SHAH ALAM - Kemelut yang melanda politik Selangor nampaknya kini kian parah. Bermula dengan episod "bogel reformis" sehinggalah ke isu "foto bogel Elizabeth Wong", kini sudah berjangkit pula kepada isu rasuah dan penyelewengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim perihal kes "kereta Lexus" dan "lembu korban". Nampaknya puak-puak UMNO di negeri terkaya di Malaysia itu beriya-iya benar meneruskan agenda bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat mutakhir ini. Tidak cukup dengan apa yang dilakukan terhadapa Kerajaan Negeri Perak, kini satiu lagi episod malang bakal berlaku di negeri ini. Tindakan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang begitu cemerlang dan efisyen menjalankan siasatan dan kononnya mempunyai "bukti kukuh" untuk mendakwa Tan Sri Khalid jelas sekali menunjukkan bahawa mereka kini memang sudah menjadi "pengampu agung" pemimpin UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya. Apa yang kita lihat sekarang, jelas sekali menggambarkan betapa "kemaruknya" Khir Toyo dan puak-puak UMNOnya untuk "merampas kuasa" di Selangor Darul Ehsan. Isu kereta Lexus dan lembu korban sebenarnya adalah satu isu yang amat "melucukan" dan "paling memualkan" di alaf baru ini.
Di Selangor sebenarnya, satu persatu kes yang dimainkan oleh puak-puak UMNO akhirnya lenyap begitu sahaja. Bermula dengan isu "Air Syabas" diikuti isu "Babi" dan kemudiannya isu "Kuota Bumiputera di UiTM" serta banyak lagi isu-isu berkaitan, semuanya kemudian "terkena batang hidung sendiri". Begitu juga dengan kes "Teressa Kok" Ahli Parlimen Seputeh, yang menyebabkan beliau ditangkap dan ditahan ISA beberapa ketika. Semuanya itu hilang begitu sahaja selepas itu. Dan kini, sejak isu "rampasan kuasa" di Perak berlaku, nampaknya "gelombang kerakusan puak-puak UMNO" semakin memuncak. Mereka melakukan berbagai strategi untuk menghancurkan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri itu. Namun semuanya berjaya ditepis oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Dan kini, isu Lexus dan lembu korban dijadikan isu baru untuk meraih simpati rakyat di negeri ini. Mereka cuba mahu perbodohkan rakyat, walhal kini rakyat Selangor melihat Khir Toyo semakin "bodoh" dan "bangang" sebenarnya.
Namun apa yang ingin kami dedahkan sekarang ialah tuduhan rasuah dan penyelewengan yang dibuat oleh puak-puak UMNO itu sebenarnya jelas dapat dibaca oleh rakyat. Puak-puak UMNO Selangor kini sudah ketandusan idea sebenarnya. Jika sumbangan lembu yang diterima oleh MB Tan Sri Khalid Ibrahim dianggap rasuah serta penyelewengan. Bagaimana pula dengan sumbangan yang sama diterima oleh Khir Toyo dulu. Cuba baca artikel dibawah ini untuk bukti kukuh tentang isu yang sama tetapi hukuman yang berbeza diberikan oleh mereka :-
Majlis Penyerahan Lembu-Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidil Adha Di Bawah Program Mesra Rakyat Dan Kerajaan Prihatin
PUCHONG: Sempena sambutan Aidiladha baru-baru ini, sembilan daerah di Selangor menerima lembu korban untuk masjid dan surau sumbangan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). Sumbangan disampaikan melalui Pegawai Daerah serta Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pada majlis di Dewan Serbaguna MPSJ, Batu 14, Puchong sempena dengan program Mesra Rakyat, Kerajaan Prihatin anjururan PNSB. Ketua Eksekutif PNSB, Datuk Abdul Jabar Kamin, berkata majlis itu mencerminkan sokongan padu PNSB selaku anak syarikat kerajaan negeri terhadap program Mesra Rakyat dan Kerajaan Prihatin yang ditekankan kerajaan negeri. Beliau berkata, PNSB rnenyumbang 123 lembu kepada masjid dan surau yang ditetapkan di setiap daerah di Selangor untuk dikorbankan dan diagihkan kepada fakir miskin. Katanya, bagi program sumbangan lembu sempena Aidiladha, PNSB rnendapat kerjasama Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) menyediakan 123 ekor lembu dan menghantar ke masjid. "PNSB menyusun banyak program menjurus ke arah kemasyarakatan selaras agenda kerajaan negeri membela nasib rakyat termiskin menerusi pendekatan Mesra Rakyat dan Kerajaan Prihatin"
"Program ini berkonsepkan memberi tumpuan khusus kepada mengukuh dan mempertingkatkan kedudukan sosio-ekonorni komuniti yang kurang bernasib baik dengan memberi sokongan secara sumbangan atau program kebajikan," katanya. Abdul Jabar berkata, sebelum ini, PNSB banyak membabitkan diri dalam program amal yang dianjurkan kerajaan negeri dan Badan AmaI dan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis). Katanya, PNSB akan terus melaksanakan tanggungjawab sebagai anak syarikat yang bertanggungjawab dalam merealisasikan agenda kerajaan untuk membasmi kemiskinan agar rakyat yang kurang bernasib baik di Selangor menikmati hidup lebih selesa. "Program kita tidak setakat membabitkan golongan kurang upaya, warga tua, anak yatim dan fakir miskin, malah menganjurkan seminar dan kursus peningkatan diri dan motivasi serta tuisyen khas untuk pelajar, khususnya dari keluarga miskin," katanya. Beliau berkata, walaupun badan korporat, PNSB tidak ketinggaIan menyumbang kepada program Kerajaan Prihatin membina dan membaiki rumah usang rakyat termiskin yang giat dilaksanakan di Kuala Langat, Petaling, Hulu Selangor, Sepang, Kuala Selangor dan Sabak Bernam. "Di bawah program ini juga PNSB diberi tanggungjawab mengenal pasti dan memperbaiki atau membina semula rumah nelayan di Selangor dengan peruntukan kira-kira setengah juta," katanya. KLIK BUKTI
Bayangkan jika laporan yang dibuat oleh GERAK kepada SPRM terhadap Tan Sri Khalid kerana didakwanya menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu. Dalam laporannya, Pengerusi Gerak, Mohd Nazree Mohd Yunus mendakwa Tan Sri Khalid membeli lembu tersebut pada harga RM110,400 dengan menggunakan dana sebuah agensi kerajaan negeri. Masalahnya sekarang MB Selangor itu menggunakan dana untuk kepentingan peribadi atau pun rakyat. Bukankah "begitu bangang"nya orang-orang Ezam dalam GERAK sekarang !! Jika 46 ekor lembu itu berharga RM110,400 maka bagaimana pula dengan zaman Khir Toyo yang melibatkan 123 ekor lembu itu?. Cuba bayangkan jika dibahagikan sama rata harga 46 ekor lembu berkenaan, maka seekor harganya jatuh RM2,400. Ini bermakna jika Khir Toyo menyumbangkan 123 ekor lembu, jumlah kewangan yang dikeluarkan oleh agensi terbabit pula ialah RM295,200. Maka yang mana satukah lebih besar jumlah rasuah dan penyelewengannya sebenarnya. Itu jika harganya RM2,400 seekor, bagaimana pula jika harganya lebih tinggi?. Kerana sudah menjadi tradisi puak-puak UMNO akan "menaikkan harga" sesuka hati mereka jika "dengan izin" !!.
[Justeru itu, kami amatlah berharap agar Pengerusi GERAK dan puak-puak UMNO Selangor terutamanya Khir Toyo "cerminkan diri" dahulu sebelum bertindak. Jangan terjadi lagi seperti peristiwa "penternakan babi" dulu yang akhirnya melibatkan syarikat milik UMNO sendiri. Buat Tan Sri Khalid Ibrahim dan seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor diharap dapat bersabar dengan segala dugaan yang melanda. Rakyat sebenarnya lebih tahu apa yang berlaku di depan mata mereka. Buatlah apa juga perkara dengan sesuka hati, kelak rakyat jua yang akan menghukum mereka. Semoga Selangor akan terus maju, aman dan makmur bersama Pakatan Rakyat hendaknya. Teruskan perjuangan untuk melakukan perubahan selamanya].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan