Jumaat, Oktober 10, 2008

TERNAKAN AQUA/IKAN KELI BERKELOMPOK DI BATU UBAN

Cadangan penduduk dan JKKK Batu Uban untuk mewujudkan ternakan Aqua @ ikan keli berkelompok untuk meningkatkan taraf pendapatan penduduk dan menghapuskan miskin tegar mendapat perhatian YB Raveen Tharan Adun Batu Uban yang telah di wartakan pada 8hb Okt 08 Rabu dalam suratkabar The Star (m/s M3 section Metro North).Beliau bersungguh-sungguh dalam merealisasikan projek ini dengan mengajukan cadangan ini kepada YB Law Choo Kiang (Exco Pertanian Kerajaan Negeri Pulau Pinang).
Cadangan ini amat relevan dengan latarbelakang penduduk batu uban yang terdiri dari nelayan dan pengalaman ini boleh digunakan dalam memajukan projek Aqua ini.Penduduk tidak perlu lagi risau untuk ke laut bila keadaan cuaca yang tidak menentu,dengan ujudnya projek ini latihan dan bantuan subsidi atau pinjaman tanpa cagaran akan diberi kepada perserta yang layak.
JKKK Batu Uban akan menubuhkan satu team pengurusan dan jualan di peringkat awal untuk menguruskan ternakan ini dalam tempoh 3 - 6 bulan (2 kali tuaian) dan akan mengenalpasti peserta yang berminat dan layak untuk diberi latihan.

Tiada ulasan: