut dihadiri Pengarah PerikaNan negeri, Rosmawati Ghazali di Tiang Dua, Jasin di sini baru-baru ini.Kata Mohamad Hidhir, permintaan yang tinggi dari luar tidak dapat dipenuhi berikutan kekurangan pengusaha yang menternak spesies ikan itu.''Justeru, kita mengharapkan lebih banyak penternak ikan khususnya golongan muda menceburi bidang penternakan ikan ketutu.''Hasil yang cukup lumayan ini dapat membantu golongan muda memperkembangkan lagi perusahaan mereka dan sedikit sebanyak membantu negara meningkatkan pasarannya.

''Kita mahu mengeksport makanan ke negara luar dan ikan ketutu adalah antara spesies makanan yang menjadi kegemaran orang ramai," kata beliau.

Katanya, setakat ini permintaan terhadap ikan ketutu mencecah enam tan metrik sebulan sedangkan kemampuan pengeluaran rendah daripada itu.

''Kita mendapat permintaan yang tinggi dari China, Singapura, Indonesia, Taiwan, Hong Kong, Korea dan beberapa negara Eropah.

''Untuk tujuan itu, kerajaan negeri menerusi Jabatan Perikanan bersedia membantu mereka yang berminat untuk menceburi bidang berkenaan," katanya.

Posted by jutawanagro at 12:22 AM 0 comments

Labels: IKAN KETUTU

WEDNESDAY, JANUARY 6, 2010

IKAN KETUTU

Ikan Ketutu

Marbled goby atau lebih dikenali ikan ketutu, haruan bodoh, ikan ubi, ikan hantu, belantuk. Merupakan spesies ikan air tawar namun terdapat juga di kawasan air payau kebiasaan gemar tinggal di kawasan berlubang dengan persekitaran air berarus tenang dan sederhana. Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak² ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil.

Ikan pemangsa ini kawasan seperti lubuk, lombong tinggal dan tasik terutama kawasan mempunyai kayu atau buluh bagi tujuan mencari makanan. Bersifat pendiam dengan aktif pada waktu malam atau keadaan gelap. Ketutu dapat mencapai pembesaran sehingga 50 cm atau 2kg dalam masa 2 tahun.

Sistem Ternakan

Ketutu diternak kerana permintaan tinggi terhadap rasa dagingnya yang manis, unik dan pejal terutamanya oleh masyarakat asia timur. Terdapat beberapa modul ternakan yang digunakan seperti

  • Ternakan kolam tanah
  • Tangki fiber glass
  • Tangki aquarium
  • Kolam konkrit

Ternakan di dalam kolam tanah disyorkan dengan persekitaran kolam yang lebih menyamai habitat asal. Tangki fiber antara kaedah ternakan bagi yang mempunyai kawasan yang terhad. Sifat agresif ketutu ketika mengambil makanan mendatangkan masalah melalui kaedah ini terutamanya tangki fiber yang berbentuk segi mengakibatkan kecederaan pada mulut ketutu sekaligus membantut permakanannya.

Antara modul ternakan yang diguna pakai

  • Kapasiti kepadatan ternakan 16 ekor /kaki persegi
  • Pencahayaan samar-samar dengan penggunaan tumbuhan akuatik dan plastik hitam sebagai pelindung cahaya
  • Penyediaan sistem lubang menggunakan plastik paip pvc, konkrit atau batang buluh
  • Kedalaman air yang sesuai bagi pengekalkan suhu air dan mengejar anak ikan
  • Ternakan dapat dituai (800-1000gram/ekor) dalam tempoh <>
  • Kandungan oksigen terlarut DO > 5mg/l bagi memastikan kadar pembesaran

Makanan

  • Makanan ternakan terdiri daripada ikan kecil seperti gopy, anak tilapia
  • Daging ikan yang dipotong-potong

 

