Sabtu, Disember 27, 2008

Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1430 pada 29 Dis 2008 ini.

JKKK Batu Uban mengucapkan Selamat Tahun Baru Ma'al Hijrah 1430 kepada semua Muslimin & Muslimat terutamanya Penduduk Batu Uban .Dengan tahun baru islam ini Jkkk Batu Uban berazam membantu dan memajukan masyarakat Kg Batu Uban dengan lebih mantap lagi tanpa mengira latar belakang individu.Penduduk diseru pada 28 Dis 2008 selepas solat Asar supaya beriktikaf di Masjid @ Surau Batu Uban sehingga waktu magrib sambil berdoa,berzikir atau bertadarus dalam menantikan ketibaan Tahun Baru Ma'al Hijrah 1430 sebaik azan magbrib berkumandang. Slogan Jkkk Batu Uban : " KEBAJIKAN UNTUK SEMUA"
Selain itu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menganjurkan Program berikut : Majlis Perhimpunan Ummah Sempena Sambutan Maal Hijrah 1430H Peringkat Negeri Pulau Pinang @ Kepala Batas Tarikh:29 Disember 2008 Masa:8.00 pagi - 11.00 malam Tempat:Dewan Millenium,Bertam, Kepala Batas,Seberang Perai Utara. ATURCARA MAJLIS : 8.00 pagi :Ketibaan Dif-dif jemputan / Orang Ramai 8.30 pagi :Ketibaan Y.B. Tuan Muhammad Fairus b. Khairuddin Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang dan Y. Bhg. Puan Nurusa’adah bt. Jelani 8.35 pagi : Ketibaan T.Y.T. Tun Dato‘ Seri Utama ( Dr. ) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan Y.A. Bhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Hajah Majimor bt. Shariff : Lagu Negaraku dan Untuk Negeri Kita 8.45 pagi : Bacaan Doa 8.50 pagi :Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran Berqiraat Oleh: En. Mohd Fakhrulradhi bin Kamarudin Juara Akademi Al-Quran Musim ke-3 9.05 pagi : Ucapan Aluan Oleh Y.B. Tuan Muhammad Fairus b. Khairuddin, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang 9.20 pagi : Ucaptama Oleh T.Y.T. Tun Dato‘ Seri Utama ( Dr. ) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang 9.40 pagi : Persembahan Puisi Islam Oleh Kumpulan UNIC 10.00 pagi : Ceramah Oleh : Y.Bhg. Dato’ Hj. Md. Hashim bin Haji Yahaya Pensyarah Syariah Kuliah Undang-undang, UIA Tajuk : “ Menjana Ummah Gemilang” 11.00 pagi :Majlis Penyampaian Anugerah & Tokoh Maal Hijrah : Lagu Negaraku dan Lagu Untuk Negeri Kita 11.30 pagi : Bersurai

Rabu, Disember 24, 2008

Team Building Program untuk JKKK Pulau Pinang pada 20-21 Dis 2008

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan program Team Building Bagi JKKK seluruh Pulau Pinang pada 20-21 dis 2008 di Bukit Merah Lake Town Resort.Peserta di beri pendedahan kepada Problem Solving @ Teknik Penyelesian masalah,Team Work @ Kerja berpasukan,Membina Jati diri dalam membentuk pasukan JKKK yang mantap bagi seluruh JKKK Pulau Pinang.

Kelebihan Petua Orang Tua-tua untuk di kongsi bersama

Nurkilan Pengalaman Hidup seorang Hamba Allah untuk di kongsi bersama. Assalammualaikum. ..... Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ... Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ... Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu.. Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang .... Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar ' rahsia ' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib. "Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it ' s good if we can remind each other because in Rasulullah ' s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly... Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you ' ll lose nothing. Wallahu A ' lam... Terima Kasih, DAH ABIS BACA TU FORWARD LAH PD KEKAWAN YG MUNGKIN ADA YANG BELUM TAHU PUN DAPAT PAHALA GAK

Isnin, Disember 15, 2008

Wanita melayu berusia 44 tahun beranak 6 ,ditangkap Khalwat bersama Bangla

Apalah buruknya sikap dan nafsu wanita yang telah beranak 6 dan berusia 44 tahun melakukan maksiat bersama seorang bangla dirumah sewa belakang tanah perkuburan Masjid Batu Uban. Kejadian ini di kesan oleh penduduk batu uban semasa mengesyaki dan menjejaki wanita berkenaan yang berjalan naik ke rumah sewa berkenaan pada 13/12/08 tengah malam sekitar 1 pagi.Setelah di ketuk pintu dan menyoal bangla berkenaan yang memakai hanya kain pelekat tanpa pakaian dalam telah menafikan adanya wanita bersama beliau,setelah 3 pemuda Batu Uban ini menyelidik lanjut dalam rumah berkenaan didapati seorang wanita bersembunyi di belakang pintu.Pemuda berkenaan telah menghubungi Pengerusi JKKK Tuan Hj Othman dan seterusnya Hj Othman menghubungi Pegawai maksiat dan Polis telah menahan mereka. Jkkk Batu Uban mengucapkan tahniah pada pemuda-pemuda Batu Uban dalam mengambil tindakan mencegah MAKSIAT.Menjadi tanggungjawab semua penduduk kampung Batu Uban dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai muslim AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR. JKKK Batu Uban juga ada mendapat maklumat adanya kegiatan maksiat dikalangan pendatang Indonesia dan bangla dikawasan Kampung Belacan Batu Uban dan Flat Desa Riang.Di minta penduduk salurkan maklumat kepada Pengerusi JKKK Hj Othman di 012-4577993. atau emailkan ke jkkbatuban@gmail.com untuk tindakan lanjut.

Isnin, Disember 08, 2008

Gambar sekitar Program Masyarakat Madani pada 7 Dis 2008 .

Gambar akan di tambah semasa ke semasa berikutam mengambil masa yang lama untuk uploading.

Program Masyarakat Madani Berjalan Lancar Pada 7 Dis 2008

Berkat usaha dan kerjasama anggota JKKK Batu Uban dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan NGO-NGO dari Haluan ,Kolej Teknologi Darulnaim (KTD),Doktor-doktor sukarelawan ,Doktor Perubatan Alternatif serta Jabatan Pertanian P.Pinang dan Persatuan RASSTA .membuatkan setiap aturcara berjalan lancar.Begitu juga acara Pertandingan Mewarna,penulisan Jawi,azan dan Takraw bulat mendapat sambutan yang memberangsangkan dari penduduk tempatan yang berlangsung seawal 8am disekitar kawasan KAFA & Masjid Batu Uban. YB Raveentharan Adun Batu Uban telah tiba dilokasi seawal 9.30am dikuti oleh TIMBALAN KETUA MENTERI 1,YB. Mohammad Fairus Khairuddin pada 10.10am (sepatutnya 11am) seterusnya Ahli Exco Pertanian Negeri YB Law Choo Kiang pada 10.20am dan Yang Di Pertua Pas Kawasan Bayan Baru merangkap Ahli Parlimen Parit Buntar Perak iaitu YB.Ustaz Dr. Mujahid Yussof Rawa pada 10.30am. Uniknya golongan belia telah berkanvoi bermotosikal bagi setiap YB yang masuk ke Kg Batu Uban ini sehingga sampai ke tapak Majlis.Mereka adalah anak-anak muda kampung ini dari Persatuan RASSTA yang ditubuhkan dengan tujuan untuk membuat kerja-kerja amal dan kebajikan kepada penduduk di sini dengan berkerjasama dibawah JKKK Batu Uban. Di sebabkan ketibaan TKM1 agak awal dari yang dijadualkan ,sedikit perubahan berlaku pada aturcara dimana sebaik beliau tiba Kumpulan Kompang Kg batu Uban mengeringi TKM 1 ke pentas dan di ikuti acara pertunjukan pencak silat dan seterusnya beliau dan YB-YB yang lain berkunjung terus ke Dewan JKKK melakukan lawatan dan pemeriksaan kesihatan dan gerai-gerai yang berada di sekitar Dewan JKKK.Beliau kemudian melawat dan memberi sumbangan hamper kepada masyarakat miskin.YB Ustad Dr.Mujahid juga tidak ketinggalan menyalurkan bantuan duit ringgit bagi pihak PAS Kawasan kepada masyarakat miskin. Pada 11.pagi kesemua Yang berhormat kembali ke pentas diringi Pengerusi JKKK Batu Uban iaitu Tuan Haji Othman Nordin.Ucapan didahului bacaan doa selamat oleh Pengerusi Qariah Masjid Batu Uban iaitu En.Shaik Abdul Aziz . Ucapan di dahului oleh YB Ustaz Dr.Mujahid dimana beliau menegaskan dan meminta kerajaan negeri Pakatan Rakyat mempertahankan nilai sejarah dan harta warisan MASJID BATU UBAN yang berusia hampir 300 tahun sebagai masjid tertua di Pulau Pinang yang dibuka pada 1734 oleh orang melayu islam iaitu sebelum kedatangan Ingeris Sir Francis Light ke pulau ini yang dahulunya bernama Pulau Kasatu pada 12th August 1786. YB.Law Choo Kiang sebagai Exco Pertanian Negeri begitu komited untuk memberi bantu dari segi latihan dan teknikal kepada penduduk Batu Uban dalam mengusahakan perternakan Ikan Keli dalam tangki atau kanvas sebagai mata pencarian alternatif bagi penduduk yang dahulunya majoriti nelayan. TKM 1 YB.Mohmaad Fairus pula menegaskan bahawa kerajaan negeri menjadi negeri yang pertama menaikkan gaji guru-guru Kafa dan beliau amat komited untuk memastikan dan mengekalkan Kg Batu Uban sebagai kampung warisan yang dipelihara terutamanya Masjid Batu Uban berada di sini.Beliau juga menasihatkan supaya angota JKKK bergerak dan membantu masyarakat tanpa mengira kaum dan bangsa dan latarbelakang parti tidak seperti mana JKKK semasa kerajaan Umno / BN dahulu yang hanya membantu suku sakat dikalangan ahli mereka sahaja menyebabkan penindasan berlaku dikalangan masyarakat.Beliau berbangga JKKK Pakatan Rakyat di Batu Uban ini yang ditunjangi oleh PAS telah melakukan tugas dengan baik dan berkesan dalam menjadi penganjur PROGRAM MASYARAKAT MADANI yang berlangsung dengan baik dan lancar sekali.Beliau berkata seperti yang di maklumkan kepadanya inilah julung kali program sebesar ini diadakan oleh kerajaan negeri di kampung ini ,yang sebelum ini selama 51 tahun BN memerintah meminggirkan masyarakat melayu Batu Uban.

