Sabtu, Disember 12, 2009

Pertandingan Anugerah JKKK Terbaik Daerah Timur Laut 8 Dis - 9 Dis 2009

Sambutan Kompang & Silat menyambut YB Raveentahran & Panel Hakim serta Jemputan
Panel Hakim menyemak Profile Kawasan JKKK Batu Uban
Melawat Tapak Ternakan Ikan Keli
Batu Uban - 8 Dis 2009 . JKKK Batu Uban antara 5 JKKK dalam Daerah Timur Laut yang menyertai Pertandingan Anugerah JKKK Terbaik Peringkat Daerah/Negeri yang dianjurkan Kerajaan Negeri.5 JKKK yang menyertai adalah JKKK Batu Uban,JKKK Sungai Dua ,JKKK Bukit Gelugur,JKKK Kampung Melayu dan JKKK Bukit Bendera (JKKK Bukit Bendera menarik diri saat akhir).
Seramai 5 panel juri hakim dari pelbagai Jabatan membuat penilaian berdasarkan :
  • ASPEK 1- PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN
  • ASPEK 2 - TAHAP INOVASI & KREATIVITI
  • ASPEK 3 - PROGRAM DAN AKTIVITI
  • ASPEK 4 – KOMITMENT
  • ASPEK 5 – KESELAMATAN
JKKK Batu Uban,Sungai Dua dan Bukit Gelugur telah dinilai pada 8 Dis 2009 dan JKKK Kg Melayu pada 9 Dis 2009.. Pada 11 Dis 2009 keputusan pemenang peringkat Daerah Timur laut telah diumumkan secara tidak rasmi oleh Pejabat Daerah Timur Laut.
Pemenang & Johan jatuh kepada JKKK BATU UBAN (Membawa pulang Hadiah RM2000 dan mewakili Daerah Timur Laut ke Pertandingan Peringkat Negeri yang akan ditandingi oleh 5 Johan Daerah dari Barat Daya,Utara,Tengah & Selatan)
Tempat ke 2 jatuh kepada JKKK Kg Melayu Tempat ke 3 jatuh kepada JKKK Bukit Gelugur Tempat ke 4 jatuh kepada JKKK Sungai 2