Bekalan anak benih

1. Bekalan benih liar iaitu anak ketutu yang ditangkap dari sungai, tasik dan lombong.

2. Pusat pembenihan yang menjalankan pembenihan ketutu.

Bekalan anak ketutu kebanyakkannya diperolehi dari sungai, tasik atau lombong disebabkan proses pembenihan ikan ini yang sukar. Penternak disyor menjalankan pembenihan sendiri bagi menjamin bekalan anak yang berterusan. Kaedah pembenihan semula jadi dengan formasi induk yang diguna dalam sistem pembenihan ketutu 3: 1 dan 1:2 iaitu 3 induk betina dengan 1 induk jantan diletakkan dalam kolam pembenihan. Kadar hidup anak ketutu yang rendah <>

Ketutu antara spesies ikan air tawar yang mempunyai harga tinggi di pasaran, namun faktor kadar pembesaran yang lambat, sumber anak benih yang terhad dan diet pemakanan yang sukar merupakan cabaran yang besar terhadap usaha penternakan pada skala komersial.

Posted by jutawanagro at 10:52 PM 0 comments

Labels: IKAN KETUTU

MONDAY, JANUARY 4, 2010

JUTAWAN AKUAKULTUR


ARKIB : 24/04/2009

Pakar bidang IT terjun ke kolam ternakan

Oleh LAUPA JUNUS
laupa.junus@utusan.com

Ikan keli yang diternak oleh syarikat Dimensi Rebana sentiasa mendapat permintaan.

 

 

Bukan mudah bagi seorang yang sudah lama berkecimpung dengan bidang yang diminati, tiba-tiba sahaja mengambil keputusan untuk beralih arah.

Berkecimpung dalam perniagaan komputer sejak 1986 dengan memiliki ijazah sarjana muda dalam sistem pengurusan maklumat dan pemasaran serta ijazah sarjana bidang perniagaan (MBA) dari Amerika Syarikat, sepatutnya sudah memberi jaminan hidup tetapi empunya diri enggan meneruskan kerjaya dalam bidang berkenaan.

''Saya sudah bosan," katanya ringkas ketika ditanya sebab meninggal bidang glamor itu.

Bagi Hanafiah Abdul Rahman, 47, usahawan akuakultur yang ditemui Megadi ladangnya di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini, beliau menceburi bidang penternakan ikan adalah kerana minat semata-mata..

Hanafiah, anak kelahiran Kampung Sri Terubok, Masjid Tanah, Melaka, memberitahu, meskipun tidak mempunyai kemahiran dalam industri akuakultur tetapi usaha gigih memperoleh maklumat dan pengetahuan daripada pelbagai sumber.

Antara sumber rujukannya ialah kajian universiti, rakan penternak Kampuchea di Pekan Pahang dan di Cheroh, Raub, serta penternak bangsa Cina di Malaysia dan di Thailand, selain Internet.

Selepas ilmu penuh di dada, Hanafiah dengan yakin menubuhkan syarikat Dimensi Rebana Sdn Bhd. yang memulakan operasi pada 2006.

Ketika itu, tujuan asal perniagaannnya ialah menjual ikan air tawar ke restoran makanan laut Cina di sekitar Lembah Klang, Gohtong Jaya, Bukit Tinggi dan Karak, Pahang.

Ketika inilah beliau mula memahami selok belok perniagaan dan pasaran ikan termasuk cara menghantar, kaedah penyimpanan, putaran perniagaan, kerenah pembeli, orang tengah dan pelbagai aspek lain.

Dengan beroperasi dari sebuah rumah kedai di Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, perniagaan pembekalan ikan air tawar Hanafiah semakin hari semakin semakin dikenali.

Namun beliau tidak berpuas hati kerana selalu menghadapi masalah bekalan yang berterusan, lantas memberi idea untuk mengembangkan sayap perniagaan kepada aktiviti baru iaitu menternak sendiri ikan tersebut.

Hanafiah mengambil keputusan menternak pelbagai spesies ikan iaitu ketutu, krai, tengalan dan haruan.

''Banyak masalah kami hadapi kerana kurang ilmu pengetahuan dalam teknologi penternakan serta makanan dan paling membelenggu ialah kesukaran mendapat benih, '' katanya.

Sebab itu, keputusannya untuk mengusahakan sendiri ternakan tepat pada masanya memandangkan bekalan benih menjadi masalah besar kepada penternak.

Beliau menganggarkan pelaburan membina infrastruktur menghampiri angka RM500,000 dan ia boleh dianggap berbaloi kerana melibatkan banyak spesies ikan untuk dibiakkan.

Pada masa ini, Dimensi Rebana memiliki ladang di Kampung Bukit Kecil, Simpor, Tikam Batu Sungai Petani yang dilengkapi dengan 17 buah kolam konkrit bersaiz 20 kaki x 100 kaki x 2 kaki.

Selain itu, ladang terbabit juga mempunyai enam unit kolam bersaiz 10 kaki x 20 kaki x empat kaki yang semuanya digunakan untuk ternakan ikan ketutu.

Tiga unit daripada kolam digunakan untuk penetasan ikan sepat siam.

Ladang tersebut kini memiliki hampir 1,200 ikan ketutu seberat antara 200 gram dan 1.2 kilogram (kg).

Meskipun menternak ketutu sangat penting kepada ladang tersebut, infrastruktur juga ditambah untuk menternak spesies lain.

Terdapat 20 buah kolam konkrit (ukuran 20 kaki x 25 kaki x 4 kaki) dan dua buah kolam (ukuran 20 kaki x 50 kaki x 4 kaki) untuk ternakan kira-kira ikan tengalan, Krai, ikan jelawat, induk tilapia, puyu siam, sepat siam dan ikan patin buah selain 12 unit kolam tanah yang pembenihan ikan keli dan zooplankton (Moina sp).

Apa yang menarik, kemudahan tersebut dibina oleh syarikat terbabit tanpa membabitkan pihak luar. Ladang dan pusat pembenihan ini di uruskan oleh adik ipar Hanafiah iaitu Suhaimi Md. Isa sejak 2003 lagi.

Syarikat terbabit kini boleh berbangga memandangkan hasrat untuk menjadi pembekal benih berjaya disempurnakan.

Malah, permintaan sentiasa ada dan untuk tujuan itu pembenihan aruhan dijalankan untuk meningkatkan jumlah benih ikan yang diternak.

Menurut Hanafiah, pasaran ikan sungai sentiasa ada kerana semakin ramai meminatinya tetapi bekalan agak terhad.

Katanya, hampir 70 peratus benih ikan air adalah di import dari luar terutamanya Thailand dan Indonesia.

Tambahan pula, ikan sungai menjadi hidangan istimewa di kalangan penggemarnya.

Beliau kini mampu menghasilkan anak keli pada jumlah 500,000 ekor sebulan ikan ketutu pada kadar 20,000 ekor sebulan manakala ikan sepat 200,000 ekor sebulan.

Selain membekalkan benih, Dimensi Rebana pada mulanya hanya tertumpu kepada perniagaan pemborong ikan air tawar dan air laut juga mula berjinak-jinak menceburi bidang pemakanan ikan. Selain itu syarikat juga menjual ubat ubatan dan peralatan akuakultur.

Hanafiah berkata, beliau berjaya dalam usahanya menghasilkan sendiri pelet untuk makanan air tawar termasuk ketutu.

Rumusan makanan ikan itu agak menarik kerana dihasilkan daripada bahan yang mudah diperoleh dan sesuai untuk diberi makan kepada ketutu, keli dan puyu.

''Ikan ketutu ini tidak makan pelet tetapi ada cara bagaimana menjadikannya penggemar pelet iaitu mengajarnya berpuasa terlebih dahulu sebelum memberi makan,"ujarnya.

Pelet tersebut dihasilkan daripada ikan bilis, dedak padi, minyak ikan dan tepung ubi sebagai binder.

Jika semuanya berjalan lancar, selain mengeluarkan anak benih, formula makanan ikan itu menjadi teras kekuatan kepada syarikat tersebut yang dibangunkan dengan bantuan rakannya.

Ikan ketutu yang biasanya berharga kira-kira RM100 seekor seakan menjadi ternakan emas dan dianggarkan nilainya sangat tinggi.

''Malah di Hong Kong, pasaran ketutu sangat lumayan," ujar Hanafiah.

Dengan kejayaan dan kemampuan sedemikian, Dimensi Rebana kian menampakkan kemampuannya dan kini menawarkan kursus ternakan ketutu selain pemprosesan makanan ikan.

Kepakaran dalam pembenihan aruhan ikan ketutu, puyu, krai, tengalan sepat, ketam dan pelbagai spesies lagi menunjukkan kemampuan syarikat terbabit tidak boleh dipertikaikan.

Tanpa bantuan daripada agensi perbankan, syarikat terbabit yang mempunyai jaringan hubungan rapat dengan penternak ikan di Pekan, Maran, Temerloh, Cheroh di Pahang serta Sungai Petani, Kuala Sanglang dan Tanjung Dawai di Kedah, membuktikan potensi industri akuakultur untuk dimajukan.

Syarikat tersebut boleh dihubungi di talian 03- 77833111 ( pejabat jualan di 53, PJS 1/48, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya) atau emel :puntius@streamyx.com atau layari http://dimensirebana.blogspot.com atauhttp://oxymarmoratus.blogspot.com. Mereka juga boleh datang terus ke pusat pembenihan di Kg. Bukit Kecil, Jalan Sg Pasir-Batu LIntang, Sg Petani Selatan.

Posted by jutawanagro at 12:37 AM 0 comments

Labels: IKAN KETUTU

SATURDAY, DECEMBER 26, 2009

INDUSTRI KETUTU

AGROBIZ


ARKIB : 22/08/2008

Jurutera terpaut ikan ketutu

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

IKAN ketutu selesa tinggal dalam `rumah kondo' menunggu mangsa ikan kecil yang berenang di hadapannya.

 

 

Kepakaran dalam bidang profesional masing-masing mendorong golongan tersebut memanfaatkan apa yang mereka miliki untuk diaplikasi dalam bidang pertanian.

Ketika pertanian telah mula mendapat sambutan, golongan profesional seperti akauntan, peguam, malah jurutera sekali pun tidak mahu ketinggalan merebut peluang untuk memanfaatkan kemahiran mereka dalam bidang tersebut.

Golongan jurutera sebagai contoh, sama ada awam, mekanikal, kimia atau jentera - berpendapat mereka boleh mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk 'memudahkan lagi' industri pertanian.

Contoh terdekat boleh di ambil ialah bagaimana Adrian Yeoh, berkelulusan dalam bidang kejuruteraan awam dari Universiti Central Oklahoma, Amerika Syarikat (AS), memulakan kerjaya sebagai jurutera binaan.

Beliau bagaimanapun tidak betah bertugas sebagai jurutera yang disifatkannya penuh dengan tekanan.

Pada masa yang sama, Adrian berjinak-jinak dengan teknologi maklumat dengan melayari Internet atas tujuan mencari bidang-bidang lain yang boleh diceburi.

Beliau tidak mengambil masa lama, sebaliknya dalam tempoh dua tahun, Adrian menjalankan kajian mengenai bidang pertanian dan komoditi termasuk akuakultur dan kelapa sawit.

Setelah membanding pelbagai jenis industri, hati Adrian terpaut dengan akuakultur yang menurut katanya menguntungkan dibanding dengan bidang pertanian lain.

Bidang perikanan, menurut kata Andrian, mempunyai banyak potensi memandangkan ia merupakan sumber protein utama.

Mengkaji pelbagai jenis ikan air tawar yang berpotensi termasuk keli, tilapia, kelah dan ikan ketutu, Andrian meneliti lebih lanjut mengenai pemakanan, kelakuan dan pasaran setiap jenis ikan.

"Menerusi pelbagai kajian yang dijalankan, saya mendapati ikan pemangsa ini lebih mudah diselenggarakan berbanding ikan lain.

"Ikan pemangsa yang hanya duduk diam ini mudah diternak jika kita tahu mengenai kelakuannya," katanya.

Beliau yang juga pengarah VCA Aquafarm Sdn. Bhd., bertanggungjawab membangunkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ikan ketutu.

Kajian yang memakan masa lima tahun, membantu beliau menternak ikan ketutu dengan lebih sistematik dengan reka bentuk kolam yang sesuai untuk tumbesaran ikan.