Ahad, Disember 07, 2008

JKKK Batu Uban Berjaya Mengatasi Masalah Bekalan Elektrik Rumah En.Saleh

En.Salleh mengucapkan terima kasih kepada JKKK Batu Uban dan PAS Cawangan serta Qariah Batu Uban kerana telah berusaha menyelesaikan masalah bekalan elektrik rumah beliau yang telah membelungu keluarga beliau yang telah hidup bergelap selama 9 bulan .Kini rumah beliau cerah kembali dan ceria menyambut Hari Raya Aidiladha yang bakal dirayakan pada 8 Dis 08 ini.Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu terutamanya Pusat Urus Zakat.

Khamis, Disember 04, 2008

Jabatan Kebajikan Masyarakat Kemana Perginya Engkau !!!!!!!

(En Ibrahim Bapoo tumpang di sebuah pondok)
Jabatan Kebajikan perlu kerap turun padang terutamanya di kawasan yang mempunyai penduduk miskin ,umpamanya di Kampung Batu Uban. Masalah sebelum ini ialah dengan En.Salleh ternyata tidak mendapat PERHATIAN DAN TINDAK BALAS SEGERA OLEH JABATAN KEBAJIKAN NEGERI sejak masalah ini di laporkan sejak dari 23hb Oct 2008 dan di wartakan dalam Harakah .Namun masalah ini mendapat perhatian Pusat Uruz Zakat (PUZ) yang telah mengambil tindakan segera dan di ikuti PEJABAT DAERAH TIMUR LAUT untuk turun padang dan melawat En Salleh.
JKKK Batu Uban telah menghubungi Pejabat Kebajikan Negeri pada 16hb Nov 2008 dan sehingga kini masih tiada tindakan. APAKAH ADA MOTIF POLITIK ATAU SEMEMANGNYA SIBUK SAKAN MELAYANI MASYARAKAT MISKIN Pulau Pinang.
KINI SEORANG LAGI PENDUDUK MISKIN TEGAR DI KESAN.
Kini terbaru seorang lagi penduduk miskin di Batu Uban tidak ada tempat tinggal dan menumpang di sebuah pondok( atas ehsan seorang penduduk) dalam keadaan sebatang kara .Beliau bernama Ibrahim Bapoo yang berusia 60 tahun dan bujang serta tiada berpendapatan.Kami memohon setiap jabatan yang bertanggungjawab mengambil tindakan segera untuk membantu masyarakat tanpa mengira Bangsa dan Parti.Untuk berhubung atau menyalurkan bantuan sila hubungi Pengerusi JKKK Batu Uban, Tuan Haji Othman Nordin
( 012-4577993)

Selasa, Disember 02, 2008

Tapak Lokasi & Atucara Program masyarakat Madani - 7hb Dis 2008

Aturcara Majlis pada 7hb Dis 2008
( Klik Image untuk memperbesarkan)