Sabtu, Oktober 04, 2008

GILIRAN PAS MEMIMPIN JKKK BATU UBAN

PERUBAHAN POLITIK MENCATAT SEJARAH PADA 8hb MAC 2008
Sepertimana semua sedia maklum 8hb Mac 2008 telah merubah corak politik tanah air , 5 negeri jatuh kepada Pakatan Rakyat।Kelantan sedia maklum kekal selama 18tahun + 5 tahun dibawah pimpinan PAS iaitu Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,Kedah dibawah pimpinan PAS iaitu Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak,Pulau Pinang dibawah pimpinan DAP diketuai Tuan Lim Guan Eng,Perak dibawah pimpinan PAS iaitu Dato Seri Ir Muhamad Nizar Jamaluddin dan Selangor dibawah pimpinan PKR iaitu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim .
Secara ringkasnya PAS memimpin 3 negeri,DAP 1 negeri dan PKR 1
PAS DI PULAU PINANG
Walaupun Pas tidak menyerlah dengan memenangi 1 dun ,namun jentera Pas (seperti UNIT AMAL,PENTAS CERAMAH PAS DI RUMAH PAK HJ।SALEH DI SG NIBONG,RUMAH PAK HJ.TALIB & HJ।OMAR DI BATU UBAN dan di tempat-tempat lain) banyak membantu memenangkan calon Pakatan Rakyat।Perlu di akui PAS memainkan peranan besar dalam memenang calon Pakatan Rakyat terutamanya di peringkat akar umbi.
PAS KPG BATU UBAN
Pas Cawangan KpgBatu Uban dipengerusikan oleh Mejar (B) Tuan Haji Abdullah berada dibawah Pas Kawasan Bayan Baru dipimpin oleh Dr.Mujahid Yusof Rawa .
Sebelum tarikh keramat 8hb Mac 2008 ,Pas caw.Batu Uban telah berkerja keras dengan menganjurkan Ceramah Politik dengan menjemput Dato Zaharin,Hj Malik dan Mr Ong (Pengerusi Kelab Penyokong Pas P.P) dan calon Adun En. Raveentharan untuk memberi penerangan isu-isu semasa kepada penduduk kpg Batu Uban yang majoritinya penyokong Umno .Kampung batu uban bagaikan terumbang ambing dalam mencari pemimpin masyarakat ketika itu. Dengan kemenangan Pilihanraya ke 12 membolehkan Pas kembali mentabir kampung Batu Uban yang sebelum ini hanya berperanan sebagai pelengkap kepada proses demokrasi.
Sebaik kemenangan Pakatan Rakyat terutamanya di Dun 35 batu Uban ,YB Raveentharan yang di pilih rakyat telah melantik 3 wakilnya dari PAS Kpg Batu Uban untuk mewakilinya sebagai Pembantu Khas iaitu Mejar (B) Tuan Hj Abdullah,Haji Othman dan Iszuree untuk menjadi mata dan telinga keatas segala masalah masyarakat dikampung batu Uban.Ini terbukti bilamana berlakunya banjir kilat beliau telah turun meninjau pada malam hari berlakunya kejadian itu pada 16hb Mei 2008.
Diatas kemenangan Pakatan Rakyat terutamanya di Dun 35 Batu Uban ,Pas Batu Uban telah menganjurkan Jamuan Kemenangan Pakatan Rakyat 3hb Mei 2008 dihadapan Flat Batu Uban.
Jemputan terdiri daripada YB Dato Zaharin,YB Raveentharan,YB Malik,Mr Ong dan masyarakat setempat tidak mengira latar belakang Parti.

Tiada ulasan: