Jejantas maut Batu Uban BATU UBAN – Jejantas maut, mungkin itulah yang boleh diklasifikasikan kepada sebuah jejantas yang merentasi Kampung Batu Uban hingga ke pesisir pantai Sungai Gelugor. Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim berkata, jejantas yang dibina agak rendah itu mendatangkan masalah kepada pemandu lori kontena yang besar dan tinggi. Menurutnya, apabila diperhatikan bahagian atas lori kontena yang melalui jejantas berkenaan akan terseret sama dengan bahagian bawah jejantas. "Baru-baru ini sebuah lori terlanggar jejantas dan batu-batu jejantas terjatuh ke jalan raya, dan nasib baiklah pada masa itu tiada kenderaan lain di belakang lori. "Bayangkan jika anda berada di bahagian belakang lori, sudah pasti kereta anda pula terkena batu, jika tidak cedera tak mengapa, dan kemungkinan berlakunya kemalangan maut kalau ia membawa padah," katanya. Tinjauan Sinar Harian mendapati, jejantas berkenaan hanya boleh dilalui kenderaan berat setinggi 4.5 meter sahaja berikutan tertera di jejantas berkenaan. Ketika lawatan bersama dengan ahli majlis mendapati sememangnya jalanraya yang bersambung dengan Lebuhraya Ekspressway Jelutong itu menjadi laluan yang begitu sibuk dengan kenderaan berat kerana menghala ke Jambatan Pulau Pinang. Iszuree berkata, beliau berharap supaya ada pihak yang bertanggungjawab antaranya Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) ataupun Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga Kerajaan Negeri mengambil serius masalah berkenaan. Menurutnya, dalam tempoh sebulan sahaja banyak kemalangan yang terjadi di situ tidak kira kemalangan maut mahupun kemalangan biasa sahaja. "Saya mahu perkara ini dikemukakan kepada pihak atas, biar berapa lama pun jejantas ini sudah ada tetapi ia tetap membahayakan orang ramai, terutamanya pemandu kenderaan ringan. "Saya mohon supaya jejantas ini dibaiki semula dan ditinggikan sedikit, ia juga menjadi kemudahan kepada penduduk Kampung Batu Uban kerana bas Rapid Penang berhenti di seberang jalan dan mereka menggunakan jejantas ini untuk masuk ke kampung," katanya kepada Sinar Harian. |

BATU UBAN – Jejantas maut, mungkin itulah yang boleh diklasifikasikan kepada sebuah jejantas yang merentasi Kampung Batu Uban hingga ke pesisir pantai Sungai Gelugor.
Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim berkata, jejantas yang dibina agak rendah itu mendatangkan masalah kepada pemandu lori kontena yang besar dan tinggi.
Menurutnya, apabila diperhatikan bahagian atas lori kontena yang melalui jejantas berkenaan akan terseret sama dengan bahagian bawah jejantas.
"Baru-baru ini sebuah lori terlanggar jejantas dan batu-batu jejantas terjatuh ke jalan raya, dan nasib baiklah pada masa itu tiada kenderaan lain di belakang lori.
"Bayangkan jika anda berada di bahagian belakang lori, sudah pasti kereta anda pula terkena batu, jika tidak cedera tak mengapa, dan kemungkinan berlakunya kemalangan maut kalau ia membawa padah," katanya.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, jejantas berkenaan hanya boleh dilalui kenderaan berat setinggi 4.5 meter sahaja berikutan tertera di jejantas berkenaan.
Ketika lawatan bersama dengan ahli majlis mendapati sememangnya jalanraya yang bersambung dengan Lebuhraya Ekspressway Jelutong itu menjadi laluan yang begitu sibuk dengan kenderaan berat kerana menghala ke Jambatan Pulau Pinang.
Iszuree berkata, beliau berharap supaya ada pihak yang bertanggungjawab antaranya Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) ataupun Jabatan Kerja Raya (JKR) dan juga Kerajaan Negeri mengambil serius masalah berkenaan.
Menurutnya, dalam tempoh sebulan sahaja banyak kemalangan yang terjadi di situ tidak kira kemalangan maut mahupun kemalangan biasa sahaja.
"Saya mahu perkara ini dikemukakan kepada pihak atas, biar berapa lama pun jejantas ini sudah ada tetapi ia tetap membahayakan orang ramai, terutamanya pemandu kenderaan ringan.
"Saya mohon supaya jejantas ini dibaiki semula dan ditinggikan sedikit, ia juga menjadi kemudahan kepada penduduk Kampung Batu Uban kerana bas Rapid Penang berhenti di seberang jalan dan mereka menggunakan jejantas ini untuk masuk ke kampung," katanya kepada Sinar Harian.