Jumaat, November 13, 2009

Lawatan Malam Oleh Pasukan Pemantau Adun Batu Uban

YB Raveentharan membuat Sidang Akhbar dengan wartawan dari akhbar - akhbar Cina.
Pemantauan di Kawasan Bukit Gambir..agak memeranjatkan sebaris Kereta Kancil diletak di tengah-tengah jalan tanpa menghiraukan masalah yang akan timbul sekiranya berlakunya kecemasan mungkin kereta Bomba akan menghadapi kesukaran untuk masuk.
En Tahir (Setiausaha Sulit YB ) bersama Pengerusi JKKK Taman Brown turun mengenal pasti nombor tiang lampu yang tidak berfungsi.
Meninjau masalah masyarakat India di Jalan Indah 5 Taman Brown ,Gelugur dalam kawasan Dun Batu Uban
Tiang TNB dengan lampu yang tidak berfungsi di depan pintu masuk USM di Jalan Cangkat minden 7 ,Minden Height.
Kawasan gelap disebelah rumah 2A2B Tingkat Batu Uban 1 tanpa lampu jalan yang boleh mengundang berlakunya pecah rumah.
Tiang tanpa lampu jalan di sebelah rumah 2A2B Tingkat Batu Uban 1.
Skuad Pemantau yang terdiri dari 4 buah Kereta berada di Jalan batu Uban berdepan dengan N Park Kondo dalam memantau masalah Parking di sini.
Tiada tindakan dibuat oleh MPPP berkaitan aduan penduduk berkaitan permohonan membina Halangan di lorong ini (Lorong Batu Uban 1 ,Tmn Century) disebabkan lorong ini menjadi jalan pintas pencuri bermotor untuk melarikan diri setelah memecah masuk rumah penduduk di sini.
Ini satu lagi lorong pintas penjenayah pecah rumah di Lorong Batu Uban 2 ,Adun Batu Uban telah juga memohon MPPP membina halangan dan memasang lampu jalan di lorong yang gelap ini .MPPP tidak menghiraukan laporan dari Adun Batu Uban.Siapa yang menjadi mangsa ?
Operasi Berakhir di Taman Century.Operasi akan di sambung minggu hadapan di Kawasan Lip Sin, Sg Dua,Sg Nibong Kecil dan lain -lain kawasan dalam Kadun Batu Uban.
Batu Uban 12 Nov 2009 - 9 malam Adun Batu Uban YB Raveentharan mengambil insiatif mewujudkan Pasukan Pemantau Malam di mana ahlinya adalah di kalangan Pembantu -Pembantu Khas (P.A) beliau untuk memantau dan mengenal pasti masalah rakyat di kawasan yang diwakili beliau. Masalah utama adalah lampu jalan yang telah banyak aduan diterima oleh penduduk yang masih di abaikan serta dilewat - lewatkan oleh MPPP walaupun aduan telah dibuat dari Mac 2009.
Inilah masalah Adun Pakatan Rakyat yang tidak mendapat kerjasama dengan agensi kerajaan negeri yang rata-rata masih memihak kepada kerajaan lama iaitu BN.Sikap sabotaj kepada kerajaan baru Pakatan Rakyat amat ketara kelihatan dengan melengah-lengahkan setiap aduan yang dibuat oleh rakyat. Jkkk Batu Uban dengan sokongan Pejabat Adun Batu Uban telah memohon sejak Mac 2009 tambahan lampu jalan dikawasan Kampung Batu Uban dan Taman Century dalam Daerah Timur Laut disebabkan berlakunya peningkatan kadar jenayah telah diabaikan serta dilengah-lengahkan oleh MPPP dengan pelbagai alasan.
Kami memohon Ketua Menteri YB LIM GUAN ENG mengambil tindakan dalam memastikan
agensi Kerajaan memberi kerjasama dengan tindakan segera dalam setiap aduan yang dibuat oleh rakyat.
Atas masalah inilah Pejabat Adun Batu Uban mengambil inisiatif membuat pemantauan pada 12 Nov 2009 - 9 malam dalam keadaan hujan yang bermula dari Kawasan Bukit Gambir diikuti Kawasan Taman Brown & Minden Height pada 10 malam dan berakhir di Kawasan Kampung Batu Uban dan Taman Century pada 11.30 malam.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Good effort but hope the message reach the relevant authorities for ACTIONS. I believe people will not be as excited as before on the visits except seeing things are happening.

Tanpa Nama berkata...

cerita tindakan lambat ni cerita lama. dulu masa orang lain perintah hampa dok kejan sangat tuduh macam macam, maki hamun semua orang. La ni hampa rasa pula..tapi janganlah dok salahkan orang lain pulak. MPPP pun ada peraturan kena ikut..hang suruhlah tahir pengkhianat tu buat kerja kuat sikit...dia tu bukan boleh percaya sangat..esok esok kalau PKR kalah dia nanti lari sokong parti lain pulak...kami kenai sangat dia tu..maklomlah nak hidup

Tanpa Nama berkata...

Hai kalau konsep 1 Malaysia pula macam mana pulak bukankah merangkumi semua bangsa..Apa hala tuju 1 Msia.Tiru dari PR la...tak kah ini patut dilabel Pengkhianat Juga.

MCA dok Karam,MIC Raplah jingga,UMno tak habih2 Rasuah..tup-tup ketua Pemuda Umno dah kena tangkap SPRM di Pahang...haru biru.

Tahir buat keputusan tepat keluar Umno.Sebab Umno dok bela dengan rasuah semua agensi kerajaan tempatan MPPP,PDTL PDBD semua sama saja - tak bagi tak makan,kerja tak jalan.sebab tu semua aduan tak ada tindakan...UMno merosakan sistem pentadbiran yang bertentangan dengan Hukum Islam sendiri.Umno jangan ingat akan kekal lama dengan taktik kotor.Allah maha kaya di tidak akan membiarkan Pelaku Dosa Besar (Perasuah)bermaharaja lela di bumi Allah.Allah menarik balik anugerah kenikmatannya yang diberikan kepada UMno dan serahkan kepada orang lain...sama macam kerajaan Islam Othmaniah Turki..sebab apa jatuh..sebab pemerintahnya mengamalkan kemungkaran dan kezaliman serta bermewah mewah serta rasuah.

Ingat pengkhianat pada bangsa tiada hukum dalam Quran(Kaum)tapi Pengkhianat pada Islam ada hukumnya,carilah ayat berkaitan Assobiyah(Perkauman)dalam Quran.
MALAH KALAU MATI DALAM PERJUANGAN ASSOBIYAH SIA-SIA.

TETAPI KALAU BERJUANG ATAS LANDASAN ISLAM ,MATINYA BESAR PAHALANYA .

Sedangkan, dalam islam mempertahankan kezaliman dengan menjadikan bangsa sebagai asas merupakan tindakan assobiyyah yang diharamkan oleh islam.

Sabda Nabi SAW;

لَيْسَ مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ

Maksudnya;
“Bukan dari kalangan kami, mereka yang menyeru kepada Assobiyyah; bukan dari kalangan kami, mereka yang berperang atas dasar Assobiyyah; bukan dari kalangan kami, mereka yang mati atas dasar Assobiyyah[11]”

Dalam mensyarahkan hadis ini, Imam Al-Munawi menafsirkan maksud Assobiyyah adalah;

أَيْ مَنْ يَدْعُو النَّاس إِلَى الِاجْتِمَاع عَلَى عَصَبِيَّة وَهِيَ مُعَاوَنَة الظَّالِم

Maksudnya;
“Iaitu mereka yang menyeru manusia agar berhimpun atas Assobiyyah, iaitu memberi bantuan terhadap orang zalim[12]”

Cuba pantau Pemuda Umno time magrib apa depa dok buat...tak habis dok main bola atas padang ,islam dan waktu solat tak diambil kisah oleh Pemimpin Umno,Malah Pemimpin Umno juga berlegar di kedai kopi masa waktu solat malah jauh dari Masjid....Masa Perhimpunan Umno .tengok dalam Dewan Besar time waktu solat atau pun Solat Jumaat ..kira berapa ramai tak pi solat...SENDIRI MAU TAU.Dah tentu Allah Murka maka petunjuknya apa jadi Allah tarik balik kuasa yang dia bagi kat Umno..tu pun tak sedaq diri lagi...

Allah tidak memberi BAROKAH langsung malah Allah akan mencelakakan hambanya yang engkar ini dan menarikbalik nikmatnya malah Allah akan memberi kenikmatan dunia ini tak mustahil kepada HAMBANYA YANG BUKAN ISLAM.

ATAS KEMURKAAN ALLAH LAH BN BESERABUT SEKARANG.UMNO/MCA/MIC/PPP berebut-berebut jawatan ,tembak sesama sendiri.

PIKIQ - PIKIQ LA SENDIRI SAMPAI BILA HAMPA NAK ALLAH MURKA...

Tanpa Nama berkata...

APA NAK JADI KEJADAH DENGAN UMNO...

6 pemuda Umno Kota Tinggi ditahan disyaki rasuah
Nov 20, 09 10:22pm
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam anggota Pemuda Umno bahagian Kota Tinggi, Johor hari ini atas dakwaan rasuah.

Mereka didakwa cuba menawarkan rasuah kepada tiga daripada 18 bekas anggota jawatankuasa bahagian itu yang meletakkan jawatan Ahad lepas berikutan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan ketua pemudanya.

Dipercayai, ekoran peletakan jawatan beramai-ramai itu suspek dipercayai cuba berunding dengan seorang bekas anggota jawatankuasa sayap itu bagi mengelakkan pemilihan untuk sayap itu diadakan.

Keenam-enam suspek berusia antara 30 dan 40 tahun, ditahan pada pukul 2 pagi di rumah bekas anggota jawatankuasa sayap itu selepas didakwa cuba memujuknya agar menarik semula peletakan jawatannya dengan menawarkan RM40,000.

Difahamkan kesemua suspek kini disoal siasat di ibu pejabat SPRM negeri.

Pengarah SPRM negeri Simi Abdul Ghani enggan memberi komen berhubung tangkapan itu.

Ketua Umno bahagian Kota Tinggi Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata biarlah SPRM menyiasat perkara itu. - Bernama

Tanpa Nama berkata...

wayang dah buat lah, tp masalah dah selesai BELUM ???