Rekaan kolam yang mengambil masa lima tahun untuk disiapkan menggunakan kolam gentian kaca yang tahan sehingga 30 tahun.

"Saya lebih gemar menggunakan gentian kaca kerana ia lebih tahan lasak dan boleh diselenggara dengan mudah jika pecah atau bocor," katanya yang membelanjakan lebih RM1 juta bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Adrian juga mereka bentuk penapis kolam dengan 12 lapisan bagi memudahkan penternak menukar air hanya dua tahun sekali.

Kolam yang sebesar empat kali lapan kaki ini boleh menampung sehingga 300 ekor ikan ketutu pada satu-satu masa.

Adrian berkata, ikan ketutu cepat membesar jika mendapat pemakanan yang mencukupi.

"Bagi memudahkan ikan mendapatkan makanan yang mencukupi saya telah mendirikan 'kondo' bagi kediaman ikan," katanya yang mereka bentuk kolam ternakan yang murah serta mudah alih.

'Kondo' yang disusun berhampiran bukan saja sebagai tempat berehat ikan ketutu tetapi juga membolehkan ikan mendapatkan makanan dengan mudah.

Ikan ketutu lebih senang berehat dalam 'kondo' yang disediakan dan hanya akan makan jika anak-anak ikan berhampiran dengannya.

"Setiap rumah boleh memuatkan seekor atau dua ekor ikan dengan jarak antara kondo yang agak dekat.

"Oleh kerana ikan ketutu adalah ikan yang pemalas, tinggal di 'kondo' akan memudahkannya mendapatkan makanan," katanya.

Biasanya anak-anak ikan yang berenang di sekeliling akan mudah untuk dijadikan mangsa ikan ketutu.

Disebabkan ikan ketutu tinggal di kawasan dasar lombong, tasik atau sungai yang gelap, Adrian menyediakan habitat yang lebih kurang sama.

"Biasanya pada siang hari, saya akan membiarkan persekitaran agak gelap dengan menutup semua pintu dan tingkap.

"Ketika itu ikan ketutu akan lebih cergas mencari makanan dan tumbesaran akan menjadi lebih cepat," katanya.

Lebih menarik Adrian berjaya mengurangkan penggunaan antibiotik pada ikan dengan menggantikannya dengan rawatan alternatif.

"Di sini saya menggunakan teknologi ultra lembayung (UV) untuk membasmi kuman sehingga 99.9 peratus," katanya yang telah mempatenkan semua rekaannya.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, Adrian mendapati ikan ketutu merupakan antara ikan komersial yang mendapat permintaan dan harga yang tinggi.

"Saya sendiri tidak dapat memenuhi permintaan ikan ketutu di dalam negara terutama semasa Tahun Baru Cina dan musim perkahwinan yang biasanya semasa cuti sekolah.

"Permintaan ikan ketutu di luar negara seperti Hong Kong, Taiwan, China manakala negara seperti Jerman, Libya dan Kanada mempunyai potensi pasaran yang besar," katanya.

Sentiasa memandang ke hadapan Adrian sedang menjalankan R&D bagi proses ternakan ikan yang menepati HACCP untuk memudahkan pengeksportan keluar negara terutama di negara-negara Eropah.

6 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum. Sy ferdaus dr perak sy berminat sangat utk menternak ikan ketutu. Tp perlu modal yg byk.. sy x mampu..

abgdan berkata...

salam...saya punya tanah tepi sawah..sesuai atau tidak ternak petutu

On Bin Jaaffar berkata...

Aslkum saya ingin tahu dari satu inci anak ketutu hingga ke lima inci berapa umur nya dn terus matang blh di jual T kasih

Raja Mohamad Ariff berkata...

Sy byk ikan ketuu dlm 50ekor,saiz 300gram Dan 500gram..siapa minat boleh Pm Sy0173091178

Nur haura afeeya berkata...

Salam

Nur haura afeeya berkata...

Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye📢😉
Assalamualaikum salam sejahtera warga group📢

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺👍🏻

3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain

5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.


Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .💪🏼


▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.

..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
....................................................................................................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................

▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4

En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.


Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570