Selasa, Oktober 21, 2008

Masalah Kemiskinan ,Perparitan dan Jenayah menjadi Cabaran kepada JKKKK Baru di Batu Uban

KEMISKINAN YANG DI HADAPI MASYARAKAT MELAYU
PINTU AIR YANG ROSAK
Masalah kemiskinan merupakan masalah utama di Kpg Batu Uban yang menyebabkan meningkatnya gejala sosial dan jenayah di sini. Pihak Jkkkk telah mengenal pasti nama-nama penduduk yang berada dibawah kategori Penduduk Miskin (Pendapatan Bawah RM680) dan Miskin Tegar (Pendapatan bawah RM400) dan menyerahkan kepada YB Adun Batu Uban dan Peghulu Daerah Timur Laut En Zul Azman untuk tindakan lanjut dari segi memberi bantuan untuk membasmi terutamanya Miskin Tegar.
Selain itu pihak Jkkkk telah membuat permohon kepada YB adun Batu Uban untuk menempatkan sebuah Pondok Polis disini dengan tujuan mencegah masalah jenayah seperti kecurian moto,pecah cermin kereta,dadah, dan lain-lain.Ini adalah langkah pertama Jkkkk dalam usaha mencegah jenayah .Selain itu Masalah PATI (Pendatang tanpa Izin) juga berleluasa di kampung ini.Kami memohon pihak berkuasa mengambil tindakan tegas untuk mengatasi masalah tersebut.
Rugutan keatas masalah perparitan juga mendapat perhatian YB setelah pihak Jkkkk mengutus beberapa surat kepada JKR,JPS & MPPP untuk mengatasi maslah banjir kilat.Maslah Pintu Air yang rosak sekian lama (3 penggal pentakbiran Adun yang lalu) telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Dewan Undangan Negeri dan kini JPS sedang mengambil tindakan untuk membaiki masalah ini.

Tiada ulasan: